2012-06-14

Ucapan penangguhan: Impak Projek Petrokimia Rapid Terhadap Sosioekonomi Di Sekitar Pengerang

kenyataan Rasmi Dewan Rakyat 14.06.2012

DR 14.6.2012 MS103

Impak Projek Petrokimia Rapid Terhadap Sosioekonomi Di Sekitar Pengerang

5.44 ptg.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tuan Yang di-Pertua, dalam satu pembangunan perusahaan negara, punca rezeki rakyat tidak boleh dinafikan. Kerajaan mesti menyediakan penempatan baru atau beri pampasan sewajarnya. Kerajaan tidak sepatutnya menghalalkan penindasan rakyat atas nama pembangunan. Pembangunan sepatutnya tidak meninggalkan rakyat.

Projek RAPID mempunyai apa yang saya sebut di atas. Manfaat mereka telah dinafikan dan hanya dibayar dengan harga yang sangat rendah. Contohnya, nelayan yang telah menjalankan aktiviti perikanan sejak lima generasi ini diarah pindah dan hanya diberikan pampasan bernilai RM14,000 hingga RM30,000. Mereka telah memfailkan dakwaan di mahkamah terhadap syarikat pengendali RAPID dan kerajaan negeri.

Saya minta penjelasan bahawa berapakah kos pampasan untuk nelayan dan pampasan tanah telah disediakan dalam jumlah peruntukan sebanyak RM60 bilion di dalam pembangunan projek RAPID ini? Saya juga minta penjelasan teliti mengenai kawasan penempatan semula yang dirancang di kawasan Punggai dan kawasan Kampung Dato’ Abdul Ghani Othman serta kawasan baru untuk pertanian dan perikanan. Bagaimana masalah kesesakan dan persaingan nelayan di kawasan baru perikanan ini akan diatasi? Seterusnya, kawasan simpanan tadahan air Sungai Lembing yang terlalu dekat dengan kawasan RAPID yang dikhuatiri membawa kesan buruk kepada hutan simpan di kawasan tersebut.

Kerosakan hutan akan mengakibatkan banjir seperti bencana Kota Tinggi pada tahun 2007. Apakah langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini memandangkan jarak di antara sempadan kawasan tadahan air tersebut ke kawasan RAPID sekitar 2 kilometer? Terdapat dua hutan simpan iaitu Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Panti di mana satu projek jalan baru akan dibina melalui hutan simpan ini hingga ke kawasan projek RAPID dan Hutan Simpan Belungkor yang akan dijadikan kawasan bandar baru. Sekiranya kedua-dua kawasan ini dibangunkan, adakah kerajaan berhasrat untuk menghapuskan hutan simpan ini? Apakah perancangan untuk mengatasi masalah banjir dan hakisan pantai?

Di samping itu, apakah kajian yang berhubung impak pencemaran udara dan air bagi projek RAPID? PM2.5 merupakan impak pencemaran udara yang biasa dikeluarkan oleh industri petrokimia ini. Berapakah lingkungan keluasan pencemaran PM2.5 bagi Projek RAPID Tanjung Langsat dan Tanjung Bin yang diguna pakai oleh kerajaan? Selepas projek ini siap dibina, berapa peratus peningkatan kecenderungan penyakit barah yang bakal dihadapi oleh penduduk di ketiga-tiga kawasan ini dan selatan Johor?

DR 14.6.2012 MS104

Pengarah Dialog, Ngau Boon Keat telah menyatakan masalah pencemaran telah lama berlaku di Pengerang, mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab bagi seorang yang diamanahkan membangunkan kawasan ini. Bagaimana pula kawalan terhadap pembuangan sisa cecair berbahaya industri ini? Saya minta penjelasan teliti kerajaan mengenai social cost selepas 30 hingga 50 tahun Projek RAPID ini dibina? Sekian, terima kasih.

1750
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ S.K. Devamany a/l S. Krishnasamy]: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bakri yang telah memaparkan ucapan penangguhan. Akan tetapi sebelum saya baca Tuan Yang di-Pertua saya memanglah ingin tahu maksud di sebalik sintaksis beliau yang penuh tersirat dan tersurat dengan penuh kenakalannya. Ini kerana Yang Berhormat tahu mengenai projek ini secara mendalam.

Tuan Yang di-Pertua, pembangunan industri minyak dan gas di Pengerang telah dirancang dengan teliti dan mengambil kira kesan sosial alam sekitar dan ekonomi dengan terperinci. Dasar Alam Sekitar dan Sosial yang berkesan menyeluruh dan mendalam telah wujud di Malaysia sejak sekian lama. Segala dasar-dasar di bawah undang-undang negara ini telah dipatuhi dalam pembangunan di Pengerang. Pihak pelabur dan pemaju di Pengerang juga diarahkan untuk mematuhi dengan teliti dasar-dasar dan undang-undang Malaysia bagi memastikan kebajikan penduduk Pengerang terjamin dan pembangunan mematuhi standard antarabangsa dan nasional.

