2012-05-28

FOKUS HARI INI-PELUPUSAN SAMPAH

Punca: Berita Radio RTM

Masalah penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakri, di Muar Johor yang terpaksa menghidu bau sampah, bakal berakhir. Ini apabila tapak pelupusan sampah di kawasan berkenaan akan ditutup, apabila tapak pelupusan yang baru di Pagoh, siap, menjelang pertengahan tahun depan. Tapak pelupusan sedia ada menerima 400-tan metrik sisa pepejal, setiap hari. Azizah Yaccob meninjau perancangan pembangunan di kawasan berkenaan :

Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Saiful Bahari berkata, Kerajaan sudah mengenal pasti sebuah kawasan pelupusan sampah di Pagoh bagi menggantikan tapak tersebut yang akan beroperasi tidak lama lagi. Selain tidak mampu menampung pembuangan sampah, tapak lama itu menyebabkan pencemaran bau dan alam sekitar.Kawasan pelupusan sampah di Pagoh itu adalah dari jenis 'sanitary landfill' atau sistem tertutup yang terbukti lebih efisyen dalam sistem pelupusan sampah:

Sebelum ini, penduduk sekitar kawasan tersebut merayu supaya tapak pelupusan sampah itu ditutup kerana terpaksa menghidu bau busuk . Selain wujudnya pelbagai masalah lain termasuk pemandangan yang tidak menyenangkan, pencemaran sungai dan menjadi tempat pembiakan lalat. Ini disuarakan Ketua Kampung Sungai Abong.

PENUTUP: Tapak Pelupusan sampah baharu diharap akan menyelesaikan isu tapak pelupusan sampah dan akan memberikan keselesaan kepada penduduk di Muar, khususnya penduduk di DUN Bakri, Johor. Fokus Politik dan Pembangunan, Azizah Yaccob untuk Berita Radio, RTM.((PBR))

No comments:

Post a Comment