2012-03-29

Mengapa Saya Bangkitkan Isu Israel?


Saya telah menerima banyak komen-komen di dalam ruangan mesej Facebook saya dan juga melalui email yang menyatakan saya sekadar cuma bermain politik dan memperbesarkan isu mengenai perdagangan dengan Israel ini. Ketidakfahaman masyarakat Cina terhadap isu ini mungkin tidak akan tiada jalan penyelesaian dalam tempoh terdekat namun, ini merupakan batu loncatan kepada semua Wakil-Wakil Rakyat untuk tidak lagi menyuarakan isu-isu yang hanya bersangkutan dengan warna kulit, bahasa, dan juga agama masing-masing.

2012-03-28

kenyataan Rasmi: Pengumuman Kepada Penduduk Pengerang mengenai pelancaran kempen petisyen

Saya memetik Perkara 19, Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat untuk mengadakan satu rayuan berhubung pembangunan projek RAPID Pengerang,untuk mendapatkan pandangan sebenar kebanyakkan penduduk tempatan sama ada bersetuju atau tidak dengan pembinaan projek ini dan saya membawa usul berhubung perkara ini ke Dewan Rakyat untuk dibahaskan.

2012-03-22

Kenyataan: petisyen dilancarkan di Pengarang di bawah P.M. 19

Sejak tahun lepas, penduduk-penduduk tempatan Pengerang sudah pun menghantar tidak kurang daripada 4 memorandum kepada pihak tertentu termasuk kepada Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan Projek Terminal Petroleum Laut Dalam atau RAPID (Refinery And Petrochemical Integrated Development) di Penggerang, Johor namun tiada apa-apa tindakan yang dilaksanakan. Ribuan tandatangan telah diperolehi oleh persatuan-persatuan penduduk tempatan, namun ia tidak dilayan.

2012-03-21

Foreigners joined Pengerang protest, claims Azalina

MalaysiaKini 8:07PM Mar 20, 2012

S Pathmawathy

Pengerang BN member of parliament Azalina Othman lambasted outsiders, whom she said made much out nothing at a protest against a planned oil refinery in her constituency.

2012-03-15

Kenyataan : Usul EDL ditolak dengan alasan yang tidak munasabah

Usul saya mengenai kadar tol yang dikenakan kepada pengguna lebuhraya EDL telah ditolak dengan alasan dimana rundingan di antara Kerajaan dan konsasi tengah dijalankan.

2012-03-09

Kenyataan Rasmi: Kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan

Loji nadir bumi Lynas di Gebeng telah menimbulkan keresahan penduduk setelah pendedahan dibuat tentang risiko yang boleh ditanggung seandainya sisa-sisa radioaktif dari loji tersebut tidak diuruskan dengan baik. Ribuan rakyat berbilang kaum telah berhimpun di Kuantan 26 Februari lalu membantah operasi syarikat terbabit. Himpunan Hijau 2.0 bukan sahaja telah berlaku di Kuantan malahan di beberapa bandar utama di Malaysia menyaksikan rakyat bangkit memberikan isyarat jelas buat Pemerintah, rakyat tidak mahu negara ini menjadi tong sampah radioaktif.