2010-09-14

Kenyataan Rasmi : Datuk Abdul Ghani Menyangkal Tuduhan Siapa?

Ketika dalam Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya pada 12 September 2010 di Sungai Mati, Menteri Beasr Johor, Datuk Abdul Ghani Othman telah menyatakan bahawa tapak baru untuk mengantikan kawasan pelupusan sampah Bukit Bakri telah dikenapasti. Ia terletak di Singkang, Pagoh. Beliau juga menberikan jaminan bahawa tapak pelupusan sampah di Bukit Bakri akan dipindahkan dan ditutup secara berperingkat dalam tempoh masa 2 tahun. Selain itu, beliau juga menyangkal laporan DAP dimana kerajaan tidak menyediakan lokasi baru untuk tapak pelupusan sampah tersebut.

Kontroversi isu tapak pelupusan sampah Bukit Bakri bukan dimulakan oleh pihak lain tetapi oleh Datuk Abdul Ghani sendiri .

Pada 17 March dan 29 March 2010, saya pernah menujukan isu tersebut kepada kerajaan persekutuan ketika sesi Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Diraja. Jawapan yang diterima adalah kawasan pelupusan sampah Bukit Bakri akan beroperasi 2 atau 3 tahun lagi.

Walaubagaimanapun, pada 1 April 2010, Datuk Abdul Ghani telah menyatakan bahawa kawasan pelupusan sampah tersebut akan ditutup secara berperingkat semasa beliau memberi ucapan di Dewan Umum Bukit Bakri. Beliau berkata tapak tersebut akan ditutup secara berperingkat bermula dari Jun 2010 sehingga Jun tahun hadapan iaitu sehingga kawasan pelupusan sampah baru di Singkang, Pagoh beroperasi sepenuhnya.

Pada 5 Julai 2010, saya telah mengemukakan soalan tambahan saya kepada kementerian berkenaan ketika sesi jawab lisan dalam Parlimen. Soalannya adalah berkenaan dengan masalah kawasan pelupusan sampah Bukit Bakri. Malangnya, timbalan menteri Lajim Ukin seolah-olah mengelak daripada menjawab soalan saya dan hanya menyatakan bahawa laporan impak persekitaran (EIA) mengenai tapak baru masih belum diselesaikan maka operasi tapak pelupusan sekarang tidak boleh ditamatkan.

Pada 6 Julai 2010, Timbalan Perdana Menteri serta Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelan mendirikan tapak pelupusan sampah baru di Singkang, Pagoh untuk mengantikan tapak lama di Bukit Bakri masih belum dikenalpasti.

Hal ini jelas menunjukan kewujudan masalah komunikasi di antara kerajaan negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan.

Pertama sekali, Datuk Abdul Ghani pernah menyatakan bahawa tapak pelupusan sampah Bukit Bakri akan ditutup sepenuhnya pada bulan Jun 2011, tetapi kerajaan Persekutuan pula menyatakan bahawa pelan terebut mungkin mengambil masa 2 hingga 3 tahun lagi. Saya pernah mengemukakan soalan saya kepada timbalan menteri Lajim Ukin ketika di koridor parlimen. Walaupun tidak direkod secara rasmi, soalan saya adalah berkenaan dengan perbezaan tarikh tutup yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat, beliau memberitahu saya supaya merujuk kepada kenyataan yang diberikan oleh Menteri Besar Johor, iaitu tapak pelupusan sampah tersebut akan ditutup pada bulan Jun 2011.

Namum begitu, ketika dalam rumah terbukanya, Datuk Abdul Ghani telah menyatakan bahawa tapak pelupusan sampah tersebut ditutup dalam tempoh masa 2 tahun lagi. Hal ini telah bertentangan dengan kenyataan beliau sebelum ini dimana tapak itu akan ditutup pada bulan Jun 2011.

Kedua, pada 6 Julai 2010, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah menyatakan pelan pemindahan tersebut masih belum diputuskan lagi tetapi pada 12 September 2010, Datuk Abdul Ghani telah menyatakan tapak baru telah dikenalpasti, jadi siapa yang jujur dalam perkara ini?

Kini, Datuk Abdul Ghani telah menyangkal laporan DAP bahawa kerajaan tidak menyediakan tapak baru untuk kawasan pelupusan sampah tersebut dan menurutnya itu adalah tidak benar. Saya tidak pernah meragui pelan pemindahan tersebut dalam kenyataan saya kerana ia telah diperuntukkan dalam Rancangan 10 tahun Daerah Muar, tetapi apa yang dipertikaikan oleh saya adalah jadual waktu pemindahan tapak pelupusan sampah tersebut.

Sebenarnya apa yang disangkal oleh Datuk Abdul Ghani adalah kenyaatan yang telah dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 Julai 2010 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan bahawa pelan tersebut masih belum diputuskan lagi.

Akhir sekali, Datuk Abdul Ghani harus menjelaskan kepada penduduk di Bukit Bakri tentang kesahihan janji yang dikeluarkannya pada 1 April 2010? Dan sekiranya janji itu adalah benar, sejak bila tempoh masa 2 tahun itu bermula? adakah selepas laporan impak persekitaran (EIA) dikeluarkan ataupun selepas tarikh pengumuman bahawa tapak pelupusan akan ditutup secara berperingkat pada Jun 2010?

Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hwa
13.09.2010

No comments:

Post a Comment