Saya dan juga DAP Bahagian Muar membantah sekeras-kerasnya mengenai kenyataan yang dibuat oleh pihak polis pada 30 Ogos 2010 iaitu Wee Meng Chee (atau dikenali sebagai Namewee) akan disiasat mengikut Akta Hasutan dan juga kenyataan yang dibuat oleh Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim bahawa Wee Meng Chee (Namewee) harus disiasat kerana filem terbarunya "Nah!" yang bertemakan anti-rasis. Selain itu, kami juga kesal dengan tindakan susulan polis yang menghantar 3 kereta peronda polis ke rumahnya apabila kita masih ketinggalan 15 minit untuk menyambut kedatangan Hari Kemerdekaan.
Wee Meng Chee (Namewee) dalam filem terbarunya telah menyampaikan pendirian kebanyakan orang Cina iaitu kami tidak bersetuju dengan tindakan segelintir pihak yang cuba memprovokasikan sentimen perkauman. Sehingga hari ini, pihak yang terlibat masih bebas dari segi undang-undang dan hukuman terhadapnya hanyalah memindakannya tersebut ke sekolah lain untuk meredakan kemarahan orang ramai. Seruan masyarakat orang Cina adalah tegas dan sama iaitu pihak yang terlibat harus dihadapkan ke mahkamah untuk meneriman tindakan yang sewajarnya.
Sekiranyan ia hanya merupakan satu kes kecuaian dalam sistem pendidikan maka guru tersebut boleh dimaafkan kerana jasa guru yang berat iaitu mendidik generasi akan datang. Sebaliknya, insiden sebegini kini berlaku secara berleluasa. Pada bulan april yang lepas, iaitu dalam perhimpunan di SMK Sultan Abu Bakar, Muar dimana Pengetuanya telah mengarahkan pelajar bukan islam meniru cara sembahyang pelajar Islam. Pada bulan Julai di Sekolah Menengah Gajah Berang, Melaka. Tindakan beberapa pelajar yang tidak memakai tudung dan memakai baju tanpa kolar tangan ketika tampil di acara fasion sekolah telah mengundang kemarahan seorang guru. Guru tersebut telah memarahi pelajar Cina tersebut dan menyebut orang Cina sebagai pelacur, menjadi contoh yang buruk kepada pelajar lain. Tambah lagi kes yang berlaku di sekolah menengah di Johor dan Kedah. Kesimpulannya, mereka yang terlibat hanya diberi amaran atau dipindahkan ke sekolah lain, tiada sesiapa pun yang dihadapkan ke mahkamah dan dihukum.
Wee Meng Chee (Namewee) sudah menjelaskan pendiriannya dalam filem terbaru iaitu membantah kenyataan perkauman daripada Pengetua Puan Siti Inshah Mansor dan pendirian Kementerian Pendidikan yang tidak mengambil sebarang tindakan tegas terhadapnya. Sekiranya Kementerian Dalam Negeri masih meneruskan pendakwaan terhadap Wee Meng Chee (Namewee) maka ini menunjukkan kerajaan bersetujuan dengan kenyataan rasis daripada Pengetua tersebut dan pendirian Kementerian Pendidikan yang memandang ringan insiden ini. Secara tersirat, kerajaan telah bersetuju dengan tindakan rasis segelintir pihak di negara ini.
Ketika masih ketinggalan 15 minit untuk menyambut kedatangan Hari Kemerdekaan, pihak polis telah menghantar 3 kereta peronda polis ke rumah Wee Meng Chee (Namewee). Pada malam yang sama, sebuah stesen television telah menayangkan dokumentasi patriotik buatan Wee Meng Chee (Namewee) yang bertajukkan "I Wanna Go Home". Ada pihak yang ditahan sebelum Hari Kemederkaan kerana mahu menunjukkan semangat patriotiknya kepada negara ini, manakala ada pihak yang masih bebas walaupun menyamakan sesuatu kaum dengan pendatang, pelacur, pengemis. Hal ini telah bermakna, slogan Perdana Menteri iaitu "1Malaysia" kini sudah terkecai.
Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hwa
31/08/2010
jane said,
ReplyDeleteMr.ER, dengan menluahkan segala ini dapatkah mengubah situasi yang semakin teruk ini?? Adakah terdapat apa jalan atau cara untuk menyedarkan kerajaan tentang perbuatan perkauman oleh guru-guru ini mesti dijatuhkan hukuman??
Pada pendapat saya, jika hanya memindahkan mereka ini ke sekolah lain, hanya akan mencermakan fikiran para pelajar yang berada di sekolah itu. Yang mendapat pendidikan yang tinggi (guru besar yang tersebut) itulah yang berfikiran perkauman!
Sedihnya, 1 Malaysia hanya merupakan suatu mimpi yang indah.
Namewee hanya suarakan apa yang kita tak berani myenyebutkan juga salah. Mungkin bahasa digunakan adalah tak begitu sesuai. Tetapi betul semua katanya.
Di kedai suami saya, walaupun kita bangsa cina tetapi pekerja di sini adalah bangsa melayu and india. Kerana kita betul-betul 1Malaysia.
terima kasih Jane,
ReplyDeletedengan memindahkan pengetua sekolah ini tidak akan mengatasi masalah ini. Dengan pendek kata, sekiranya tindakan perlu diambil, haruslah adil kepeda semua pihak. Saya tidak setuju mengunakan bahasa kasar sebagai tindak-balas. Itu bukan isu pokok, isu pokok ialah pihak penguatkuasa tidak mengambil tindakan yang dipandang sebagai adil kepada semua pihak.