2011-03-14

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ]
TARIKH : 14 MAC 2011

SOALAN :

Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perancangan tersendiri untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di pusat bandar Muar mengikut peruntukan bajet 2011. Adakah kementerian merancang untuk bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melaksanakan pelan pemindahan terminal bas Bentayan ke lokasi baru seperti mana Pelan Perancangan Tempatan 2005 untuk melegakan kesesakan lalu lintas di pusat bandar Muar; dan senaraikan kos yang terlibat dalam perancangan pemindahan terminal bas tersebut ke lokasi baru.

JAWAPAN :

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan sentiasa bersedia untuk bersama-sama mana-mana Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam melaksanakan projek-projek pembangunan yang berupaya memberikan selesaan hidup rakyat jelata. Dalam konteks ini, pelan pemindahan terminal bas Bentayan ke lokasi baru seperti dalam Pelan Perancangan Tempatan 2005 dapat dilaksanakan sekiranya Majlis Daerah Muar dapat mengemukakan perancangan tersebut kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan mencadangkan kaedah pembiayaan sama ada ia mampu dibiayai oleh Kerajaan Negeri, PBT sendiri ataupun melalui bantuan Kerajaan Pusat.

b) setakat ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) belum menerima cadangan projek ini daripada PBT Muar. Oleh yang demikian, perincian projek ini seperti kos dan lokasi masih tidak dapat ditetapkan lagi.

Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan

Mac 2011

No comments:

Post a Comment