2011-09-25

YB Bakri lancarkan Kempen Petisyen Masalah Air di Mukim Air Hitam

Dari Kanan: Azman Bin Ibrahim (Setiausaha PAS Bukit Naning), Kadimon Bin Madisan (Yang Dipertua PAS Bukit Naning), Ahli Parlimen Bakri, YB Er Teck Hwa. YB Er sedang menjelaskan kepada penduduk tempatan mengenai petisyen dan mengajak mereka menandatangani memorandum.
Sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri awal September 2011, Mukim Air Hitam yang terletak di DUN Bukit Naning telah mengalami masalah bekalan air. Selain tekanan air rendah,terdapat juga kawasan terputus bekalan air dari pagi hingga petang. Hal ini telah menyukarkan penduduk kawasan ini,terutamanya semasa Hari Raya dimana penggunaan air amat tinggi ketika itu.

Beberapa penduduk tempatan menyatakan bahawa Kerajaan telah merancang untuk membina tangki simpanan air di kawasan ini,namun atas sebab-sebab yang tidak diketahui,projek tersebut telah ditangguhkan.

Sikap Tidak Bertanggungjawab SAJ

Saya sendiri telah membuat pertanyaan kepada Pejabat SAJ Daerah Muar berhubung isu ini beberapa minggu lepas. Pegawai SAJ yang ditemui menyatakan kekurangan bekalan air ini hanya berlaku ketika musim Hari Raya. Faktor utama adalah kerana ramai kaum keluarga pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya dan ini telah menyebabkan peningkatan ketara penggunaan air.Akibatnya,tekanan air menjadi rendah dan menjejaskan bekalan air di kawasan tersebut. Pegawai tersebut turut memberitahu,SAJ sedar akan masalah ini dan telah menambah jumlah kakitangan sepanjang musim Hari Raya.Sekiranya mereka menerima aduan,SAJ akan menghantar lori tangki untuk menyalurkan bekalan air kepada penduduk sekitar.

Apabila saya kemukakan pertanyaan mengapa tiada lori tangki dihantar ke kawasan terjejas,jawapan yang diberikan adalah pihak SAJ tidak menerima sebarang aduan.

Isu ini merupakan isu yang kerap berulang saban tahun ketika musim Hari Raya namun, SAJ hanya menganggap isu ini hanyalah sementara. Ia hanyak berlaku seminggu pada musim Hari Raya.Pada waktu biasa,bekalan air tidak terjejas.Jadi,kerja-kerja menaiktaraf sistem paip air adalah tidak diperlukan.

Saya sangat tidak bersetuju dengan penjelasan SAJ tersebut.Sebagai sebuah syarikat yang mengawalselia satu dari infrastruktur bekalan asas,adalah menjadi tanggungjawab syarikat untuk memastikan bekalan air yang secukupnya disalurkan kepada rakyat.Penjelasan bahawa masalah yang hanya berlaku ketika Hari Raya ini bertentangan dengan dasar syarikat korporat adalah sangat tidak boleh diterima.Di dalam konsep penswastaan,sesiapa yang membayar untuk sesuatu perkhidmatan adalah merupakan pelanggan.Dan menjadi tanggungjawab syarikat untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan berada ditahap memuaskan.

Kerajaan Persekutuan perlu mengambil berat isu ini

Oleh kerana, setiapp infrastruktur di kawasan Luar Bandar adalah merupakan tanggungjawab Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,saya dengan ini mencadangkan agar pihak Kementerian untuk mempertimbangkan pembinaan tangki air di Mukim Air Hitam bagi menyelesaikan masalaj tekanan air rendah ini berulang lagi untuk tahun-tahun mendatang.

Untuk itu,saya telah menyediakan memorandum dan memulakan kempen petisyen pada 24 September di Pasar Malam Parit Tengah.Saya berharap dengan usaha ini,penduduk tempatan akan mempertahankan hak mereka dan mengetengahkan masalah kekurangan bekalan air ini kepada pihak berkuasa.

Kempen petisyen ini akan diadakan dalam tempoh yang pendek.Satu pasukan yang terdiri dari anggota Pakatan Rakyat telah dibentuk untuk menjalankan kempen ini dari rumah ke rumah untuk memberikan penjelasan kepada penduduk mengenai tujuan dan kepentingan memorandum ini.

Semasa kempen petisyen ini semalam,dengan bantuan sari Yang Dipertua PAS Bukit Naning, Kadimon Bin Madisan dan ahli-ahli PAS tempatan,kami telah berjaya mengumpulkan lebih 40 tandatangan.

Berhubung perkara ini,saya juga telah menjalankan kaji selidik pada awal September 2011 dan saya telah menyenaraikan isu-isu setempat sebagai antara soalan yang dikemukan saya untuk sesi Parlimen akan datang. Adalah menjadi harapan dan keutamaan saya agar penduduk setempat mengambil bahagian di dalamm kempen ini dan bersama-sama menarik minat lebih ramai penduduk setempat untuk menandatangani memorandum ini.Intipati memorandum dan kempen ini akan dimasukkab di dalam ucapan Belanjawan 2012 saya sesi Parlimen yang akan bermula awal Oktober nanti.

Er Teck hwa
Ahli Parlimen Bakri
25.09.2011

No comments:

Post a Comment