2012-03-15

Kenyataan : Usul EDL ditolak dengan alasan yang tidak munasabah

Usul saya mengenai kadar tol yang dikenakan kepada pengguna lebuhraya EDL telah ditolak dengan alasan dimana rundingan di antara Kerajaan dan konsasi tengah dijalankan.

pembayaran tol EDL merupakan kebimbangan rakyat yang mendesak. Projek ini bermula pada 25 Februari 2008 dan akan mula dibuka pada akhir bulan ini. Selama 4 tahun projek ini dibina dan pihak kerajaan telah memberikan kontrak kepada konsesi MRCB Lingkaran Selatan Sdn. Bhd bernilai RM 900 juta dengan tempoh konsesi selama 34 tahun serta kebenaran untuk menaikkan kadar tol setiap 3 tahun. Adalah sesuatu yang tidak positif apabila pihak Kerajaan dan pemaju Konsesi masih lagi dalam proses perbincangan bagi kadar tol walhal lebuhraya ini akan dibuka beberapa minggu saja lagi. Ini menunjukkan kelemahan ketara pihak Kerajaan dalam berhadapan dengan syarikat konglomerat atau ada agenda tersembunyi?

Sekiranya Kerajaan boleh menetapkan tempoh konsesi selama 34 tahun sambil membenarkan kenaikan kadar tol setiap 3 tahun, mengapa sehingga kini kedua-dua pihak belum dapat menentukan kadar tol untuk lebuhraya tersebut? Adakah rundingan ini merupakan udang di sebalik batu dan perjanjian sebenarnya pun sudah diselesai? Adakah kerajaan tangguhkan pengumuman kadar tol kerana PRU-13 semakin dekat?

Sekiranya Kabinet tidak dapat membuat keputusan sehingga hari ini, kebimbangan rakyat tidak akan selesai. Sebagai seorang wakil rakyat yang dilantik, saya tidak dibenarkan untuk mengemukakan pertanyaan yang menjadi kebimbangan rakyat di Dewan Rakyat, apa yang boleh diharapkan lagi dengan sistem pentadbiran kita? Adakah rakyat sendiri perlu pergi ke Kementerian terbabit untuk mendapatkan penjelasan, menyuarakan kebimbangan dan mendapatkan keadilan buat diri mereka sendiri?

Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hwa
15.03.2012

No comments:

Post a Comment