2011-04-01

Kenyataan : Alasan Yang Diberikan Oleh Kementerian Kerja Raya Mengenai Penangguhan Projek Pembaikpulihkan Jalan Pintas Muar Amat Mengecewakan

Ketika dalam perbahasan titah diraja 2011 di parlimen, Ahli Parlimen Bakri, Er sekali lagi membangkitkan isu progress projek Jalan Pintas Muar.

Er telah mempersoalkan langkah yang diambil oleh kementerian iaitu menangguhkan lagi tarikh pampasan (Liquidated & Ascertained Damages, LAD) yang harus dibayar oleh syarikat Ranhill. Menurut jawapan dari kementerian pada 28 Oktober 2010, kementerian telah mengambil keputusan untuk menangguhkan tarikh tersebut sehingga ke 27 September 2011.

Kementerian menjelaskan penangguhan tarikh tersebut diputuskan kerana syarikat tersebut telah menunjukkan tahap kesungguhannya dalam projek tersebut. Selain itu, penangguhan masa tersebut juga mengambil kira faktor dimana rekabentuk kontraktor yang ditolak oleh kementerian (abortive design) pada akhir tahun 2010.

Kementerian menjelaskan sehingga 15 March 2011, hanya 60% daripada keseluruhan projek yang telah disiapkan. Kementerian telah memberikan surat amaran berkali-kali kepada pihak kontraktor kerana progress yang lambat.

Kementerian juga mengatakan sekiranya syarikat tersebut gagal untuk menyiapkan pakej seperti yang dijadualkan oleh kementerian, maka kementerian akan melantik pihak ketiga untuk menyiapkan pakej tersebut.

Er amat kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh kementerian kerana ini bukan kali pertama penangguhan diberikan kepada syarikat Ranhill. Pada tahun 2009, kementerian telah memberikan kelonggaran kepada syarikat tersebut iaitu menangguhkan tarikh siap projek tersebut sehingga ke 27 September 2010, dan tarikh tersebut ditangguhkan sekali lagi ke 27 September 2011.

Ketika perbahasan bajet pada 9 November 2010, Er pernah mempersoalkan progress projek tersebut namum Timbalan Menteri Kerja Raya pada masa itu, iaitu Dato' Shaziman bin Mansor memberikan jaminan bahawa syarikat Ranhill merupakan sebuah syarikat yang berpretij. Syarikat tersebut bukan sahaja mempunyai projek di dalam negara malah di luar negara. Maka Dato' menjaminkan syarikat tersebut akan menyiakan projek tersebut seperti yang dijadualkan. Namum projek tersebut sering kali ditangguhkan dan ia telah mencemarkan nama baik imej Kementerian Kerja Raya. Walaupun kos penangguhan projek tersebut ditanggungkan oleh syarikat Ranhill, tetapi penangguhan projek tersebut telah menyusahkan penduduk Muar kerana mereka tidak pernah menikmati jalan yang sempurna sejak 5 tahun lagi. Hal ini sekali lagi membuktikan kerajaan Barisan Nasional hanya mengutamakan kepentingan kroni daripada kepentingan rakyat.

Er juga menghantar suatu memorandum kepada Perdana Menteri ketika lawatannya ke Muar pada 27 March 2011. Er memohon supaya lampu jalan raya dipasang di jalan pintas Muar kerana keadaan kekurangan lampu jalan mungkin menyebabkan kemalangan berlaku.

Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hwa
01.04.2011

Lampiran:

Perbahasan jalan pintas Muar sejak tahun 2008 sehingga sekarang oleh Ahli Parlimen Bakri:

2008/07/02 - Kementerian menjelaskan projek pembaikpulihkan jalan akan disiapkan oleh kontraktor pada bulan Ogos. Namum disebabkan peruntukkan yang tidak mencukupi, maka projek menaiktaraf lampu isyarat tersebut akan ditundakan ke Rancangan Malaysia yang akan datang.

2009/11/09 - Kementerian menjelaskan pengurusan projek yang tidak cekap telah menyebabkan peningkatan kos projek sebanyak 21.54% daripada kos keseluruhan projek. Namum kos tersebut ditangguhkan oleh kontraktor sendiri dan cagaran mungkin dirampas oleh kementerian.

2010/04/19 - Perbahasan bajet tambahan - Timbalan menteri di Kementerian Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng menjelaskna projek tersebut akan siap sepenuhnya pada bulan September 2010.

2010/6/30 - Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI) sekali lagi mempersoalkan progress projek jalan pintas Muar, kementerian menjelaskan syarikat Ranhill telah memulakan kerja pembaikpulihkan sejak bulan April 2010 dan dijangka siap pada 16 Ogos 2010.

2010/10/28 - Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI) meminta MENTERI KERJA RAYA menyatakan hasil pantauan pihak JKR terhadap mutu kerja pembaikan laluan pintas Muar setelah performance bond Ranhill dilanjutkan sehingga september 2010.

2011/3/31 - Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan mengapakah bon pelaksanaan syarikat Ranhill Corporation Berhad dilanjutkan untuk tempoh setahun lagi, iaitu sehingga bulan September 2011 bagi tujuan membaiki kecacatan projek Jalan Pintas Muar, Johor.

No comments:

Post a Comment