2012-03-28

kenyataan Rasmi: Pengumuman Kepada Penduduk Pengerang mengenai pelancaran kempen petisyen

Saya memetik Perkara 19, Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat untuk mengadakan satu rayuan berhubung pembangunan projek RAPID Pengerang,untuk mendapatkan pandangan sebenar kebanyakkan penduduk tempatan sama ada bersetuju atau tidak dengan pembinaan projek ini dan saya membawa usul berhubung perkara ini ke Dewan Rakyat untuk dibahaskan.

Merujuk kepada Bahagian Perundangan Parlimen dan didapati bahawa sepanjang tempoh 10 tahun ini, usul dibawah Perkara 19 tidak pernah dibentangkan dalam Dewan rakyat.

Usul ini akan mengandungi tandatangan penduduk tempatan dan objektif saya adalah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 1/3 daripada penduduk tempatan menandatangani rayuan ini.

Saya telah mengeluarkan satu pengumuman secara rasmi di kawasan Pengerang dan berharap penduduk-penduduk yang terlibat boleh memberikan sokongan terhadap kempen tandatangan ini, supaya satu referendum dapat diadakan supaya penduduk-penduduk dapat memberikan pandangan terhadap masa depan kampungnya sendiri.

kempen petisyen telah bermula sekarang dan tamat pada malam 8hb April. Tandatangan yang terkumpul akan dikemukakan bersama-sama dengan usul ke Pejabat Tuan-Yang Dipertua Dewan Rakyat pada pukul 10 pagi 9hb April.

Sekiranya kebenaran diberikan oleh Yang Dipertua, usul ini akan dimasukkan di dalam urusan mesuarat dan dibahas oleh ahli-ahli Dewan Rakyat supaya membuat keputusan untuk mengadakan satu undi di Kawasan Pengerang terhadap pembangunan projek ini.

Penandatangan rayuan tersebut memohon agar Dewan Rakyat menubuhkan satu referendum kepada penduduk-penduduk asal kawasan-kawasan dalam lingkungan 3KM daripada Kawasan Projek RAPID untuk memperolehi pandangan keseluruhan.

1. Sekiranya 50% dari jumlah penduduk bantah projek tersebut, ia seharusnya diberhentikan.
2. Sekiranya 50% dari jumlah penduduk menerima pembangunan tersebut:
a. Menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk menerima kajian semula daripada rakyat dan pakar-pakar alam sekitar mengenai DEIA.
b. Jumlah pampasan yang diberikan seharusnya mencerminkan kerugian sebenar yang dialami penduduk termasuk kehilangan punca rezeki dan sebagainya.
c. Segala urusan pemindahan tapak perkuburan perlulah dilakukan dengan sempurna oleh pihak Kerajaan.

Tiada kegiatan pungutan wang akan terlibat dalam kempen tandatangan tersebut. Sekiranya orang awam ingin memberi sokongan dari segi kewangan, mereka boleh berhubung dengan kordinator kempen.

Satu Facebook Fan Page telah ditubuhkan untuk kempen tandatangan ini:
https://www.facebook.com/KampungKuSuaraKu

Seluruh maklumat dan pengumuman akan dipamerkan di fan page tersebut dan penduduk-penduduk temapatan juga boleh bertanya soalan disini.

Disamping itu, kami memerlukan sukarelawan untuk menjalankan kerja-kerja dalam kempen ini. Sila menghubungi senarai dibawah
untuk maklumat lanjut.

Saya menyeru seluruh penduduk-penduduk pengerang mengambil bahagian dalam kempen tandatangan ini supaya perkara ini boleh diselesaikan dengan menggunakan saluran perundangan untuk memutuskan masa hadapan pengerang.


Jika anda ingin menandatangani petisyen ini, sila hubungi:

Kodinator Kempen: Macrus Sew(019-7570705)

Penyelaras di Kawasan Pengerang:
Cik Goh(013-7090881)
Encik Wong(017-7662048)
Cik COCO(013-78943690)
Encick YAHYA(017-7269408)
Encick TAUFIK(019-9896483)

Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hwa
28.03.2012

No comments:

Post a Comment