2011-02-24

Kenyataan: Adakah kerajaan berlaku adil terhadap SJKC dan SJCT di Malaysia?

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Haji Muhyiddin Yassin menekankan bahawa kerajaan telah berlaku adil terhadap semua jenis aliran sekolah di Malaysia termasuk sekolah aliran bahasa Cina ketika menghadiri sebuah majlis rumah terbuka di SJKC Mong Soon pada 20 Februari 2011. Selain itu, beliau juga berkata kerajaan telah membelanjakan wang sebanyak RM1.8 billion untuk membayar gaji guru (di sekolah Cina dan Tamil), malah beliau telah bertanya kepada pemimpin Cina yang hadir bahawa "Adakah kamu semua yang membayar? sayalah yang membayar".

Saya amat kesal dengan tindakan beliau melotarkan soalan sebegini kepada pemimpin masyarakat Cina yang hadir pada ketika itu.

Rata-rata masyarakat umum tahu bahawa kerajaan tidak pernah menitikberatkan perkembangan sekolah aliran Cina di negara ini. Hal ini dapat dibuktikan dalam bajet 2011, menurut timbalan menteri kewangan, Mohd Puad Zarkashi berkata, 29.3 billion daripada peruntukan 35.7 billion adalah digunakan untuk tujuan pentadbiran, bakinya sebanyak 6.4 billion telah diperuntukan untuk memperkembangkan lagi sekolah-sekolah di Malaysia. Sekolah kebangsaan telah mendapat peruntukan sebanyak 96.1% atau 6.086 billion daripada angka tersebut, manakala bakinya iaitu 3.9% tersebut diperuntukkan kepada sekolan-sekolah jenis kebangsaan iaitu sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah agama. Sekiranya ia dibahagikan secara sama rata maka setiap jenis aliran sekolah akan mendapat peruntukan sebanyak 1.3%.

Daripada stastik tersebut, saya hanya membuat dua andaian terhadap Haji Muhyiddin Yassin iaitu:

1) Haji Muhyiddin Yassin tidak memahami konsep operasi matematik kerana tidak dapat membezakan jurang besar diantara 96.1% dan 1.3%. Maka beliau tidak sesuai untuk menjadi seorang menteri pendidikan.

2) Haji Muhyiddin Yassin tahu bahawa hanya 1.3% daripada bajet pendidikan yang diperuntukan kepada setiap sekolah jenis kebangsaan tetapi beliau terang menerangkan kepada pemimpin Cina yang hadir bahawa kerajaan berlaku adil kepada semua jenis aliran sekolah. Disebabkan kenyataan tersebut telah memperbodohkan mereka yang belajar di sekolah jenis kebangsaan maka integritinya amat dicurigai maka beliau tidak sesuai untuk menjadi seorang menteri pendidikan.

Haji Muhyiddin Yassin selaku timbalan perdana menteri Malaysia dan juga menteri pendidikan Malaysia harus memahami kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk membayar gaji kepada kakitangan kerajaan. Hal ini kerana kakitangan kerajaan telah diupahkan oleh kerajaan untuk melaksanakan arahan kerajaan maka pembayaran gaji kepada mereka adalah munasabah. Malangnya beliau cuba memainkan isu pembayaran wang gaji sebanyak 1.8 billion kepada guru-guru (di sekolah Cina dan Tamil), apakah maksud yang cuba disampaikan oleh beliau dalam ucapannya? Harus ditegaskan disini, pembayaran gaji kepada kakitangan kerajaan merupakan tanggungjawab sebuah kerajaan.

Lebih-lebih lagi, Muhyiddin Yassin berkata: ""Adakah kamu semua yang membayar (gaji guru sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil)? sayalah yang membayar".

Ucapan diatas telah memeranjatkan rakyat Malaysia. Peruntukan perbelajaan kesemua kementerian adalah datang dari satu Dana yang disebut "Dana Persekutuan", manakala punca kewangan Dana Persekutuan merupakan cukai yang telah dibayar oleh rakyat setiap tahun. Maka ia dapat dirumuskan bahawa rakyat yang membayar segala perbelanjaan kementerian dan bukannya seperti yang dikatakan oleh menteri iaitu menteri membayar. Kerajaan yang bertanggungjawab adalah kerajaan yang cekap dalam mengendalikan Dana tersebut. Mengapa Muhyiddin Yassin telah bertanyakan kepada rakyat adakah mereka yang membayar gaji guru? tidak dapat dinafikan secara teknikal, pembayaran gaji guru merupakan hak seorang menteri pendidikan, namum beliau bukannya pemunya dana tersebut sebaliknya beliau merupakan calon yang telah dipilih oleh rakyat untuk menjalankan tugasnya serta mengendalikan dana tersebut.

Sekiranya kenyataan Muhyiddin Yassin adalah sah maka saya menyeru supaya Muhyiddin Yassin mengemukakan buku akaunnya untuk membuktikan beliau telah membayar gaji guru, bukanya kerajaan persekutuan.

Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hwa
24.02.2011

No comments:

Post a Comment