2012-04-10

Kenyataan Rasmi: Rayuan daripada Penduduk-penduduk Pengerang telah diserahkan kepada Pejabat Yang-Dipertua Dewan Rakyat


Berdasarkan kepada projek pembangunan hab industri minyak dan gas yang akan di bina di Pengerang, Johor, saya telah memetik Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat untuk mengadakan satu kempen Tandatangan di kawasan tersebut pada 31 Mac 2012 hingga 8 April 2012. Saya amat berharap agar Parlimen dapat memberikan penduduk kawasan tersebut menentukan masa depan mereka dengan cara undian dan saya juga berharap supaya segala kesulitan ini boleh diatasi.

Dalam kempen Tandatangan ini, sebanyak 87 kali sukarelawan-sukarelawan ini berulang-alik. Kempen ini turut mendapat kerjasama daripada segenap akar umbi parti-parti politik sama ada Pemerintah dan juga Pembangkang. Walaupun terdapat sedikit usaha Barisan Nasional/UMNO untuk melakukan pelbagai cara bagi menghalang kempen ini, sehinggakan ada antara sukarelawan ditahan dan disoalsiasat identiti oleh pihak Polis namun, sebanyak 3612 tandatangan berjaya dipungut bersamaan dengan 36% daripada penduduk kawasan yang terlibat. Ini telah melepasi sasaran yang ditetapkan sebelum kempen ini bermula iaitu 1/3 daripada penduduk kawasan yang terlibat.

Dalam sistem demokrasi, sekiranya 1/3 daripada penduduk di satu komuntiti mengemukakan rayuan agar satu usul dapat dibahaskan di Dewan, ia tidak harus dibiarkan begitu sahaja atau ditolak. Maka, saya amatlah berharap agar rayuan ini dapat dipertimbangkan sewajarnya oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat. Selepas 48 jam usul ini dihantar ke Pejabat Yang DiPertua Dewan Rakyat, adalah diharapkan agar usul yang mengandungi kebimbangan penduduk Pengerang ini dapat dimasukkan sebagai satu usul di dalam Aturan Mesyuarat Dewan, sebagai satu contoh terbaik kongres demokrasi.

Ahli Parlimen Bakri

No comments:

Post a Comment