2011-02-06

Kenyataan: Wujud pertelingkahan mulut di antara Er Teck Hwa dan Pengerusi JKKK Lenga atas isu pengedaran air bersih kepada penduduk setempat

Pada 5 Februari 2011, YB Er telah menghantarkan bekalan air bersih kepada penduduk setempat buat kali kedua.

Pada hari kedua sambutan Tahun Baru Cina, dalam lawatan YB Er Teck Hwa ke kampung baru Lenga untuk tujuan mengedarkan air bersih dan makanan kepada mangsa banjir, wujud pertelingkahan mulut di antara YB Er dan Pengerusi Kampung Baru Lenga atas isu pengedaran air bersih kepada penduduk setempat.

Kampung Baru Lenga yang dipisahkan dari dunia luar

"Kampung Baru Lenga terletak di kawasan tinggi maka ia tidak dilanda oleh banjir seperti kawasan lain walaupun ia terletak di hilir Sungai Muar", menurut YB Er. Namum begitu, disebabkan kawasan persekitarnya merupakan kawasan yang rendah maka air telah memisahkan Kampung Baru Lenga daripada dunia luar. Sebanyak 88 keluarga yang masih menetap di kampung tersebut walaupun menjelang musim banjir kerana rumah mereka terletak di kawasan tinggi. Setelah YB Er memeriksa paras air di Kampung Baru Lenga, beliau mendapati paras airya hampir sama seperti yang berlaku pada tahun 2006, maka beliau berpendapat bahawa masalah banjir akan memisahkan penduduk kampung dari luar selama satu minggu.

Penduduk kampung tidak dikategorikan sebagai mangsa banjir

YB Er yang merisaukan penduduk Kampung Baru Lenga kerana mungkin menghadapi masalah kekurangan bekalan air bersih dan makanan, maka YB Er telah menghantarkan 42 kotak air minuman, 360 bungkus biskut dan 500 bungkus roti kepada penduduk setempat dengan menggunakan kapal kecil atas kerjasama ahli-ahli RELA. Penduduk kampung telah mengadu kepada YB Er bahawa mereka bukan sahaja tidak dapat menyambut ketibaan Tahun Baru Cina, malah tidak dibekalkan bekalan elektrik, selain itu, mereka juga risau dengan bekalan air bersih yang semakin berkurangan hari demi hari. Oleh kerana Kampung Baru Lenga terletak di kawasan tinggi maka kampung tersebut tidak dikategorikan sebagai kawasan bencana, maka pertolongan seperti air bersih daripada kerajaan tidak akan dibekalkan kepada penduduk kampung tersebut. Penduduk kampung kini hanya bergantung kepada air hujan dan air simpanan sementara mereka. YB Er telah menyampaikan masalah tersebut kepada Pengerusi kampung Baru Lenga Tang Peng Hua namun beliau enggan membekalkan air bersih kepada penduduk kerana kampung tersebut tidak dikategorikan sebangai kawasan bencana.

Dasar Kerajaan Barisan Nasional yang mengikuti perkembangan semasa

Disebabkan rundingan antara YB Er dan ketua kampung gagal, maka YB Er telah mengambil keputusan untuk menghantarkan air bersih kepada penduduk setempat buat kali kedua. Pada hari ketiga Tahun Baru Cina, YB Er telah menghantarkan 100 tong (1900 liter) air bersih kepada penduduk kampung atas bantuan penduduk setempat. Pada masa yang sama, Tang juga mengumumkan bahawa penduduk akan dibekalkan dengan bekalan air bersih. YB Er amat tidak puas hati dengan dasar kerajaan BN yang begitu kaku dan tidak berubah mengikut perkembangan semasa sehingga mendatangkan penderitaan kepada penduduk kampung.

Malah YB Er juga ingin menyampaikan batahan keras kepada Pengerusi MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek iaitu kenyataannya yang menyebut pembangkang tidak pernah terlibat dalam aktiviti pertolongan mangsa banjir. Yb Er menegaskan parti pembangkang telah banyak terlibat dalam aktiviti pertolonagn ketika banjir besar yang melanda Johor pada tahun 2006 dan banjir yang berlaku pada kali ini. Menurut penduduk Kampung Baru Lenga, sehingga kini mereka masih tidak menampakan mana-mana pemimpin MCA yang melawat kampung mereka.

Jalan alternatif harus diperbaiki

Setelah meninggalkan Kampung Baru Lenga, YB Er yang ditemani oleh Setiausaha DAP Johor, Tan Chen Choon dan timbalan pengerusi pemuda DAP, Lim Eng Guan telah meneruskan perjalanan mereka ke Gersir dan Kundang Ulu untuk meninjau situasi banjir dan mengedarkan air bersih kepada penduduk setempat. Pihak berkuasa telah menyediakan jalan alternatif untuk menuju ke Kundang Ulu, YB Er telah mengingatkan pihak berkuasa supaya jalan alternatif tersebut harus diperbaiki kerana jalan yang sempit dan rosak supaya tidak mendatangkan kemalangan yang tidak diingini.

Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hwa
06.02.2011

Dari kiri: Tembalan Pengerusi Biro Pendidikan Politik DAPSY Sdr Tang Chee Kia, Setiausaha Orgenisasi Cawangan DAP Pulai Sdr Yan Boon Meng, Penolong setiausaha organisasi kebangsaan sdr vincent wu,Pengerusi JKKK Kampung Baru Lenga Tang Peng Hua,Ketua Pemuda DAPSY Tan Hong Peng.
Gambar menunjukkan pertelingkahan mulut diantara YB Er dan Tan. Penduduk kampung telah mengadukan sikap tidak bertanggungjawab ketua kampung mereka kepada YB Er

No comments:

Post a Comment