2011-03-09

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ]
TARIKH : 9 MAC 2011

SOALAN :

TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah mangsa yang terlibat, bantuan ehsan dan pampasan yang diberikan mengikut mukim dan kampung semasa banjir besar yang berlaku di kawasan selatan Semenanjung Malaysia pada bulan Januari hingga Februari 2011.

JAWAPAN :

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa prihatin kepada kumpulan sasarnya termasuklah mangsa banjir yang memerlukan bantuan.

Di bawah Arahan No. 20 Majlis tanggungjawab JKM sekiranya berlaku

a) Menyedia dan menyelenggarakan

Keselamatan Negara sesuatu bencana adalah pusat-pusat pemindahan ; (MKN), peranan dan seperti berikut:

b) Membuat persediaan dan mengedarkan bantuan keperluan; makanan, pakaian dan lain-lain

c) Menjalankan pendaftaran ke atas mangsa untuk tujuan pemulihan semula mangsa bencana; dan

d) Memberi bimbingan, nasihat dan kaunseling kepada mangsa-mangsa.

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi negeri Johor, sebanyak 376 pusat pemindahan banjir telah dibuka bagi membantu seramai 77, 803 mangsa banjir dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3,997,896.00. Di negeri Melaka pula, sebanyak 31 pusat pemindahan dibuka untuk membantu 7,006 mangsa banjir dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1,200.00.00. Di Negeri Sembilan, 29 buah pusat pemindahan dibuka dengan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan ialah seramai 1,983 orang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM139,110.00 dan di negeri Pahang sebanyak 29 buah pusat pemindahan telah dibuka untuk membantu 1,962 mangsa banjir dengan jumlah peruntukan sebanyak RM376939.00. Jumlah keseluruhan mangsa banjir yang dibantu adalah seramai 88,754 orang di 463 buah pusat femindahan banjir yang dibuka di empat negeri tersebut.

Peruntukan keseluruhan berjumlah sebanyak RM5.7 juta telah dibelanjakan oleh Kementerian bagi mengurus, menyedia bekalan makanan, peralatan dan keperluan mangsa di pusat-pusat pemindahan berkenaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagai langkah pemulihan jangka pendek, JKM juga menyediakan bekalan makanan bagi tempoh di antara 3 hingga 7 hari kepada setiap keluarga yang keluar daripada pusat pemindahan yang kembali ke kediaman masing-masing.

Bantuan pemulihan jangka panjang berbentuk wang ehsan dan pampasan adalah di bawah bidang kuasa dan diuruskan oleh Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri (JPBBN) yang dipengerusikan oleh Setiausah a Kerajaan Negeri yang berkenaan.

No comments:

Post a Comment