Isu pembayaran pampasan, isu yang pertama yang diungkitkan oleh Yang Berhormat.

Hingga di setakat ini tiada bayaran pampasan yang dilakukan tetapi bayaran dalam bentuk sagu hati telah dibayar atas dasar terjejasnya mata pencarian pihak nelayan. Yang Berhormat kena tahu apakah itu pampasan dan sagu hati. Proses pampasan tengah dirunding, belum dimuktamadkan.

Seperti yang semua sedia maklum Tuan Yang di-Pertua, bayaran pampasan dan ganti rugi kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam pembangunan hak minyak dan gas di Pengerang dikendalikan oleh pihak kerajaan negeri. Isu nelayan sebenarnya diberi perhatian khusus oleh pihak kerajaan seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa Majlis Perasmian Petronas RAPID yang akan diketuai oleh Exco Negeri Johor iaitu Yang Berhormat Datuk Haji Ab. Aziz bin Kaprawi.

Pelbagai perancangan dan bantuan sama ada untuk membantu secara jangka pendek atau jangka panjang telah diatur untuk membantu pihak nelayan. Isu pembayaran pampasan tanah juga akan dilakukan oleh pihak kerajaan negeri di mana buat masa ini ianya masih belum dimaklumkan kepada awam kerana urusan pengambilan balik tanah yang terlibat masih di...

DR 14.6.2012 MS105

...peringkat awal di mana seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 masih lagi diwartakan. So, sabarlah Yang Berhormat.

Baik, isu mengenai kawasan penempatan semula yang dirancang, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Dua kawasan penempatan semula telah dikenal pasti untuk menempatkan penduduk di Pengerang yang terlibat dalam pengambilan tanah oleh kerajaan negeri. Penempatan pertama berdekatan Teluk Ramunia bersaiz 387 ekar telah mula dibangunkan dan telah dinamakan sebagai Taman Bayu Permai. Taman ini akan memuatkan lebih kurang 1,000 unit rumah lengkap dengan kemudahan seperti kumbahan bersepadu, tangki air menegak, kemudahan awam seperti sekolah rendah, sekolah menengah, surau, masjid, rumah ibadat bukan Islam, taman permainan, padang, klinik, balai polis, rumah kedai dan sebagainya.

Taman Bayu Permai dijangka mula diduduki pada Mac 2013 iaitu jangka masa pertama pemindahan penduduk ke kawasan penempatan semula ini. Kawasan kedua Yang Berhormat yang telah dikenal pasti ialah berhampiran Pungai yang bersaiz 800 ekar. Kawasan kedua ini akan menempatkan perumahan bagi Program Rimbunan Kasih yang dibangunkan oleh pihak IRIS.

Selain daripada itu, kawasan kedua ini disediakan untuk menampung pemindahan penduduk bagi fasa-fasa pembangunan berikutnya jika ianya dimajukan pada masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, saya panjang sedikit kerana isu yang dibangkitkan begitu banyak oleh Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: 6 minute.

Dato’ S.K. Devamany a/l S. Krishnasamy: Dalam membela nasib nelayan, objektif kerajaan melatih semula nelayan adalah untuk meningkatkan taraf hidup dengan memberi peluang untuk menceburi sektor perindustrian yang menjanjikan pendapatan yang lebih baik. Oleh itu, kerajaan menggalakkan nelayan-nelayan terlibat agar menceburi bidang baru yang muncul daripada pembangunan minyak dan gas di Pengerang.

Kerajaan telah mengenal pasti peluang-peluang ini dan sedang bekerjasama dengan pelbagai agensi dan pusat latihan perindustrian bagi memberi peluang nelayan-nelayan terlibat dilatih semula. Contoh program latihan semula yang boleh didapati di Kolej Komuniti Bandar Penawar di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi adalah perpaipan domestik, penghawa dingin domestik, pendawaian elektrik domestik, kimpalan arka dan gas, kemasan bangunan pengurusan perisian pejabat, pengurusan pangkalan data, pengendalian pejabat, pengendalian sumber manusia, pengendalian pemasangan asas perakaunan, aplikasi komputer dalam perakaunan dan sistem perakaunan berkomputer. Semua kursus-kursus latihan in boleh dimanfaatkan oleh golongan nelayan yang mahu menceburi bidang baru dalam industri minyak dan gas.

DR 14.6.2012
106

Selain itu, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar akan dijadikan Pusat Latihan Integrasi Minyak dan Gas Johor yang bakal menyediakan latihan dalam bidang keselamatan. Industri bermula tahun ini. Pada tahun-tahun berikutnya lebih banyak lagi latihan akan diperkenalkan dari semasa ke semasa mengikut permintaan daripada syarikat-syarikat minyak dan gas di Pengerang. Namun, kerajaan juga tetap mengambil berat nasib nelayan-nelayan yang mahu terus bekerja sebagai nelayan.

