2011-03-06
Penyata Media: Perlombongan dalam Hutan Simpanan Ayer Hitam Utara, Muar
Pada 6hb Jun 2011, Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa telah menerima aduan bahawa di berhampiran Stesyen kuasa elektrik yang terletak di Batu 9, Jalan Bakri terdapat pembalakan haram, lalu membuat penyiasatan di pinggir Hutan Simpanan Kekal Ayer Hitam Utara, Daerah Muar. Ketika penyiasatan penentuan koordinat lokasi yang diatas, Er mendapati 2.5km ke arah utara batu 18, Jalan Bakri, wujud satu "lubang besar" dalam kawasan hutan simpanan tersebut (koordinat: 2°02'05.81'' utara ,102°49'12.47'' timur),dan mengambil keputusan untuk memasuki kawasan hutan simpanan tersebut untuk membuat penyiasatan lebih terperinci.
Ketika Er memasuki kawasan tersebut, mendapati lori-lori berat kerap keluar masuk di kawasan itu, mengikut anggaran, satu lori berat yang penuh dengan tanah merah keluar masuk di kawasan tersebut setiap lima minit. Kawasan yang berkenaan terletak di pertengahan hutan simpanan, dan dihubung dengan jalan tanah merah ke luar kawasan hutan simpanan. Mengikut pemerhatian di kedua-dua belah tepi jalan juga terbentuknya kolam air yang berbentuk panjang dipercayai hasil dari penembusan ke lapisan tanih paya gambut ketika pembinaan jalan tanih merah ini.
Mengikut pemerhatian, Er juga memdapati tanah yang seluas 50 ekar ini ditakungi air, dan sumber takungan air tersebut dipercayai adalah dari paya berdekatan. Takungan air berkenaan juga kelihatan kotor, dipercayai adalah hasil pencucian pasir. Di tengah-tengah tanah lapang tersebut juga terdapat pam air yang digunakan untuk tujuan yang sama. Er juga mendapati pasir yang termendak di dasar takungan air akan digali oleh jengkaut ke dalam lori.
Er juga mendapati satu lagi kerja penggalian di kawasan berdekatan (koordinat: 2°02'43.69''utara 102°51'13.57''timur), pada masa sama terdapat dua kolam air tanpa kelihatan pam air.
Berkenaan penemuan dua lokasi yang disebutkan di atas, Er telah membuat siasatan lanjut berkenaan dengan aktiviti perniagaan tersebut kepada Pejabat Tanah Daerah Johor dan Jabatan Perhutanan Negeri Johor, pada 23hb dan 24hb Febuari 2011. Kedua-dua jabatan enggan memberi sebarang maklumat berkenaan, dan cuma memberi balasan mengikut isi kanduangan surat yang disampaikan oleh Er.
Maklum balas dari Jabatan Perhutanan.
Mengikut balasan dari Jabatan Perhutanan, dikenalpasti bahawa di koordiant 2°02'05.81''Utara, 102°49'12.47'' timur, terletaknya satu Pajakan Melongbong Bauksit, dan nombor pendaftaran tanah perlombongan tersebut adalah PTD 1935, MK. Jabatan Perhutanan juga berkata lesen jalan yang menyambung ke lombong diluluskan kepada satu syarikat swasta yang bernama GENERASI KARISMA SDN BHD (nombor pendaftaran lesen JU/PJ/1/07). Jabatan Perhutanan juga menyatakan Kerajaan Negeri Johor telah mengisytiharkan dalam wakta negeri bahawa, lombong berkenaan telah dikecualikan dari kawsan Hutan Simpanan Kekal Air Hitam Utara, sehubungan dengan itu, kawsan tersebut tidak termaktub dalam bidang kuasa Jabatan Perhutanan, dan diambil alih dan dikendali terus oleh Pejabat Tanah dan Galian Johor.
Pada masa yang sama, Jabatan Perhutanan juga menyatakan Hutan Simpanan Kekal Air Hitam Utara ditukar kepada Taman Negeri Paya Gambut, dan telah disetujui oleh Dewan Undangan Negeri Johor pada tahun 2008.
Berkenaan dengan lokasi berkoordinat 2°02'05.81''Utara, 102°49'12.47'' timur, Jabatan Perhutanan menyatakan bahawa tanah tersebut bukan kawasan Hutan Simpanan, namun begitu, pihak jabatan akan membuat penyiasatan selanjutnya.
Perancangan alam sekitar yang tidak munasabah
Er Teck Hwa amat kagum dan bingung dengan jawapan yang diberi oleh Jabatan Perhutanan. Hutan Simpanan Air Hitam Utara merupakan paya (Wetland) yang tunggal dalam Daerah Muar, Beberapa sungai yang di selatan daerah Muar berasal dari hutan tersebut. Jika hutan simpanan tersebut diceroboh, akan menyebabkan kawasan takungan air semulajadi ini hilang, seterusnya menyebabkan banjir di selatan Daerah Muar ketika musim tengkujuh akibat limbahan air sungai.
