2011-03-08

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ]
TARIKH : 8 MAC 2011

SOALAN :

TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hasil siasatan di atas aduan kepada SPR bahawa satu tempat membawa pengundi hantu di Dewan sJKC Ai chun yang telah dikesan oleh 2 org petugas PRK Tenang pada 30 Januari 2011.

JAWAPAN :

DATO' SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang Di Pertua,

untuk makluman Ahli yang Berhormat, suruhanjaya pilihan Raya Malaysia sehingga ke hari ini tidak menerima sebarang aduan sebagaimana yang telah dibangkitkan oleh yang Berhormat dari Bakri. Bahkan sPR Malaysia tidak pernah pun menerima laporan yang lengkap secara rasmi mengenai "Pengundi Hantu" seperti yang sering didakwa oleh sesetengah pihak.

Untuk makluman Ahli yang Berhormat sebenarnya tidak ada istilah "Pengundi Hantu" (phantom voters). Apa yang ada ialah Pengundi berdaftar yang telah pun berpindah daripada tempat pendaftaran asal dan bermastautin di dalam satu kawasan baru. lni kerana urusan Pendaftaran Pemilih dan Penyemakan Daftar pemilih adalah dibuat secara telus mengikut kerangka Undang-undang yang sedia ada.

walau bagaimanapun pengundi berkenaan tidak membuat permohonan di bawah Peraturan 12, Peraturan-peraturan pitihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 untuk menukar alamat pusat mengundi supaya selaras dengan alamat tempat bermastautin. oleh itu, apabila berlaku Pilihan Raya, pemilih berdaftar berkenaan akan kembali mengundi di tempat pendaftaran mereka dan mereka adalah pemilih yang sah dari segi Undang-undang.

Bagaimanapun, andainya Yang Berhormat berkenaan mempunyai maklumat dan bukti-bukti prima facie yang kukuh mengenai perkara tersebut maka Yang Berhormat berkenaan adalah disarankan mengemukakannya dan melaporkannya kepada pihak polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang mempunyai kuasa perundangan untuk menyiasat kes-kes seumpamanya.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment