2011-02-02

kenyataan: DAP Muar mengemukakan papan tanda kira hari TBH

Dari kiri: Sdr Phua Sau Ching (ketua Anggota Perkhidmatan Bergerak DAP),Sdr Ng Yak Howe (Ketua Jabatan tatacara DAP Johor),Sdr Tan Hong Peng (Ketua Pemuda DAPSY Johor),YB Er Teck Hwa (Ahli Parlimen Bakri),Se ka kit (Bendarahara Cawangan DAP Sungai Abong),Ng Yinn Yih

Pusat perkhidmatan DAP Muar dengan kerjasama pemuda-pemuda dari DAPSY negeri Johor
telah mendirikan papan tanda mengila hari kematian Teoh Beng Hock pada hari sebelum perayaan Tahun Baru Cina (2 Februari) supaya rakyat Malaysia terus mengingati detik hitam kes Teoh Beng Hock walaupun menjelang sambutan Tahun Baru Cina. DAP Muar berharap rakyat berpegang kepada prinsip bahawa "elak sikap mudah lupa supaya keadilan boleh ditegakkan" dan menyampaikan mesej penting kepada masyarakat iaitu rakyat telah bosan dengan gejala rasuah yang wujud di arena politik negara.

Papan tanda kira hari disiapkan atas kerjasama penduduk setempat dan ahli-ahli DAP

YB Er Teck Hwa yang merupakan pengerusi pusat perkhidmatan DAP Muar juga merangkap ahli parlimen Bakri menyatakan bahawa papan tersebut telah disiapkan dalam masa setengah bulan atas bantuan daripada penduduk setempat dan juga ahli-ahli DAP Muar. Selian itu, beliau juga ingin menyampaikan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat.

Jangan melaksanakan polisi bagaikan burung unta

YB Er menegaskan kes Teoh Beng Hock bukan lagi kes baru. Dari tahun 1999 sehingga 2009, sebanyak 2571 orang tahanan telah meninggal dunia ketika masih dalam penjara atau ketika berada di lokap polis. Bilangan orang yang ditembak mati oleh penguatkuasa juga melonjak dari 9 orang pada tahun 2000 kepada 89 orang pada tahun 2009. Data tersebut telah menunjukkan gejala salah guna kuasa dikalangan pihak penguatkuasa. Beliau berpendapat sekiranya kes Teoh tidak disiasat dan diselesaikan dengan sempurna maka setiap rakyat mungkin akan menjadi mangsa seterusnya seperti yang telah berlaku ke atas Teoh, Kugan atau Amirul. Beliau juga mengkritik kenyataan yang dikemukakan oleh MACC dan keputusan Mahkamah yang tidak berasas. Beliau juga mengkritik keengganan Perdana Menteri untuk menubuhan suruhanjaya diraja sehingga menyebabkan rakyat semakin hilang keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap sistem kehakiman dan perundangan negara.

Sementara itu, beliau juga mengkritik sikap Najib yang tidak tulus dan elak daripada tanggungjawab politik kerana sementara beliau membenarkan penubuhan suruhanjaya diraja, pihak pendakwa raya juga mengambil langkah untuk mengemukakan rayuan supaya kes Teoh Beng Hock diputuskan sebagai kes bunuh diri. Beliau mempersoalkan sama ada kerajaan Barisan Nasional mula memandang serious terhadap masalah rasuah yang berlaku dalam arena politik negara apabila negara dilanda gelombang tunjuk perasaan dari Tunisia dan Mesir.


Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hwa
08.02.2011

Rakan-rakan dari DAP Muar berkerjasama menyediakan papan tanda

Dengan penolongan dari asistennya, Er Teck Hwa mengikat papan tanda keatas rangkaian besi

Er Teck Hwa bersama-sama dengan rakan-rakannya berkerjasama memasangkan lampu ke atas papan tanda

No comments:

Post a Comment