2011-02-09

Kenyataan DAP Muar: Rumah Terbuka Untuk Sambutan Tahun Baru Cina oleh DAP Muar Dijadualkan Pada 13 Februari 2011

Pusat Perkhidmatan Muar akan menganjurkan rumah terbuka untuk sambutan Tahun Baru Cina pada 13 Februari 2011 (Ahad), jam 1.30pm petang. Majlis ini akan dianjurkan di "Kedai Kopi 899". Majlis juga akan mengundang para pemimpin Pakatan Rakyat seperti Pengerusi DAP Melaka dan juga ahli DUN Kesidang, Goh Leong San, ahli DUN Bentayan, Wee Tong Hiang, ahli DUN Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh dan ahli DUN Maharani, Dr Mohamad Taslim dari PAS.

Pertayangan filem keadaan banjir

Pengerusi Pusat Perkhidmatan DAP Muar, YB Er Teck Hwa menjelaskan majlis bukan sahaja disajikan dengan makanan enak tetapi juga akan menayangkan filem yang menceritakan keadaan sebenar masalah banjir di kawasan Selantan Malaysia, supaya orang ramai akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dihadapi oleh mangsa banjir serta bagaimana bantuan telah diberikan kepada mereka.

Ahli Parlimen Bakri
YB Er Teck Hwa
09.02.2011

Dari kiri atas: Gan Kim Hang, Ng Yinn Yih, Chua Chong Guan, Er Teck Keng
Barisan bawah kiri : Ng Yak Howe, Se ka kit, Er Teck Hwa, Phua Sau Ching, Gan Zhi Wei

No comments:

Post a Comment