2011-03-08

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 08.03.2011 (Selasa)

SOALAN :

TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai kiriman email dan khidmat SMS yang mengandungi Selamat Tahun Baru Cina pada Februari2011 kepada rakyat:-

(a) berapakah jumlah keseluruhan; dan
(b) jumlah rakyat yang menerima SMS dan e-mail tersebut dan nombor telefon dan alamat e-mel peribadi diperolehi dari mana.

JAWAPAN :

Inisiatif penyampaian mesej perayaan Tahun Baru eina YAB Ferdana Menteri pada tahun ini kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan tersebut menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas SIVS & e-mel adalah sebahagian dari usaha bederusan pentadbiran ini bagi mengukuhkan perpaduan nasional serta memelihara hubungan rapat rakyat dan kerajaan selaras dengan gagasan pemandu "1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". lnisiatif ini membolehkan ini telah membolehkan beliau selaku Ketua Kerajaan dapat secara langsung berkongsi kegembiraan dengan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum yang meraikan perayaan masing-masing dengan menggunakan perantaraan media yang bersifat popular dan
rneiuas.

1. Perantara dan Pengkalan Data
(a) SMS Ucapan ringkas peribadi YAB Perdana Menteri telah dihantar kepada empat .iuta (4,000,000) rakyat Malaysia dengan kerjasama daripada tiga (3) syarikat
telekominikasi utama seperti yang berikut:
(i) Digi.Com Berhad
(ii) Maxis Berhad
(iii) Celcom Berhad

Tiada sebarang kos yang dikenakan oleh ketiga-tiqa syarikat yang tersebut diatas. Ucapan YAB Perdana Menteri disebarluaskan dalam rangka memenuhi tanggungjawab sosial syarikat.

Mesej yang telah dirangka telah dihantar terus kepada ketiga-tiga syarikat telekomunikasi untuk sebaran. Pihak Pejabat Perdana Menteri telah memastikan prinsip perlindungan maklumat peribadi dipatuhi tanpa kecuali disamping terma dan syarat syarikat telekominukasi dihormati sepenuhnya, ingin ditegaskan bahawa pada sebarang masa dan pada setiap tahap proses penghantaran mesej ini Pejabat Perdana Menteri tidak sesekali pernah mempunyai akses kepada sebarang maklumat yang bersifat peribadi kepada penerima.

(b) Email

Ucapan peribadi YAB Perdana telah dihantar kepada sejuta dua ratus lima puluh lima ribu lima ratus dua puluh lapan (1,255,528) pbnerima rakyat Malaysia. Alamat email ini telah dikumpulkan melalui tiga (3) pengkalan data seperti yang tersebut dibawah :

(i)Media Prima Berhad
(ii)Kementerian Pengajian Tinggi
(iii) Laman web peribadi www.1malaysia.com.my


Kos yang dikenakan adalah berjumlah Ringgit Malaysia Lima sen (RM0.05) setiap satu email. Dengan kos yang begitu minima menggunakan cara ini yAB Perdana Menteri telah dapat mendekati lebih sejuta rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan agama. Ucapan ini adalah sama seperti ucapan yang dihantar melalu kad uc.apan konvensional.


Bagi menghormati prinsip perlindungan maklumat peribadi dan terrna dan syarat ketiga-tiga pengkalan data, YAB Perdana Menteri tidak mempunyai akses kepada data-data peribadi. Kesemua email telah dihantar setelah kesemua syarat dan terma diteliti dengan sepenuhnya dari ketiga{iga pengkalan data untuk memastikan prinsip perlindungan peribadi tidak dilanggar.

Dibawah adalah syarat "Berkongsi Data Dengan pihak Ketiga" untuk pengkalan data bagi Media Prima Berhad:

Data-peribadi tidak boleh dijual, disewa atau dikongsik-an dengan pihak ketiga selain yang tertera di dalam polisi privasi Media Prirna Berhad Berhak , jika perru, meggunakan data peribadi (termasuk alamat email dan nornbor telefon) untuk berkongsi maklumat yang berkenaan dengan produk, seruis atau promosi dari pihak Media. Prima Berhad dan' pihak ketiga yang mungkin menarik minat dan perhatian individu

Adalah jelas seperti yang tersebut diatas, ucapan Selamat Tahun baru Cina YAB Perdana Menteri tidak melanggar sebarng Polisi Privasi syarikat. Didalam konteks ini, YAB Perdana Menteri telah dikasifikasikan sebagai "pihak ketiga yang mungkin menarik minat dan perhatian individu".

No comments:

Post a Comment