1) Y.B. Er Teck Hwa Minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan hasil pantauan pihak JKR terhadap mutu kerja pembaikan laluan pintas Muar setelah “performance bond” Ranhill dilanjutkan sehingga 30hb. September, 2010. Adakah masalah permukaan jalan berkembung dan bertakung air yang merbahayakan pengguna akan diselesaikan selepas 30hb. September, 2010 ? (28/10/2010).
2) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS menyatakan hasil perbincangan antara tiga pihak, iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas, Kerajaan Negeri Johor dan Melaka mengenai usul mengkhaskan lokasi penangkapan ikan di antara kawasan perairan Pulau Besar hingga Semerah untuk nelayan pesisir pantai lesen Kelas A tempatan sahaja demi menyelesaikan masalah pencerobohan pukat tunda. (03/11/2010).
3) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan perancangan kementeriannya dalam mengambil alih kerja baik pulih Kolam Renang Muar dalam RMK-10. Berapakah kos yang terlibat dan tempoh jangka masa baik pulih yang diperancangkan ? (11/11/2010).
4) Y.B. Er Teck Hwa minta PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan status penggunaan Bantuan Segera Ahli Parlimen, Skim Bantuan Persekutuan bagi kawasan Parlimen Bakri antara tahun 2008-2010.
a) Pihak manakah yang dimandatkan oleh kementerian untuk mengendalikan peruntukan kebajikan segera ini.
b) Sila berikan senarai nama yang telah menerima bantuan kebajikan segera ini dalam tempoh 2008-2010. (16/11/2010).
5) Y.B. Er Teck Hwa Minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan perancangan untuk mendirikan mercu tanda tarian singa di bandar Muar demi mengenang jasa Kun Seng Keng yang telah menjulang Piala Dunia Tarian Singa di arena antarabangsa. Dimanakah lokasi mercu tanda tersebut dan bilakah kerja pembinaan akan dimulakan serta kos pembinaan yang terlibat ? (25/11/2010).
6) Y.B. Er Teck Hwa minta PERDANA MENTERI menyatakan perlunya kementerian mengkaji semula kadar pampasan yang dibayar kepada mangsa kematian kemalangan sebanyak RM 10,000 mengikut Undang-undang Sivil, Akta 1956, Seksyen 7 yang telah berkuatkuasa sejak tahun 1984, memandangkan taraf hidup kini makin meningkat.
a) berapakah jumlah pampasan yang difikirkan relevan pada masa sekarang ?
b)senaraikan dengan pechan tahunan, jumlah keluarga serta amaun yang telah dibayar oleh jenis pampasan ini sejak penguatkuasaan akta tersebut. (29/11/2010).
7) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kenapa hanya perkataan “muktamad” dicatat setelah permohonan kewarganegaraan May Tee Mei Ling (no. Daftar sijil kelahiran : SKN 4053/96) ditolak tanpa memberikan sebarang sebab.
a) Kenapa rayuan tidak boleh dibuat dan permohonan baru hanya boleh dikemukakan setelah tempoh setahun permohonan pertama ditolak ?
b) Sila senaraikan permohonan kewarganegaraan yang ditolak sejak tahun 2000. (02/12/2010).
8) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kenapa tidak berikan subsidi ataupun bantuan kewangan kepada pesakit sendiri membelikan ubat ataupun peralatan di luar hospital setelah disarankan oleh doktor dengan sebab bekalan hospital tidak mencukupi. Siapakah yang berkuasa dalam menyarankan pesakit membelikan ubat dan peralatan yang dikatakan bekalan hospital tidak mencukupi dan bilakah penguatkuasaan ini dimulakan ? (06/12/2010).
9) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan jumlah wayang tempatan bukan dalam Bahasa Malaysia yang dikenakan cukai 20% sejak tahun 2000. Sila senaraikan tajuk wayang, nama direktor dan produser, ringkasan kandungan cerita dan jumlah cukai tersebut yang dipungut sejak tahun 2000. (09/12/2010).
10) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah perancangan pemindahan terminal bas Bentayan di Bandar Muar disenaraikan RMK-10.
a) Nyatakan lokasi, kos pemindahan dan pembinaan serta kos pengambil-alihan tanah yang terlibat.
b) Bilakah perancangan tersebut akan dilaksanakan dan diselesaikan? (15/12/2010).
Soalan Bertulis:
1) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sebab-sebab elaun perantis gagal dituntut di bawah Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dikawal selia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
a) Senaraikan nama dan alamat ejen yang mengelolakan program SLDN ini yang gagal membayar elaun perantis.
b) Senaraikan nama dan alamat perantis yang menjadi mangsa dalam kes kegagalan tuntutan elaun tersebut.
2) Y.B. Er Teck Hwa Minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kos yang terlibat dalam pemasangan CCTV di Bandar Muar. Senaraikan lokasi setiap CCTV dan nama kontraktor yang bertanggungjawab. Senaraikan kontraktor yang bertanggungwab atas pemeliharan CCTV tersebut. Jangkamasa kontrak dan berapakah kos yang dibiayai untuk perkhidmatan tersebut.
3) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI DALAM NEGERI menyenaraikan warga asing yang terlibat dalam kes jenayah tempatan sejak tahun 2000. Senaraikan bilangan mereka yang masih tinggal di Malaysia setelah selesaikan hukuman penjara mengikut negara asal sehingga hari ini.
4) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah pelajar di Dearah Muar yang telah terima biasiswa JPA sejak tahun 2000. Senaraikan nama pelajar dan sekolah mengikut pecahan tahunan.
5) Y.B. Er Teck Hwa minta KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan jumlah bangunan kompleks hak milik warga negera asing di Kuala Lumpur. Senaraikan secara pecahan mengikut alamat, tarikh bangunan tersebut ditukar-milik, nama pemilik dan nilai semasa bangunan-bangunan kompleks tersebut.
No comments:
Post a Comment