2011-03-30

Kenyataan: Kerajaan Harus Memastikan Pekerja Kontrak Dilindungi Dibawah PERKESO

Pada 17 April 2011, Er telah menujukan soalan kepada Jabatan Perdana Menteri iaitu mengapa pekerja kontrak tidak dilindungi dibawah PERKESO. YB Nazri Abdul Aziz dari Jabatan Perdana Menteri telah menyatakan bahawa pegawai kerajaan dan pekerja kontrak kerajaan adalah tidak dilindungi dibawah PERKESO. Beliau berkata, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 : Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap juga tidak memperuntukkan bahawa pekerja kontrak akan dilindungi dibawah PERKESO, namum, mereka wajib membayar 11% daripada gajinya kepada KWSP.

Nazri brtambah, pekerja kontrak tersebut boleh menikmati pebagai faedah seperti KWSP dan faedah-faedah yang diperuntukkan dibawah PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 2008 termasuk elaun, cuti sakit dan perlindungan rawatan perubatan. Selain daripada itu, Akta KWSP juga memperuntukkan sekiranya perkhidmatannya adalah memuaskan maka mereka layak untuk menerima sumbangan daripada KWSP apabila kontrak mereka tamat.

Er berpendapat, jawapan tersebut telah menunjukkan pegawai kerajaan terutamanya pekerja kontrak kerajaan tidak menikmati perlindungan yang secukupnya. Hal ini harus dititikberatkan kerana bilangan pekerja kontrak yang semakin bertambah akibat daripada polisi kerajaan dibawah The Government Transformation Programme, GTP iaitu kerajaan berhasrat untuk mengurangan bilangan pegawai tetap kerajaan. Hal ini amat membimbangkan kerana sekiranya pekerja tersebut mengalami kemalangan ketika waktu perkhimatan, peruntukan dibawah Akta KWSP dan PEKELILING PERKHIDMATAN BILANAGAN 2 2008 hanya memberikan perlindungan sementara waktu sahaja. Sekiranya pekerja tersebut mengalami kemalangan dan mengakibatkan kehilangan kemampuan untuk bekerja, maka ia akan menghancurkan masa depan pekerja tersebut.

Er berpendapat perlindungan PERKESO harus diluaskan kepada pegawai tetap kerajaan dan pekerja kontrak kerajaan untuk melindungan masa depan mereka. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan harus meninjau balik dasar tersebut.

Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hwa
2011.03.30

No comments:

Post a Comment