2010-09-01

Er Teck Hwa Tidak Setuju Dengan Tindakan PDRM Menggunakan Akta Hasutan Untuk Menyiasat Namee

Terjemahan Daripada Chinapress - 01.09.2010

Jikalau KDN masih bertegas menggunakan Akta Hasutan untuk menyiasat Namewee, bermakna pihak kerajaan telah bersetuju dengan tindakan Pengetua SMK, Puan Siti Inshah Mansor yang mengapi-apikan sentimen perkauman dengan menghinakan kewibawaan kaum bukan bumiputera di perkarangan sekolah baru-baru ini. Di samping itu, Kementerian Pelajaran yang cuma menandatangani isu ini dengan format “menyapu ke bawah kapet”, iaitu berpihak kepada pengetua tersebut bahawa insiden berkenaan hanyalah salah faham; seakan pihak kerajaan juga mengizini sentimen perkauman dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu asalkan prokerajaan.

Mesej yang cuba dibawa dalam video Namewee ialah membantahkan kenyataan Puan Siti Inshah Mansor yang berbau penghinaan perkauman, juga membantah pihak Kementerian Pelajaran bersikap sambil lewa sertat tidak mengambil sebarang tindakan yang tegas kepada pihak pencetus isu perkauman tersebut.

15 minit menjelang Hari Kemerdekaan ke-53, pasukan peronda telah menziarahi kediaman Namewee tanpa sebarang waran. Pada masa yang sama, dokumentari Namewee yang bertajuk “I wanna go home” yang berunsurkan cintakan negara sedang ke udara di TV negara. Er Teck Hwa menyokong penuh tindakan Namewee yang berani menyuarakan rasa tidak puas terhadap tindakan racis melalui video terbarunya, “Nah”berpandukan kepada maruah dan martabat setiap kaum harus dibela dalam Perlembagaan.

Rasionalisme di negara ini agak pelik ! Ada pihak yang cintakan negara disiasat oleh PDRM atas agenda tertentu, ada pihak yang menghina kaum lain dengan kata-kata seperti “pendatang”, “pelacur” dan “pengemis” pulak dibiarkan bermaharajarela. Adakah ini bermakna konsep Najib, 1 Malaysia telah gagal dan menemui jalan buntu ?

Er Teck Hwa menyatakan bahawa Namewee telah jelas membawakan fikiran kaum Cina bahawa mereka adalah warga Malaysia tulen, dilahirkan di sini dan akan dikuburkan di sini juga. Bagi mereka yang waras, permainan sentimen perkauman adalah penghalang utama kepada perpaduan dan kemajuan negara. Mereka yang bermain api akan dijilat oleh api kelak.

No comments:

Post a Comment