Pada 22 September 2010, saya, AJK "Jawantankuasa Bantahan Atas Tapak Perlupusan Sampah Di Bukit Bakri" dan juga penduduk dari Bukit Bakri telah mengadakan "Sambutan Perayaan Kuih Bulan di Tapak Pelupusan Sampah" di Tapak Pelupusan Sampah Bukit Bakri.
Hampir 20 orang penduduk telah menghadiri program tersebut. Kumpulan peserta yang diketuai oleh saya telah berkumpul di jalan masuk ke kawasan pelupusan sampah Bukit Bakri dengan Tanglung dan kuih bulan walaupun berada dalam keadaan yang tidak selesa kerana bau busuk dari tapak tersebut. Tujuan utama kami adalah untuk menarik
perhatian pihak berkenaan mengenai isu ini. Disebabkan bau busuk dari tapak tersebut, saya juga mengedarkan topeng muka untuk mengelakkan para peserta daripada tidak sedar diri kerana masalah pernafasan.
Pada 12 September 2010, saya telah membawa AJK "Jawantankuasa Bantahan Atas Tapak Perlupusan Sampah Di Bukit Bakri" ke Parlimen untuk menghantar memorandum kepada Datuk Seri Kong Cho Ha, iaitu bekas menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan(KPKT). Kandungan dalam memorandum adalah seperti berikut:
1) Melarang pembuangan sampah di Bukit Bakri oleh lori pembuangan sampah dari daerah lain.
2) Menyelesaikan masalah kekerapan kebakaran di kawasan pelupusan sampah dan mengumumkan pelan penyelesaian kepada penduduk setempat.
3) Menjelaskan kepada penduduk setempat mengenai ketidakcukupan tanah yang digunakan untuk menutup sampah-sarap, dan mengumumkan identiti kontraktor yang dipertanggung-jawabkan serta mengumumkan spesifikasi tanah yang digunakan.
4) Mengumumkan tarikh penutupan tapak pelupusan sampah Bukit Bakri.
5) Mengumumkan pelan pemulihan selepas penutupan tapak pelupusan sampah dan kos yang digunakan dalam proses pemulihan terlibat.
6) Majlis Perbandaran Muar harus mengemukakan Kertas Putih kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya isu ini dapat dibincangkan di Parlimen.
Saya ingin menegaskan disini bahawa penutupan tapak tersebut hanya merupakan sebahagian daripada pelan pemindahan tapak pelupusan sampah. Apa yang lebih penting disini adalah langkah untuk memulihkan tapak tersebut. Hal ini termasuklah perkara (1), (2), (3) dan (5) yang disebut dalam memorandum tersebut. Pihak berkenaan tidak harus mengeluarkan janji-janji kosong sebaliknya hendak melaksanakan tindakan yang wajar supaya penduduk setempat dapat merasai keikhlasan yang ditunjunkkan. Selain itu, maklumat terperinci dalam proses pemimdahan juga harus diumumkan kepada orang ramai.
Pihak berkenaan harus menyelesaikan masalah kesihatan yang disebabkan oleh sampah-sarap tidak ditutup dan diuruskan dengan baik ketika dalam proses pemindahan. Saya pernah mendapatkan penjelasan daripada pihak KPKT dan MPM. Kedua-dua mereka memberikan jawapan yang sama iaitu tanah yang digunakan untuk menutup sampah-sarap adalah mencukupi. Namum setelah lawatan saya ke tapak tersebut dan maklumat dari penduduk setempat termasuklah gambar yang ditangkap di sekitar tapak tersebut telah menunjukan sampah-sarap tidak ditutup dengan baik.
Saya pernah meminta maklumat serta data dari Southen Waste Management(SWM), kontraktor yang dilantik oleh majlis perbandaran seperti kuantiti tanah yang digunakan, namum permintaan saya ditolak oleh pihak pengurusan mereka.
Sekiranya SWM yakin bahawa kuantiti yang digunakan adalah mencukupi, saya mencadangkan pihak kontraktor harus membenarkan wakil dari penduduk setempat untuk meneliti dan menyiasat sama ada tanah tersebut mengikut spesifikasi yang dtetapkan ataupun tidak. Sekiranya tidak, pihak kontraktor harus menjelaskan kepada penduduk setempat, mengapa jawapan yang diberikan oleh mereka adalah berbeza dari pengawasan penduduk setempat.
Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hwa
22.09.2010
No comments:
Post a Comment