2011-02-11

Kenyataan: Berlaku Pilihanraya Kecil - Muncul, Bencana Alam Melanda - Hilang

Pada 2 Februari (Hari Pertama Tahun Baru Cina), YB Er telah meninjau pusat perlindungan IKBN, Pagoh. Dari perbualan dengan mangsa yang menetap disana, mereka telah berhadapan dengan masalah kekurangan tilam atau tikar.
YB Er Teck Hwa hari ini telah mengkritik organisasi yang sering muncul ketika menjelang pilihanraya kecil seperti di Galas dan Tenang iaitu Pertubuhan "1Malaysia". Pertubuhan tersebut telah menyediakan hadiah-hadiah lumayan untuk mereka yang menghadiri majlisnya ketika menjelang pilihanraya kecil Tenang, tetapi kini pertubuhan tersebut tidak dapat dikesan apabila rakyat Tenang kini berhadapan dengan bencana banjir.

Hujan lebat sejak 30 Januari 2011 telah menyebabkan beberapa kawasan seperti Segamat, Labis mengalami masalah banjir. Pada hari berikutnya, kawasan-kawasan hilir Sungai Muar iaitu Batu Pahat, Yong Peng dan Johor Bahru juga tidak dapat lari daripada masalah banjir. Menurut stastik, bilangan mangsa banjir telah meningkat ke angka 20,000 orang. Daripada angka tersebut, mangsa di Daerah Muar telah mencatatkan sebanyak 10,000. Keluasan kawasan banjir merangkumi lebih daripada 1,000 ekar, angka ini termasuk 500 ekar yang merupakan kawasan pertanian. Kos kerosakan yang dijangkakan pada kali ini adalah lebih teruk berbanding dengan banjir yang melanda Johor pada tahun 2006.

Malangnya, ketika rakyat berhadapan dengan masalah banjir dan memerlukan pertolongan daripada orang ramai, Pertubuhan "1Malaysia" yang sering melaungkan dan membawa idea "1Malaysia" kini tidak dapat dikesan sebaik saja tamat pilihanraya kecil. Pertubuhan "1Malaysia" telah mengadakan jamuan yang disajikan dengan makanan enak dan pertunjakkan tarian, memberikan hadiah-hadiah lumayan kepada mereka yang hadir ketika menjelang pilihanraya kecil. Tetapi mangsa banjir kini pula berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan air bersih, tilam dan kemudahan asas.

Menurut pengerusi pertubuhan tersebut, Aloysious Lim berkata, Pertubuhan "1Malaysia" ditubuhkan adalah untuk merealisasikan saranan PM Najib untuk melaksanaan idea "1Malaysia"nya. Jadi, jika menurut penjelasan Aloysious Lim, adakah tindakan hanya melakukan aktiviti ketika menjelang pilihanraya tetapi hilang tanpa dikesan ketika bencana alam melanda rakyat juga terkandung dalam idea "1Malaysia"?

Ahli Parlimen Bakri
YB Er Teck Hwa
11.02.2011

amuan yang penuh dengan hadiah-hadiah lumayan yang dianjurkan oleh Pertubuahan "1Malaysia" ketika menjelang pilihanraya kecil Tenang.

No comments:

Post a Comment