2011-02-08

Kenyataan: Misi pertolongan terhadap mangsa banjir harus dilakukan atas dasar sama rata

Kelajuan tinggi kapal pembantuan bencana mengakibatkan gelombong yang memberbahayakan perahu berdekatan

Setelah YB Er meninjau beberapa kawasan banjir di Johor dan menerima balasan daripada penduduk setempat, YB Er telah menyimpulkan bahawa kerajaan harus menolong mangsa banjir atas dasar sama rata.

Segelintir penduduk gagal mendapat pertolongan kerajaan

YB Er memberitahu bahawa penduduk dari Panchor dan Lenga telah mengadu kepadanya bahawa mereka gagal untuk menerima sebarang pertolongan daripada kerajaan malah terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membeli baranag keperluan seperti air bersih dan makanan. Penduduk di Panchor juga mengadu bahawa kerosakan berlaku apabila ombak akibat daripada kapal yang dipandu dengan kelajuan tinggi melanda perumahan mereka. Kerajaan hanya menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di pusat perlindungan banjir tetapi tidak kepada mereka yang masih kekal di rumah mereka. YB Er berpendapat tindakan penduduk yang enggan beredar dari rumah mereka walaupun banjir boleh dimaafkan kerana pihak penguatkuasa tidak melakukan rondaan untuk menjaga kepentingan mereka.

Jangan memainkan sentimen perkauman dalam misi pertolongan mangsa banjir

YB Er memberitahu bahawa penduduk kesal dengan pertolongan susulan daripada kerajaan selepas banjir besar yang melanda Johor pada 2006. Kerja-kerja pembersihan di sekolah terutamanya sekolah jenis kebangsaan hanya dilakukan oleh pihak sekolah, PIBG dan penduduk setempat tanpa pertolongan dari kerajaan, harus diingatkan bahawa penduduk setempat juga merupakan mangsa banjir dan mereka terpaksa membersihkan kawasan perumahan di samping membersihkan kawasan sekolah. YB Er mengkritik bahawa kerajaan tidak harus mempolitikan misi pertolongan banjir hanya untuk memancing undi.

Dana harus dibahagikan atas dasar pantas dan adil

YB Er memberitahu bahawa situasi bajir kali ini adalah lebih buruk berbanding dengan banjir besar yang melanda pada tahun 2006 kerana paras airnya lebih tinggi 1m dari tahun 2006. Kerajaan harus memberikan dana secepat mungkin kepada mangsa banjir dan memastikan dana tersebut tidak disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, YB Er juga berharap kerajaan memberikan kepujian kepada mereka yang menolong mangsa banjir walaupun menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hwa
08.02.2011


Kapal Pembantuan Bencana melalui Bandar Panchor dengan kelajuan tinggi.


Gelombong yang diakibatkan oleh Kapal Pembantuan bencana telah menyebabkan pintu kedai rumah terbuka dan pecahan tingkap.

No comments:

Post a Comment