2010-09-24

Kenyataan Akhbar : Chua Soi Lek Bagaikan Melihat Pokok Tanpa Melihat Hutan

Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek telah mengadakan lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Thorbum pada 22 September 2010. Ketika lawatannya, beliau telah memangil sidang akhbar untuk membalas kenyataan yang dibuat oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) Muar. DAP Muar telah menyatakan bahawa "kerana desakan dari DAP barulah peruntukan kerajaan diberikan" setelah mengetahui sekolah tersebut akan diberikan peruntukan. Beliau telah menyatakan bahawa peruntukan RM3 juta diberikan kepada SRJK (C) Thorbum kerana beliau telah berbincang dengan timbalan perdana menteri serta menteri pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tegas beliau, ia tidak ada kaitan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh DAP.

Saya amat kesal dengan kenyataan yang diberikan oleh Datuk Seri Chua Soi Lek.

Sebagai kerajaan yang berfungsi dengan baik, setiap polisi pendidikan adalah hasil perbincangan di antara kabinet dan badan-badan pendidikan. Sejak bila lagi, seorang Datuk Seri yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam kementerian pendidikan mempunyai pengaruh yang begitu kuat sekali? Beliau boleh "berbincang" terus dengan menteri pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan melaksanakan sesuatu polisi kerajaan tanpa berbincang dengan pihak-pihak yang berkaitan atau kementerian yang terlibat.

Berdasarkan logik di atas, mesyuarat kabinet dan badan-badan pendidikan boleh dihapuskan di negara kita. Presiden MCA kini boleh "berbicang" terus dengan perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri di setiap kementerian. Hal ini telah membuktikan mesyuarat kabinat dan setiap kementerian adalah sia-sia.

Pada masa yang sama, saya ingin mencadangkan supaya jawatan timbalan menteri pendidikan dihapuskan. Hal ini kerana setiap polisi yang berkaitan dengan pendidikan sudah tidak perlu dibawa berbincang dengan timbalan menteri, sehingga boleh melaksanakan sesuatu polisi pendidikan tanpa pengetahuan timbalan menteri pendidikan. Hal ini telah membuktikan masalah-masalah pendidikan dapat diselesaikan setelah presiden MCA "berbincang" dengen kementerian demikian.

Datuk Seri Chua Soi Lek berkata:" Dalam isu peruntukan sebanyak RM300 juta kepada SRJK (C) Thorbum telah membuktikan DAP masih menggunakan pendekatan yang sama sejak 50 tahun lagi untuk menarik sokongan, dan beliau amat hairan dengan masyarakat Cina yang masih percaya dengan propaganda mereka.

DAP yang bertindak sebagai parti pembangkang di negeri Johor dan kerajaan persekutuan, akan melakukan tugasnya yang telah diberikan oleh rakyat. DAP akan terus menilai dan mengkritik polisi kerajaan. Selain itu, DAP akan memanggil sidang akhbar atau melalui media untuk menjelaskan pendirian DAP mengenai sesetengah isu. Namum, usaha ini telah dikritik oleh Chua Soi Lek bahawa DAP masih menggunakan pendekatan lama untuk meraih sokongan.

Kenyataan Chua Soi Lek ini bagaikan kata-kata Einstein, iaitu melihat ribuan pokok tetapi gagal untuk melihat hutan (has seen thousands of trees but has never seen a forest).

Polisi yang diamalkan oleh kerajaan persekutuan selama ini iaitu dasar pendidikan satu bangsa telah menyebabkan perkembangan pendidikan Cina dimarginalisasikan oleh kerajaan persekutuan sehingga menyebabkan perkembangannya yang tidak sempurna. Menurut catatan, sekolah cina pertama iaitu Sekolah Lam Wah (Lam Wah School) telah ditubuhkan pada tahun 1888 dan terletak di Pulau Pinang. Sekolah ini kini telah mempunyai sejarah selama 120 tahun. Fakta pendidikan cina dan kaum cina tidak dapat dipisahkan merupakan fakta yang tidak boleh dinafikan. Namum, perkembangan politik pada masa kini telah menyebabkan pendidikan cina sering kali menghadapi halangan, namum atas sokongan padu daripada kaum cina telah mempertahankan pendidikan cina terus berkembang di negara ini.

Kini, perang sejuk sudah tamat dua dekad yang lalu dan dunia kini sudah dilanda gerombang globalisasi sejak 1995 dan internet telah berkembang dengan pesat, MCA yang selalu menyatakan dirinya mewakili orang cina di Malaysia harus memandang serious untuk memasukkan pendidikan cina ke dalam polisi pendidikan Malaysia. MCA tidak harus melakukan perkara yang remeh temeh seperti pertengkaran atas isu sumbanagn kepada sekolah cina. Bahkan cek RM 300 juta yang dijanjikan masih belum ditunaikan lagi. Pendekatan yang tidak berubah sejak 50 tahun lagi adalah lebih sesuai jika dikaitan dengan MCA.

Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hwa
23.09.2010

No comments:

Post a Comment