2011-09-09

PEMBENTANGAN PERTANYAAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KEDUABELAS (OCT, 2011)

1) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah penyelesaian untuk mengatasi masalah bekalan air di Mukim Air Hitam, Kawasan Bukit Naning.
a) Adakah satu projek pembinaan tangki air pernah dirancangkan. Jika ya, bila dan mengapa projek tersebut terbengkalai.
b) Sebutkan rancangan pembinaan tangki air dan naik-taraf paip-paip utama yang akan dilaksanakan. (03/10/2011)

2) Y.B. Er Teck Hwa Minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan tarikh tepat penutupan tapak pelupusan sampah Bukit Bakri. Senaraikan:
a) kos untuk projek naik-taraf di tapak tersebut.
b) Nama syarikat yang menerima tawaran projek ini.
c) tarikh tawarannya. (03/10/2011)

3) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan guru-guru di sekolah rendah yang mempunyai diploma TESL. Senaraikan sekolah-sekolah di seluruh negara dengan pecahan SJK/SJKC/SJKT dari tahun 2009 hingga 2011. (04/10/2011)

4) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan mengapa MPM tidak memberikan tanah dan peruntukan untuk pembinaan mercu tanda tarian singa di Muar. Sebaliknya Persatuan berkenaan perlu menerima dermaan tanah dari pihak swasta. Apakah sumbangan dari segi sumber kewangan dari MPM dalam perkara ini. (04/10/2011)

5) Y.B. Er Teck Hwa minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah peruntukan untuk Kedai Rakyat 1 Malaysia di seluruh negara .
a) Adakah perundingan secara terbuka diadakan sebelum MYDIN dipilih sebagai operator? Jika ya, Senaraikan pihak yang terlibat.
b) Kerugian/keuntungan bulanan untuk setiap KR1M di seluruh negara. (05/10/2011)

6) Y.B. Er Teck Hwa minta PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan pegawai diarahkan ke setiap kilang minyak kelapa sawit untuk mencegahkan buah kelapa sawit tidak matang untuk proses penghasilan minyak:
a) Bilangan kelapa sawit dirempas sejak bulan Jun dan nilai pasarannya
b) Bilangan kilang yang didapati melanggar peraturan tersebut.
c) Apakah polisi ini mencapai sasarannya. (05/10/2011)

7) Y.B. Er Teck Hwa minta PERDANA KESIHATAN menyatakan adakah Hospital Segamat menyediakan kemudahan sistem ultrasonik untuk pesakit. Jika ya, sebutkan bilangan mesin yang ada dan berepa kaki-tangan yang kini bertanggungjawab. Jika tidak, adakah sistem ini akan diberi kepada pihak hospital. (06/10/2011)

8) Y.B. Er Teck Hwa Minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan bangunan complex yang dimiliki oleh warga asing di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari 2005 sehingga 2011.
a) Senaraikan nama bangunan dengan pecahan nama dan negera asal pemilik.
b) Senaraikan nilai semasa bangunan tersebut dan tarikh bangunan tukar nama pemilik. (06/10/2011)

9) Y.B. Er Teck Hwa minta KEMENTERIAN PELANCONGAN menyatakan apakah susulan pembangunan selepas FESTIVAL TESKTIL TANGKAK 2011.
a) rancangan selanjuknya untuk menarik para pengunjung melancong ke Tangkak.
b) Kos untuk menganjurkan festival tersebut.
c) mengapa tutup Jalan Payamas dan bukan gunakan Dewan Serbarguna yang mempunyai tempat letak kerata yang mencukupi. (10/10/2011)

10) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jalanraya persekutuan yang dilengkapi dengan lorong motorsikal dan/atau basikal.
a) Senaraikan jalanraya-jalanraya dan lokasinya mengikut negeri
b) Adakah rancangan tambahan lorong motorsikal/basikal akan dilaksanakan di setiap daerah. Jika tidak, mengapa? (10/10/2011)

Soalan Bertulis:

1) Y.B. Er Teck Hwa Minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan kes kereta ambulan hospital yang terlibat dalam kemalangan jalanraya semasa penghantaran pesakit dari tahun 2005 sehingga 2011. Senaraikan bilangan kematian, tarikh kelakuan kemalangan dan hasil penyasatan.

2) Y.B. Er Teck Hwa minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah insuran yang diberi oleh kerajaan kepada warga Malaysia yang ambil bahagian dalam operasi UN di luar negara termasuk anggota tentera, wartawan, anggota perubatan dan sebagainya.

3) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan senarai black zone tarifik di Daerah Muar dengan pecahan bilangan kemalangan yang berlaku, jenis kenderaan yang terlibat, tarikh kemalangan tersebut berlaku dan bilangan kematian.

4) Y.B. Er Teck Hwa minta PERDANA MENTERI menyatakan agensi-agensi kerajaan persekutuan sewa pejabat dari pihak swasta dari tahun 2005 sehingga 2011. Senaraikan agensi-agensi yang terlibat dengan pecahan sewa bulanan dan lokasinya.

5) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan pembelian MRCA baru:
a) berapa buah diperlukan, anggaran kos, sama ada tender buka.
b) permintaan/dasar keupayaan yang digariskan di dalam dasar pertahanan negara.
c) perbandingan kos senggara dan perolehan Su-35, Typhoon, Jas-39, Rafale, F/A-18 F.

No comments:

Post a Comment