Disamping itu, penetakkan satu kawasan besar untuk tujuan perlombongan dalam hutan simpanan kekal adalah perkara yang tidak boleh diterima, hal ini kerana lombong tersebut bukan terletak di pinggir hutan malah di pertengahan hutan, tambah lagi dengan jalan yang menghubungkan lombong sering dilintas lori-lori besar, telahpun membawa pencerobohan terhadap hutan simpan.
Pada masa yang sama, lombong tersebut menggunakan takungan air dari paya (wetland) untuk membuat pemancutan air yang bertujuan pembersihan pasir, juga memcemarkan sumber air dalam hutan tersebut.
Apa yang lebih menyindirkan lagi, Kerajaan Negeri Johor masih merancang untuk membina satu Taman Negeri Paya Gambut di kawasan itu. Sekiranya pencerobohan dan pencemaran telah pun berlaku dalam hutan simpan tersebut, maka usaha untuk mengistihar seluruh Hutan Simpan sebagai taman negeri juga tidak akan membawa sebarang hasil, dan cuma sebagai tujuan publisiti sahaja, dan langsung tiada berkenaan dengan usaha kitar semula
Er juga menerima aduan dari penduduk yang tinggal 3 km dari lombong berkenan, dimana terdengar bunyi mesin dari hutan tersebut.
Mengikut alasan yang diberi di atas, Er berpendapat, Kerajaan Negeri Johor perlu membuat penjelasan bagaimana perlombongan dalam hutan simpanan boleh dijalankan, tanpa berlakunya pencerobohan dan pencemaran alam sekitar.
Pembalakan di Hutan Simpanan Bindu
Pada 23hb Fabuari 2011, Er telah mengeluarkan kenyataan bahawa Hutan Simpanan Bindu disyaki ada aktiviti pembalakan haram berlaku, Jabatan Perhutanan negeri Johor telah memberi balasan terhadap perkara ini. Jabatan Perhutanan berkata, lokasi yang berkoordinat 2°02'05.81'' utara 102°49'12.47'' timur, buakan kawasan hutan simpanan, akan tetapi jabatan tersebut akan membuat siasatan yang lebih lanjut berkenaan aduan ini.
Er tidak puas hati dengan balasan yang diberi, kerana pokok balak dalam kawasan yang menjalani pembalakan haram ini telah ditanda dengan tiga garisan merah (tanda larangan pembalakan oleh Jabatan Perhutanan), akan tetapi mengikut penduduk berdekatan aktiviti pembalakan haram ini masih dijalankan.
Sehubungan dengan itu, Er amat mempertikaikan balasan dan tindakan yang diberi oleh Jabatan Perhutanan. Er juga menyatakan beliau akan terus meminta butir-butir berkenaan dengan Kerajaan Persekutuan, dan berminta jabatan berkenaan membuat siasatan lanjut berkenaan pembalakan haram ini.
Laporan Penilaian Alam Sekitar Tempat Pembuangan Sampah Pagoh
Er Teck Hwa ingin memberi pendapat berkenaan sambutan dingin oleh orang ramai berkenanan dengan Laporan Penilaian Alam Sekitar Tempat Pembuangan Sampah Pagoh yang dikeluarkan pada bulan fabuari tahun 2011.
Er berpendapat laporan penilaian tersebut setebal seribu lebih mukasurat, pada masa yang sama pembaca memerlukan pengetahuan yang berkenaan untuk memahami sepenuhnya laporan berkenaan. Namun, laporan ini cuma boleh didapati di Majlis Perbandaran Muar, Pejabat Penghulu Jolek dan Perpustakaan Desa Pagoh, dengan ini, keupayaan orang awam biasa untuk menghabiskan laporan tersebut dalam waktu pejabat adalah amat dipertikaikan, tambahan pula kandungan dalam laporan tersebut penuh dengan perkataan akademik.
Selain itu, harga Laporan Penilaian tersebut amat mahal, pihak berkenaan juga tidak membekalkan laporan penuh dalam bentuk digital, dan dalam laman web Jabatan Alam Sekitar cuma terdapat ringkasan laporan tersebut.
Er menyeru supaya Majlis Perbandaran Muar mesti mengadakan majlis penjelasan awam, dan menjemput pakar dalam bidang berkenaan membuat penjelasan dengan ayat-ayat mudah difahami kepada orang ramai, pada masa yang sama mengeluarkan naskah digital yang penuh untuk dimuatturun oleh orang ramai.
Berkenaan dengan laporan penilaian tersebut, pada awal bulan Febuari Er melalui pakar alam sekitar Amerika Syarikat mengadakan siasatan terhadap laporan penilaian tersebut, dan akan mengadakan tindakan selanjutnya selepas mendengar pendapat dari pakar tersebut.
Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hwa
06.03.2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Siapa Punya Projek? Tak ada kajian lebih terperinci ke YB?
ReplyDelete