2011-02-11

PEMBENTANGAN PERTANYAAN MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KEDUABELAS (MAR-APR, 2011)

1) Y.B. Er Teck Hwa minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai kiriman e-mel dan khidmat SMS yang mengandungi ucapan Selamat Tahun Baru Cina pada Februari 2011 kepada rakyat:
a) Berapakah kos keseluruhan.
b) Jumlah rakyat yang menerima SMS dan e-mel tersebut.
c) Nombor telefon dan alamat emal peribadi diperolehi dari mana. (08/03/2011)

2) Y.B. Er Teck Hwa minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hasil siasatan di atas aduan kepada SPR bahawa satu tempat membawa pengundi hantu di Dewan SJKC Ai Chun yang telah dikesan oleh dua orang petugas pilihanraya kecil Tenang pada 30hb Februari 2011. (08/03/2011)

3) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan pampasan dan sabsidi untuk anggota RELA yang melibatkan diri dalam pembantuan semasa banjir di Daerah Muar pada Februari 2011 memandangkan bahawa mereka perlu mengeluarkan wang sendiri untuk membeli minyak petrol untuk boat penyelamatan dan tanpa apa-apa bantuan kewangan dan subsidi harian. (09/03/2011)

4) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah mangsa yang terlibat, bantuan ehsan dan pampasan yang diberikan mengikut mukim dan kampung semasa banjir besar yang berlaku di kawasan selatan Semenanjung Malaysia pada akhir bulan Jan hingga Feb 2011. (09/03/2011)

5) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan laporan EIA tapak pelupusan sampah baru di kawasan Pagoh. Adakah laporan tersebut telah dilengkap dan dikemukakan?
a) Jika ya, bilakah tapak pelupusan sampah tersebut mula beroperasi.
b) Jika tidak, mengapa laporan tersebut diperlambatkan. (10/03/2011)

6) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan tersendiri untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di pusat bandar Muar mengikut peruntukan bajet 2011.
a) Adakah kementerian merancang untuk bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melaksanakan pelan pemindahan terminal bus Bentayan ke lokasi baru sepertimana Pelan Perancangan Tempatan 2005 untuk melegakan kesesakan lalu-lintas di pusat bandar Muar ?
b) Senaraikan kos yang terlibat dalam perancangan pemindahan terminal bus tersebut ke lokasi baru. (14/03/2011)

7) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tahap pencapaian objektif Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) untuk meningkatkan taraf hidup sosia-ekonomi penanam nanas di Batu 18, Jalan Ayer Hitam, Parit Yusof, Muar sehingga melepasi sekurang-kurangnya 2 kali ganda daripada piawai garis kemiskinan pada tahun 2010 serta nyatakan jumlah peruntukan yang diberikan dan senaraikan bilangan penanam nanas yang telah berjaya melepasi belenggu kemiskinan. (15/03/2011)

8) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI KEWANAGAN menyatakan perancangan untuk memberikan lesen pemangsaan kelengkapan pengisian gas sebagai bahan api gantian kepada petrolem di semua stesen minyak selain daripada Petronas di seluruh negara yang bertujuan untuk memberikan pilihan tambahan kepada pengguna-pengguna kenderaan demi meringankan beban kos bahan api. (16/03/2011)

9) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah kakitangan awam kontrak yang tidak diberikan perlindungan Perkeso dari tahun 2005-2010 dan nyatakan kenapa setengah kakitangan awam kontrak dikecualikan daripada perlindungan Perkeso serta senaraikan jumlah kakitangan yang terlibat mengikut setiap kementerian. (17/03/2011)

10) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kadar tarif air, perbelanjaan, pendapatan dan keuntungan setiap syarikat air mengikut negeri setiap tahun dari tahun 2006-2010. Apakah perancangan kerajaan pusat untuk mengambil-alih konsensi bekalan air daripada kerajaan negeri supaya tarif air dapat diselaraskan demi kepentingan rakyat. (24/03/2011)

Soalan Bertulis:

1) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI KESIHATAN menyatakan perancangan menubuhkan pusat khidmat IJN di setiap negeri pada masa terdekat memandangkan pesakit terpaksa menunggu masa yang panjang untuk rawatan kerana pusat IJN tidak mencukupi pada masa sekarang dan menyenaraikan jumlah doktor pakar yang berkhdimat serta jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan pada setiap hari.

2) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perancangan memberikan bantuan subsidi dan teknikal kepada pengusaha sarang burung dalam RMK ke-10.
a) Bagaimanakah kementerian bekerjasama dengan pihak PBT untuk memastikan industri ini tidak mendatangkan masalah pencemaran persekitaran berlaku?
b) Senaraikan syarat-syarat dan tempoh masa kelulusan lesen untuk perindustrian sarang burung.

3) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tarikh sebenar pemberian duit bantuan kebajikan kepada golongan tidak bernasib baik yang telah berjaya dalam permohonan bantuan kebajikan. Kenapa masalah tunggakan ataupun lambat bayar duit bantuan kebajikan sering berlaku di Pejabat Kebajikan Daerah Muar, menyebabkan mereka yang tidak bernasib baik ini semakin terdesak hidup dan hilang punca mata pencarian sehingga terpaksa mengadu kepada Pejabat Negeri di Johor Bahru?

4) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah peruntukan dalam bajet 2011 yang diberikan kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Daerah Muar untuk menolong dan menaikkkan taraf hidup para nelayan pukat hanyut tempatan.
a) Adakah projek alkualultur disasarkan di Muar demi menambahkan pendapatan nelayan tempatan memandangkan hasil tangkapan ikan di laut semakin berkurangan?
b) Setakat mana pencapaian projek pembinaan habitat bela ikan di sepanjang pantai Parit Unas hingga Kukup telah dapat meningkatkan taraf hidup kumpulan sasar?

5) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah komples perniagaan hak milik warga negara asing di Kuala Lumpur dari 2005 ke 2011. Senaraikan pecahan mengikut alamat, tarikh bangunan tersebut ditukar-milik, nama pemilik dan nilai semasa bangunan tersebut.

No comments:

Post a Comment