JAWAPAN SECARA BERTULIS KE ATAS PERKARA BERBANGKIT SEMASA RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2011 DI DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA PENGGAL KETIGA PARLlMEN KEDUABELAS 2010
Dibangkit Oleh : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
Tarikh : 30 NOV 2010 (Selasa)
jawapan diterima : 16 MAC 2011 (Rabu)
SOALAN:
TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan:-
a) Mohon Kementerian menyenaraikan semua nama syarikat dan nama projek yang diluluskan pinjaman di bawah Dana lndustri Kreatif dan nama syarikat yang ditolak. Adakah pihak bank memberikan peluang kedua untuk rayuan dibuat oleh para pemohon yang ditolak permohonannya;
b) Mencadangkan supaya bangunan Mahkamah Tinggi Muar dijadikan muzium dan Kementerian menyediakan peruntukan untuk tujuan ini; dan
c) Adakah benar tujuh kubur yang dimiliki oleh tujuh orang adik-beradik sudah dimusnahkan oleh Kerajaan Negeri Melaka dan kenapakah kubur-kubur ini dimusnahkan? Adakah JWN sedar tentang perkara ini serta adakah kementerian akan mengadakan projek arkeologi untuk memulihara kubur-kubur tersebut?
JAWAPAN:
a) Pinjaman Dana RM200 juta diurus oleh Bank simpanan Nasional(BSN) dan Kementerian Penerangan, Komonikasi dan Kebudayaan terlibat dalam membuat penilaian kreatif. Sehingga kini 105 permohonan yang diterima dan 42 telah diluluskan meliputi penerbitan filem, animasi dan lain-lain. sebahagian besar permohonan ditolak adalah kerana prestasi kewangan yang lemah dan projek kreatif yang tidak berkualiti. Pemohon dibenarkan untuk membuat rayuan dengan syarat mereka perlu membuat penambahbaikan keatas cadangan projek.
b) Untuk makluman, penubuhan sesebuah muzium di peringkat negeri adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.
c) untuk makluman, penyelenggaraan makam dan kubur adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri dan sebarang pemusnahan ke atas kubur dan makam terletak di bawah tanggungjawab pihak Berkuasa Kerajaan Negeri.
No comments:
Post a Comment