2010-09-23

Kenyataan : Adakah Pembinaan Sistem Rel Kelajuan Tinggi Memanfaatkan Pembangunan Muar?

Pada 21 September 2010, Perdana Menteri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa sistem rel kelajuan tinggi, atau dikenali sebagai High-Speed Rail (HSR) akan dibina untuk menghubungkan Bandaraya Kuala Lumpur dengan Singapura dibawah Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme, ETP). Rel ini akan melalui bandar-bandar seperti Lanpangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Seremban, Air Keroh, Muar, Batu Pahat, Wilayah Pembangunan Iskandar yang terletak di Johor Bahru, dan berakhir di Singapura.

Saya amat menyokong pengumuman pembinaan sistem pengangkutan ini. Projek ini merupakan projek pengangkutan raksasa yang pertama dari Kerajaan Persekutuan dalam menstrukturkan semula sistem pengangkutan di Muar, iaitu selepas pembinaan Jambatan Sultan Ismail pada tahun 1967 dan setelah jambatan kedua yang menghubungkan Muar mula beroperasi pada tahun 2003.

Muar boleh digelar sebagai "Bandar untuk bersara" kerana pembangunan ekonomi yang terbantut disebabkan sistem pengangkutan yang tidak efektif dan ketinggalan zaman.

Ketika dalam era pemerintahan Mahathir, Muar tidak dilibatkan dalam kawasan manfaat pembinaan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), kerana jalan masuk ke Muar dari PLUS terletak kira-kira 30km dari Muar iaitu di Tangkak dan Pagoh. Ketika dalam era pemerintahan Pak Lah pula, kerajaan persekutan telah menaiktarafkan jalan persekutuan yang menghubungkan Segamat dan Tangkak, manakala jalan persekutuan di antara Muar-Tangkak hanya melibatkan perlebaran jalan yang terbatas sahaja. Malah perlebaran jalan tersebut mempunyai banyak kecacatan kerana masalah penyalahgunaan kuasa telah berlaku dalam projek tersebut.

Tidak dapat dinafikan bahawa sistem rel kelajuan tinggi yang menghubungkan Muar akan mendorong pembangunan Muar tetapi gagal untuk merasangkan ekonomi di sekitar Muar. Hal ini disebabkan beberapa faktor dibawah:

Sistem pengangkutan dapat dikategorikan kepada 2 golongan pengankutan iaitu pengangkutan manusia (transportation of passengers) dan pengangkutan barangan (transportation of merchandise). Pembinaan sistem rel kelajuan tinggi ini ternyata hanya dapat menyelesaikan masalah pengangkutan manusia tetapi gagal untuk menyelesaikan masalah pengangkutan barangan. Langkah untuk mendorong pembangunan di Muar adalah menyelesaikan masalah pengangkutan yang dihadapi oleh sektor pembuatan dan sektor pertanian itu kesusahan untuk mengangkut keluar dan masuk barangan mereka.

Selain itu, pengangkutan awam di Muar juga gagal untuk meleraikan penumpang yang tiba melalui sistem rel kelajuan tinggi. Sekiranya sistem pengangkutan di Muar tidak dirancang dengan terapi, penumpang yang berada di stesen rel kelajuan tinggi tidak akan dileraikan dan memaksa mereka untuk menyediakan kenderaan sendiri supaya beredar dari situ. Kerajaan persekutuan harus memberikan permit pengangkutan awam tempatan dan menghapuskan "Approved Permits Policy" untuk membolehkan mereka yang lebih kompetitif supaya bersaing dalam sektor pengangkutan awam.

Pada pendapat saya, kerajaan harus melebarkan jalan utama yang menghubungkan Muar ke Pagoh dan Tangkak yang merupakan pintu keluar masuk ke PLUS. Kerajaan harus melebarkan jalan asal dari 2 lorong kepada 4 lorong untuk melicinkan lagi pergerakan pengangkutan barang-barangan dari Muar. Hal ini merupakan jalan penyelesaian utama untuk membangunkan sektor pembuatan dan pertanian di Muar.

Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hwa
22.09.2010

artikel ini sudah dimuat dalam :
Free Malaysia Today
HarakahDaily

No comments:

Post a Comment