2012-02-20

PEMBENTANGAN PERTANYAAN MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KEDUABELAS (MAC, 2012)

1)Y.B. ER TECK HWA minta PERDANA MENTERI menyatakan kriteria yang digunakan untuk menentukan tambang perjalanan di Eastern Dispersal Link (EDL).
a)Berapakah jumlah penguna jalanraya menggunakan jalanraya ini setiap hari dalam purata. Berapakah daripadanya ialah warganegera Malaysia.
b)Apakah impaknya terhadap kos kehidupan penduduk tempatan dan pengangkutan . (2012/03/12)

2)Y.B. ER TECK HWA minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Tabung Haji mengadakan tawaran khas atau memberikan keutamaan kepada muslimin dan muslimat yang kurang kemampuan termasuk ibubapa tunggal dan OKU untuk menunaikan Fardhu Haji. Sekiranya tidak, mengapa? (2012/03/13)

3)Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapa keluarga yang tinggal di sepanjang laluan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Johor telah diberi arahan untuk mengosongkan rumah kediaman mereka di bawah projek landasan berkembar Gemas-Johor Baharu. Senaraikan jumlah rumah kediaman yang terlibat berdasrakan pecahan kawasan Daerah dan mukim. (2012/03/14)

4)Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan pengeluaran lesen hiburan oleh Majlis Perbandaran Muar dari 2000 ke 2012 berdasarkan pecahan tahunan:
a)Jumlah lesen hiburan yang dikeluarkan
b)Jumlah lesen hiburan yang digantung dan alasan mengapa ia digantung. (2012/03/15)

5)Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan aktiviti persatuan-persatuan di universiti-universiti Kerajaan yang terlibat kos melebihi RM10,000.00:
a)Senarai aktiviti-aktiviti yang dijalankan berdasarkan pecahan universti-universiti yang terlibat dari tahun 2005 ke 2012.
b)Adakah pihak universiti mengarahkan mahasiswa-mahasiswi ke luar kempus untuk memunggut wang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut. (2012/03/19)

6)Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah guru-guru yang tidak mempunyai kelayakan dalam pengajaran bahasa Cina yang dihantar ke SJKC dari tahun 2005 ke 2012 berdasarkan pecahan mengikut negeri. Senaraikan jumlah mesyuarat di antara Kementerian dengan Dong Jiao Zong dari 2005 ke 2012 menganai isu ini. (2012/03/20)

7)Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan Ahli Parlimen dan Ahli Perundangan Dewan di setiap negeri yang memiliki lesen senjata api dari tahun 2002 ke 2012 berdasarkan pecahan tahunan. Senaraikan:
a)Nama wakil rakyat yang tersebut.
b)Nama wakil rakyat dimana lesen tersebut ditarik balik dan alasannya. (2012/03/21)

8)Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah perkembangan mengenai kerja-kerja memperbaiki tebing tembok Tanjung Emas. Adakah peruntukan berjumlah RM500,000.00 telah diluluskan untuk projek tersebut pada 2009.
a)Sekiranya ya, mengapa sehingga kini tidak dilaksanakan.
b)Jika tidak, sejauh mana kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan negeri terhadap masalah tersebut. (2012/03/22)

9)Y.B. ER TECK HWA minta PERDANA MENTERI menyatakan rumah kediaman pegawai kerajaan yang tidak dihuni di Kawasan Bandar Muar:
a)Jumlah rumah dan bangunan berdasarkan pecahan Kementerian yang memiliki.
b)Senaraikan lokasi rumah dan bangunan tersebut dan alasan mengapa ia tidak dihuni. (2012/03/26)

10)Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pemohonan warga negera kanak-kanak berumur kurang dari 12 tahun disebabkan oleh sijil perkahwinan tidak sah dari tahun 2005 ke 2012 berdasarkan pecahan warganegera ibu dan bapa. (2012/03/27)

Soalan Bertulis:

1)Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes jenayah yang berkaitan dengan kelakuan mahram dari 2000 ke 2012.
a)Kes yang disiasat.
b)Kes yang didakwa di mahkamah dan hukumnya yang diberi.
Senaraikan angka tersebut diatas berdasarkan pecahan kaum, umum dan jantina mangsa.

2)Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk membina satu bangunan di atas ruang letak kereta di kawasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar supaya unit-unit kepakaran yang berlainan boleh ditumpuhkan di satu tempat.

3)Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan kumpulan-kumpulan kebudayaan dan kesenian yang dihantar oleh Kerajaan ke luar negara untuk jalinan hubungan antarabangsa. Senaraikan kumpulan-kumpulan kebudayaan yang terlibat berdasarkan pecahan destinasi dan kos yang terlibat dari 2008 ke 2012.

4)Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jumlah syarikat jualan langsung yang disiasat dan didakwa ke mahkamah. Senaraikan syarikat-syarikat yang dihukum kerana kesalahan dan hukuman yang diberi kerana kesalahan tersebut dari tahun 2005 ke 2012 .

5)Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah siasatan kes kakitangan kerajaan pesekutuan dan negeri yang terlibat dalam kes jenayah. Berapa kes yang disiasat dan didakwa di mahkamah dan berapakah pegawai digantung tugas/letak jawatan/dipecat kerana kes yang terlibat dari 2002 ke 2012 berdasarkan pecahan negeri dan tahunan.

No comments:

Post a Comment