2011-06-14

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 14.06.2011 (SELASA)

SOALAN :

TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah permohonan Jabatan Agama Islam untuk menangani gejala murtad.

JAWAPAN:

Y.B. SENATOR MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B), MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua,

Permohonan menukar status agama oleh orang Islam di Mahkamah Syariah dari tahun 2000 hingga 2010 adalah berjumlah 863 kes. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 168 kes telah diluluskan. Statistik
lengkap mengikut negeri ialah:


BilNegeriPermohonanLulus
1Terengganu10
2Wilayah Persekutuan5610
3Kedah51
4Kelantan00
5Melaka123
6Negeri Sembilan17233
7Pahang87
8Pulau Pinang361
9Perak4712
10Perils31
11Selangor990
12Sabah23867
13Johor80
14Sarawak10
Jumlah864168

Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melaksanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamanya dikalangan saudara-saudara baru. Antara program dan akgviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktiviti-aktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agama;dan sokongan bantuan Baitulmal.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment