2010-09-16

Kenyataan Rasmi : Rakyat Malaysia Menyambut Ketibaan Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia kepada semua warga Malaysia. 
Semoga negara tercinta akan terus aman makmur dan berkembang maju.

Pada awal pagi 16 September 2010, kesemua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Muar telah berkumpul di Dataran Tanjung Emas, Muar untuk menyambut ketibaan Hari Malaysia. Para pemimpin PR telah memegang bendera kesemua negeri dalam Malaysia ketika menyertai sambutan yang penuh bermakna ini. Selain itu, pemimpin PR juga mengalu-alukan keputusan untuk memperingati Hari Malaysia dengan merasmikannya sebagai cuti umum negara.

Para pemimpin PR telah tiba di dataran tersebut pada 11:30 malam, 15 September 2010. Sambutan untuk menyambut ketibaan Hari Malaysia (16 September) ini diketuai oleh bekas calon PKR kawasan Bukit Naning , Ketua Cabang PKR Bakri Haji Kusni Simon, AJK Angkatan Muda Keadilan Bahagian Muar, Ahmad Anwar Asyraf dan Ahli Parlimen Bakri DAP, YB Er Tech Hwa.

Walaupun langit mencemburui kita dengan hujan lengai, namum ia tidak dapat memadam semangat para pemimpin PR untuk menyambut ketibaan Hari Malaysia. Apabila masa sudah menjelang, maka para pemimpin telah melaungkan "Selamat menyambut Hari Malaysia" dan diiringi dengan suasana saling bersalaman antara para pemimpin PR. Walaupun acara ini disambut dengan ringkas dan mudah namum maknanya adalah tidak
terhingga.

Pada tahun 2008, pemimpin PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menjanjikan bahawa apabila PR berjaya memerintah Malaysia maka Hari Malaysia akan diisytiharkan sebagai cuti umum untuk mengingatkan Rakyat Malaysia mengenai makna Hari Malaysia. Ketika dalam sidang parlimen pada 19 Oktober 2009, idea DSAI ini telah diambil oleh perdana menteri, Najib Tun Razak untuk mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum di Malaysia. Pengumuman ini membuktikan semangat PR iaitu berjuang demi kepentingan rakyat. Hal ini juga menunjukkan sistem dua parti kini semakin terbentuk di arena politik negara dimana parti pemerintah kini menjadi lebih berhati-hati ketika melaksanakan sesuatu polisi negara serta bersetuju untuk menerima cadangan daripada parti pembangkang dalam melaksanakan sesuatu polisi.

Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hwa
16.09.2010

No comments:

Post a Comment