Satu projek untuk menyediakan pusat perikanan baru di Sungai Musuh telah dimasukkan dalam perancangan dan bakal menyediakan kemudahan yang lebih besar dan lebih baik untuk nilai-nilai di Pengerang. Kerajaan juga akan menyediakan program latihan untuk menaikkan kemampuan nelayan persisiran pantai kepada nelayan laut tengah dan laut dalam, deep sea fishing dgn izin.

Bantuan juga akan diberikan untuk menaik taraf bot dan enjin bot agar berupaya untuk pergi ke kawasan laut tengah dan laut dalam untuk menangkap ikan. Isu kawasan simpanan tadahan air yang dibawa oleh Yang Berhormat. Jarak sebenarnya tadahan air Sungai Lebam daripada tapak Projek RAPID ialah 20 kilometer. Pembangunan projek ini tidak akan membawa kesan buruk kepada kawasan tadahan air tersebut kerana jaraknya yang jauh. Maka, jangan kurangkan putaran politik Yang Berhormat. Itu maksud sebenarnya.

Baik, kawasan hutan simpan yang dibawa oleh Yang Berhormat lagi, kerajaan negeri sedang merangka kajian pembangunan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pengerang yang memperincikan cadangan perancangan guna tanah dan zoning ke pendudukannya.

Kemudahan infrastruktur utility serta ianya juga meliputi zon pengekalan dan pemulihan alam sekitar.

Melalui RKK Pengerang ini juga, pihak kerajaan telah mengenal pasti kawasan yang perlu dikekalkan bagi menjaga kelestarian alam sekitar seperti kawasan hutan simpan, rizab paya bakau, kawasan pertanian zon penampan dan badan air. Akhir sekali isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat adalah penilaian impak alam sekitar yang spin balik. Ini bawa isu macam Lynas di sini juga.

Satu Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) telah dijalankan untuk projek RAPID sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan Kualiti Alam Sekitar (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Alam Sekitar) 1987. EIA ini sedang dikaji oleh Jabatan Alam Sekitar. Laporan EIA termasuklah penilaian terperinci kesan menyeluruh mengenai kualiti udara dan air yang dijangka akan timbul akibat projek RAPID.

Garis panduan kualiti udara Malaysia meliputi PM10, diulangi PM10 dan jumlah parti kulat terampai tetapi tidak menyebut tentang PM2.5. Oleh kerana ketiadaan garis panduan bagi PM2.5 di Malaysia, terdapat garis panduan kualiti udara standard lain di peringkat antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Garis Panduan Kualiti Udara atau...

DR 14.6.2012
107

...AS National Ambient Air Quality Standards (NAAQS). Garis Panduan Antarabangsa ini boleh digunakan sebagai garis panduan bagi PM2.5 di Malaysia.

Kualiti alam sekitar yang sedia ada, Udara Bersih 1978 dan pindaan yang dicadangkan akan dikuatkuasakan dengan tegas untuk mengawal perlepasan pemelihara kualiti udara dan melindungi kesihatan awam. Standard dan perundangan sedia ada di peringkat nasional dan antarabangsa yang akan dikuatkuasakan mengikut keperluan di Pengerang adalah seperti berikut. Cepat saya habiskan:

(i) Environmental Quality (Clean Air) Regulations 1978 Malaysia;
(ii) Environmental Quality Act 1974 Malaysia;
(iii) Environmental Quality Prescribe Activities;
(iv) Environmental and Social Economic Impact Assessment order 1987 Malaysia;
(v) Recommended Malaysia Act Quality Guide Lines for PM10;
(vi) Total suspended Particulate Malaysia World Health Organization (WHO);
(vii) Air Quality Guide Lines or US National Ambient Air Quality Standard for PM2.5 International;
(viii) Stock Home For Convention For The Controlled Hazardous Substances;
(ix) International the EU Reach Legislation (EU);
(x) The US Toxic Substances Control Act US; and
(xi) The Canadian Environmental Protection Act Canada.

Kesan projek kepada risiko kanser kepada masyarakat sekeliling ditentukan melalui penilaian kesan kesihatan yang pada amnya dijalankan oleh EIA.

Akhir sekali, kos sosial jangka panjang projek RAPID yang diungkit oleh Ahli Yang Berhormat, kos sosial jangka panjang projek RAPID adalah ditentukan melalui kajian sosial ekonomi penilaian projek. Perundingan pihak berkepentingan telah dijalankan oleh kerajaan negeri untuk menyediakan maklumat tentang projek tersebut dan untuk mendapatkan maklum balas daripada masyarakat yang terlibat, kajian kos sosial berkaitan dengan impak pembangunan industri berat di Pengerang dan kawasan sekitarnya sedang dijalankan melalui pembangunan sebuah pelan induk, Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang yang akan meneliti impak sama ada secara sosial atau ekonomi terhadap masyarakat setempat dan sekitar.

Kajian yang menyeluruh ini dijangka siap sepenuhnya pada 13 Oktober 2012.

Percayalah Yang Berhormat, kepentingan rakyat didahulukan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Terima kasih Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari
Isnin 18 Jun 2012.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.02 petang.

No comments:

Post a Comment