2012-05-18

PEMBENTANGAN PERTANYAAN MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KEDUABELAS (JUN, 2012)


1) Y.B. Er Teck Hwa minta PERDANA MENTERI menyatakan lokasi sumber air bagi projek petrokimia di Tanjung Bin, Pengerang dan Pasir Gudang-Tanjung Langsat. Senarikan jumlah penggunaan air setiap tahun untuk:
a) pengguna industri di kawasan tersebut.
b) Pengguna industri dan domestik bagi Daerah Kota Tinggi, Johor Bahru dan Pontian untuk setahun. (11/06/2012)

2) Y.B. Er Teck Hwa minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab terdapatnya tiga plan loji penapisan Petrokimia di Johor Selatan sedangkan projek di Tanjung Bin dan tanjung Langsat masih belum mencapai tahap dunia. Mengapakah tidak difokus kepada satu kawasan sehingga mencapai tahap maksima memandang industri petrokimia medatangkan impak tinggi kepada alam sekitar.(11/06/2012)

3) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah status rancangan pemulihan dan pengekalan hutan simpanan paya bakau di kawasan Sungai Pulai dan Sungai Lebam disebabkan oleh amcaman projek petrokimia. Berapakah jumlah peruntukan keseluruhan yang disediakan untuk memulihara kawasan hutan bakau tersebut? (12/06/2012)

4) Y.B. Er teck Hwa minta MENTERI PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI menyatakan angka dengan pecahan tahunan dari 2000-2012 di Daerah Kota Tinggi, Pontian dan Johor Bahru untuk:
a) Jumlah dan nilai Perikanan marin dan Akuakultur.
b) Jumlah dan nilai tanaman lain.
c) bilangan nelayan dan pekerja industri tani. (12/06/2012)

5) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilangan dan nilai projek-projek kerajaan persekutuan terbengkalai mengikut negeri-negeri dari tahun 2007-2012.
a) Adakah Kementerian menyenarai hitam syarikat atau termasuk individu di syarikat tersebut?
b) Senaraikan projek Kerajaan Persekutuan bagi Daerah Muar dari 2007-2012 dan nilai projek. (13/06/2012)

c) Y.B. Er Teck Hwa minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan warganegera Malaysia graduan Universiti dari Negara China yang memohon perkerjaan di sektor perkhidmatan awam dan berapakah jumlah kelulusan pemohonan tersebut dari tahun 2009-2012. (13/06/2012)

6) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang berjaya serta yang gagal mencapai sasaran projek bagi menampung import makanan daripada negara luar.Apakah projek TKPM ini dapat mengurangkan Import hasil makanan daripada negara pengimport ke negara ini. (14/06/2012)

7) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah rakyat yang telah melepaskan kewarganegaraan mereka mengikut pecahan tahun dari 2002 hingga 2012 dan negara. Apakah tindakan Kementerian bagi mengurangkan perkara ini. Berapakah jumlah yang memohon kewarganegaraan mengikut tahun dan negara asal. Mengapakah kelulusan diberikan? (14/06/2012)

8) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah hutang negara sehingga 30 Mac 2012 mengikut negara yang memberi pinjaman dan purata pembayaran semula setiap tahun.Adakah pembayaran semula ini menggunakan tunai atau menggunakan tukaran eksport barangan sebagai cara pembayaran. (15/06/2012)

9) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah anggota Polis yang bertugas, logistik, jenis gas pemedih mata dan perbelanjaan yang digunakan semasa Himpunan Aman 28 April 2012. Apakah status siasatan berhubung letupan bom semasa Himpunan Aman 7 September 2011. (18/06/2012)

10) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI KEWANGAN menyatakan semenjak Kemerdekaan sehingga kini berapakah syarikat atau individu yang layak dikenakan cukai tetapi dilepaskan oleh Kementerian. Apakah syarat-syarat sehingga perlepasan ini diberikan. (18/06/2012)

Soalan Bertulis:

1) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyenaraikan jumlah pelajar yang ditanggung oleh Kerajaan di setiap negara, bidang pengajian dan purata perbelanjaan bagi setiap pelajar. Berapakah jumlah pelajar yang enggan balik mengikut bidang pengajian dan apakah tindakan yang dikenakan terhadap mereka.

2) Y.B. Er Teck Hwa minta PERDANA MENTERI menyenaraikan lokasi-lokasi aktiviti program 1 Malaysia dan jumlah perbelanjaan yang diguna berkaitan aktiviti tersebut sehingga kini. Adakah perbelanjaan ini ditanggung oleh Kerajaan atau pihak swasta.

3) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PENDIDIKAN menyenaraikan sekolah-sekolah yang siap dibina dan tidak siap dibina mengikut tahun dari 2002-2012, jenis sekolah, lokasi dan jumlah enrolmen pelajar. Mengapakah Kementerian tidak memberikan kelulusan kepada Sekolah Tinggi Kuantan dan Sekolah Chong Hwa Seagamat.

4) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyenaraikan program pembangunan belia yang dirancang dan telah dilaksanakan dalam Daerah Muar dari tahun 2008 hingga penghujung tahun 2012? Adakah program tersebut mencapai objektif perlaksanaan dan jumlah perbelanjaan yang terlibat?

5) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah peluang pekerjaan mengikut industri yang ada di Daerah Muar serta jumlah warga kerja tempatan dan asing mengikut industri sedia ada di daerah Muar. Apakah perancangan kementerian bagi meminimumkan penghijrahan belia Muar ke bandar-bandar lain ekoran dari kekurangan peluang pekerjaan.

No comments:

Post a Comment