2010-09-08

Pihak MPM Mesti Ambil Iktibar Daripada Pengumuman Perlaksanaan Yang Terburu-buru

Pada petang 07hb. Sep., 2010, secara tiba-tiba YDP MPM mengumumkan pembatalan keputusan pemindahan perhentian bus express sementa dari terminal bas Pagoh ke Stadium Ibrahim yang kononya untuk melegakan kesesakan lalu-lintas di pusat bandar sempena musim perayaan Aidilfitri. Alasan beliau ialah setelah mendengar dan meniliti pendapat para pihak yang terlibat, demi kebaikan mereka ini, pelan pemindahan sementara ini dibatalkan.

Saya memang mengalu-alukan niat baik pemindahan sementara ini, sepertimana rancangan mewujudkan gerai-gerai sementara sempenan Bulan Ramdan di Jalan Sisi demi membuka peluang perniagaan kepada mereka untuk menambahkan pendapatan. Tetapi, ada satu kesamaan yang jelas antara kedua perancangan ini, iaitu dilaksanakan secara tergesa-gesa dan kekurangan penyedian yang mencukupi.

Contohnya, dalam kes pemindahan perhentian bus express ini, cuma ambil 3 hari dari pengumuman hingga ke pelaksanaan, mengakibatkan pihak syarikat bas terpegun, bahkan penumpang pula tidak tentu hala.

Demi menyelesaikan masalah kesesakan lalu-lintas di pusat bandar, perlu ada penyelesaian jangkamasa pendek dan jangka masa panjang. Perancangan jangkamasa pendek ialah melalui perancangan PBT untuk mewujudkan rangkain perkhidmatan awam yang cukup, murah dan cekap seperti bas mini, bas berhenti-henti dan kereta sewa yang meliputi seluruh kawasan bandar untuk melerakan penumpang bas yang tunggu di terminal bus Pagoh dengan terus mereka dibawa ke kawasan kediaman ataupun tempat menunggu yang lain seperti kawasan letak kereta sebelah MPM ataupun Dewan Jubli Intan sebagai tempat perhentian altenatif. Masalah leretan kereta di sebelah terminal bas yang menyebabkan kesesakan lalui-lintas, semata-mata untuk memboncehkan anak ataupun kawan yang turun dari bus express tentu akan dapat dikurangkan.

Manakala penyelesaian jangkamasa panjang ialah mengikut rancangan pembangunan tempatan (10 tahun), terminal bas baru telah dirancangkan sempena pembinaan laluan pintas Muar yang menelan perbelanjaan sebanyak RM 280 juta untuk melegakan kesesakan laluan pintas di pusat bandar. Mengikut pelan perancangan tempatan 2005, sebidang tanah lapang yang berdekatan dengan simpang Jalan Bakariah ke laluan pintas Muar telah dirancangkan untuk membangunkan sebuah terminal bus baru. Namum setelah berlanjutan 5 tahun, masih tiada sebarang tanda pembinaan dimulakan di sana. Maka kerajaan perlu memandang serius untuk menyelesaikan masalah kesesakan laluan-lintas di pusat bandar dan tidak lagi mengangguhkan rancangan tersebut dengan alasan wang peruntukkan tidak mencukupi.

Akhir sekali pihak MPM perlu ambil iktibar daripada pengumuman tergesa-gesa pemindahan perhentian bas express sementara ini. Sebarang pelaksanaan yang melibatkan kebaikan rakyat umum, perlu dirancangkan teliti dan mengambil pandangan daripada pihak yang terlibat seperti mengadakan dialog bersama rakyat, mebincangkan hasil kajian statistik dengan wakil rakyat dan golongan profesional, penerangan pelan perancangan kepada umum, mengambil dan mengkaji pendapat umum dan memberikan masa yang mencukupi untuk pihak yang terlibat untuk kerja penyedian serta propaganda yang menyeluruh untuk sebarang pelaksanaan. Kerja dan perlaksanaan terburu-buru pihak berkuasa ini bukan sahaja memberikan satu imej bahawa minda pihak berkuasa tidak matang, malah rakyat telah diperbodohkan dengan halatuju yang tidak menentu. Inilah sebagai kegagalan dan halangan bagi sebuah kerajaan yang betul-betul mengutamakan kebajikan rakyat.

No comments:

Post a Comment