2011-03-10

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ]
TARIKH : 10 MAC 2011

SOALAN :

TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan laporan EIA tapak pelupusan sampah baru di kawasan Pagoh. Adakah laporan tersebut telah lengkap dan dikemukakan:-

(a) jika ya, bilakah tapak pelupusan sampah tersebut mula beroperasi; dan

(b) jika tidak, mengapa laporan tersebut diperlambatkan.

JAWAPAN :

Tuan Yang Dipertua,

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menerima Laporan EIA Terperinci cadangan pembangunan tapak pelupusan 'sanitary' di Pagoh, Johor Darul Takzim pada 28 Januari 2011. Laporan tersebut sedang diproses oleh pihak JAS dan telah pun dipamerkan untuk ulasan awam dari Februari 2011 hingga 9 Mac 2011.

Sekiranya laporan EIA ini diluluskan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal selaku pemaju projek akan melaksanakan pembangunan projek, Walaubagaimanapun kelulusan laporan EIA adalah pedu sebelum projek dimulakan selaras dengan kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment