2010-09-16

Kenyataan Rasmi : DAP MUAR mengisytiharkan pelancaran "Sistem Pengurusan Aduan Infrastruktur Perbandaran"

Imej satelit Muar menggambarkan lokasi aduan longkang tersumbat secara spesifik
Pusat Khidmat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kawasan Bakri secara rasminya mengisytiharkan pelancaran "Sistem Pengurusan Aduan Infrastruktur Perbandaran".

Sistem Pengurusan Aduan Infrastruktur Perbandaran atau dikenali sebagai Municipal Infrastructure Complaint Management System (MICMS) merupakan sistem aduan berasaskan teknologi Peta Satelit Google. Pusat khidmat DAP Bakri telah memulakan proses pemetaan sejak tahun 2009. Namum begitu, resolusi peta Google yang tidak memuaskan telah menyukarkan proses pemetaan tersebut. Untuk mengatasi masalah ini, Ahli Parlimen Bakir YB Er Teck Hwa telah menghantar surat kepada pihak unit pengurusan Google Map untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pada pertengahan tahun 2010, resolusi peta Google bagi kawasan Muar telah dikemaskini dan menjadi lebih jelas. Unit aduan DAP telah memulakan proses pemetaan tersebut dan dibuka kepada umum pada bulan September.

Dari Kiri: Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa dan ketua unit pengurusan aduan Phua Sau Ching
Tujuan utama sistem ini dibangunkan adalah untuk membolehkan penduduk Muar mengikuti perkembangan semasa kerja penyelenggaraan infrastrutur yang dilakukan. Setelah menerima aduan daripada penduduk setempat, unit aduan DAP akan membuka fail dan menandakan lokasi aduan dalam sistem tersebut. Jadi, kini pengadu dapat mengetahui perkembangan semasa aduan tersebut sama ada masalah tersebut sudah diselesaikan ataupun tidak.

Sistem ini sudah digabungkan ke dalam Blog Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa (DAP) dan para pengadu hanya perlu menekan butang di sebelah kiri atas untuk mengakses ke dalam sistem tersebut.

Sistem ini akan dibahagikan kepada 8 kategori utama, iaitu:

1. Aduan kerosakan jalan
2. Aduan masalah sampah
3. Aduan masalah banjir
4. Aduan kerosakan lampun jalan
5. Permintaan pemasangan lampu jalan
6. Aduan kerosakan longkang
7. Aduan longkang tersumbat
8. Aduan lain

Para pengadu boleh memilih kategori yang berkenaan setelah mengakses ke dalam sistem tersebut, aduan akan ditandakan dalam peta dan dilabelkan dengan warna. Dalam tanda peta tersebut, terdapat 2 jenis warna yang digunakan iaitu warna merah dan warna biru. Warna merah melambangkan aduan tersebut masih dibawah susulan manakala warna biru pula melambangkan masalah tersebut sudah diselesaikan. Selain itu, pengadu juga boleh mengetahui maklumat terperinci seperti tarikh aduan dan lokasi aduan dibuat dengan hanya memilih tanda yang berkenaan.

"Sistem Pengurusan Aduan Infrastruktur Perbandaran" atau dikenali sebagai "Municipal Infrastructure Complaint Management System, MICMS" bukan satu konsep baru malah telah digunapakai oleh kebanyakkan kerajaan tempatan di Amerika Utara. Kebanyakkan kerajaan tempatan disana telah menggunakan khidmat peta Google untuk membangunkan program Municipal Infrastructure Management System (MIMS) dimana pengurusan bandar dapat dilakukan. Selain itu, kerajaan Amerika Syarikat juga mengunakan teknologi peta Google untuk mengingatkan penduduk US supaya berwaspada dengan kawasan kadar jenayah tinggi, lokasi penduduk yang dikenakan sekatan jalan dan sebagainya.

Program yang dilancarkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bakri hanya dilaksanakan oleh seorang pekerja penuh masa dan seorang pekerja separuh masa dengan makan masa selama 500 jam kerja. Projek ini menelan masa selama 3 bulan dengan sumber dana dan kepakaran yang terhad . Sistem tersebut tidak melibatkan sebarang pembelian peralatan dan perisian.

Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hwa
16.09.2010

1 comment: