2010-09-16

Kenyataan Rasmi : berbagai soalan mengenai isu Pemindahan Pusat Pelupusan Sampah Bukit Bakri

Pada 14 September 2010, Ahli Majlis Perbandaran Muar Enick Lee Poh Peng telah mengumumkan bahawa Majlis Perbandaran Muar (MPM) mencapai keputusan sebulat suara mengenai isu Tapak Pelupusan Sampah Bukit Bakri dalam mesyuarat bulanan lepas iaitu pada 28 Ogos 2010. MPM mengesahkan bahawa tapak tersebut akan ditutup secara berperingkat bermula dari bulan November tahun ini dan ditutup sepenuhnya pada Julai 2011.

Saya masih sangsi dengan pengumuman tersebut. Alasannya ada seprti berikut:

1. Lee menyatakan keputusan tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat bulanan MPM pada bulan Ogos yang lepas. Tetapi apa yang menghairankan adalah mengapa Pengerusi MPM, Tuan Haji Muhamad Fuad Bin Haji Radzuan tidak mengumumkan keputusan tersebut ketika beliau mengumumkan pelan Pasar Ramadhan di Jalan Sisi iaitu selepas mesyuarat bulanan pada bulan yang sama? Masalah tapak pelupusan sampah tersebut melibatkan kepentingan berpuluh ribu penduduk di daerah Muar. Mengapa Pengerusi MPM tidak mengumumkannya lebih awal sebaliknya mengumumkannya selepas pengumuman dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman ketika di Rumah Terbuka Hari Raya di Sungai Mati pada 12 September 2010.

2. Saya pernah menujukan isu ini ketika dalam Sidang Parlimen pada 17 March, 29 March dan 5 Julai 2010, tetapi Kerajaan Persekutuan gagal untuk menyebut bila tapak tersebut akan ditutupan. Jadi, mengapa MPM boleh membuat keputusan dengan begitu drastik dalam masa 2 bulan? Harus diingatkan, MPM adalah berada dibawah penguasaan Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, KPKT. Saya ingin bertanya, adakah MPM telah mendapat persetujuan daripada KPKT ketika Ahli Majlis Perbandaran, Encik Lee membuat pengumuman sedemikian? Sekiranya ya, adakah MPM bersedia untuk menunjukkan surat rasmi tersebut kepada penduduk di Muar?

3. Pada 6 Julai 2010, Timbalan Perdana Menteri serta Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah memberitahu bahawa pelan pembukaan tapak baru di Singkang, Pagoh yang akan mengantikan tapak lama di Bukit Bakri masih belum diputuskan lagi. Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan jawatan kedua paling tinggi di pentadbiran kerajaan pusat selepas Perdana Menteri, manakala ahli majlis perbandaran, Lee hanya merupakan seorang pegawai am dan berada di tempat bawah dalam birokrasi pentadbiran kerajaan, mengapa jawapan yang diberikan oleh kedua-dua pihak ternyata begitu jauh berbeza? walaupun isu ini melibatkan kepenting serta taraf hidup berpuluh ribu penduduk di daerah Muar.

4. Sebagai majlis perbandaran yang bertanggungjawab, mengapa MPM boleh memutuskan tarikh pemindahan tapak tersebut walaupun Laporan Impak Persekitaran (EIA) masih belum disiapkan oleh Universiti MARA yang dilantik oleh kerajaan tempatan? Sekiranya MPM boleh memutusan kerja pemindahan akan bermula selepas bulan November 2010 tanpa memerlukan laporan EIA, mengapa mereka masih perlu melantik pihak berkenaan untuk menyediakan laporan EIA?

Encik Lee juga gagal untuk mengumumkan beberapa maklumat terprinci ketika pengumumannya, iaitu:

1. Masa yang dibenarkan dalam setiap peringkat pemindahan.

2. Kapasiti sampah yang dibenarkan dalam setiap peringkat pemindahan.

3. Dana yang diperlukan dalam proses pemindahan. Sekiranya dana tersebut telah diperuntukkan, dari manakah datangnya dana tersebut? Mengapa ia tidak dilampirkan dalam Bajet Kerajaan Persekutuan 2010?

5. Ketika Sidang Parlimen yang berlangsung pada bulan March 2010, saya pernah mewakili "Jawantankuasa Bantahan Atas Tapak Perlupusan Sampah Di Bukit Bakri" untuk menghantar satu memoramdum kepada kerajaan pusat dan kandunga/permintaan penduduk Bukit Bakri amat jelas, iaitu:

1) Melarang kenderaan dari daerah lain untuk membuang sampah di kawasan pelupusan sampah di Bukit Bakri.

2) Menyelesaikan masalah kekerapan berlakunya kebakaran di kawasan pelupusan sampah tersebut dan mengumumkan pelan tindakan kepada penduduk setempat.

3) Membuat peneranga kepada penduduk setempat mengenai pengendalian yang tidak cekap iaitu isu penutupan sampah dengan tanah yang tidak mencukupi dan mengumumkan nama kontraktor yang terlibat serta menyatakan spesifikasi tanah yang digunakan.

4) Mengumumkan tarikh penutupan kawasan pelupusan sampah tersebut.

5) Mengumumkan pelan selepas penutupan kawasan pelupusan sampah itu dan kos yang terlibat.

6) Majlis Perbandaran Muar harus mengemukakan laporan rasmi kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya isu ini dapat dibincangkan di Parlimen.

Proses penghantaran memorandum merupakan satu cara yang digunakan oleh masyarakat awam atau NGO untuk menyuarakan pendapat mereka kepada kerajaan. Tetapi megapa MCA masih harus menghantarkan memorandum walaupun MCA merupakan parti yang memerintah Johor dan Persekutuan serta memiliki jawatan dalam KPKT.

Memorandum asal tersebut sebenarnya telah dirangka oleh penduduk setempat pada bulan Januari tahun ini dan mereka telah menghantar memorandum tersebut kepada kerajaan tempatan dan kerajaan pusat masing-masing pada bulan Februari dan March. MCA selaku parti pemerintah sama ada di peringkat pusat atau negeri telah gagal untuk menerima sepenuhnya kandungan yang telah dikemukakan oleh penduduk setempat. Sebaliknya Pegawai Khas kepada Menteri Besar Johor, Enick Lee Ching Yong dan juga dua lagi cawangan MCA di Bukit Bakri telah merangka memorandom berlainan dan menghantarkannya kepada kerajaan. Mengapa MCA tidak berbincang dan menukar pendapat dengan penduduk setempat ketika mereka menghantar memorandum tersebut? sehingga kini, mereka masih gagal untuk mengumumkan kandungan dalam memorandom yang dirangka oleh mereka.

Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hwa
15.09.2010

No comments:

Post a Comment