Gelombang Kenaikan Harga 5 dalam 1 yang Kedua
YB Er menyatakan bahawa anak Johor yang telah mengalami gelombang pertama “kenaikan harga 5 dalam 1” pada 16 Julai, kini terpaksa menghadapi gelombang kedua “kenaikan harga 5 dalam 1” iaitu termasuk kenaikan harga air di Johor. Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak bertekad untuk memperuntukkan wang rakyat 5 Billion untuk membina bangunan 100 tingkat bagi memuaskan permintaan kroni, tetapi gagal untuk memberikan subsisdi barangan keperluan seperti gas asli, minyak, diesel dan gula demi rakyat. Negeri Johor yang kaya dengan sumber asli dan kubu kuat Barisan Nasional juga gagal memberikan subsidi harga air kepada rakyatnya, hal ini menyebabkan harga air Johor adalah harga yang tertinggi di negara ini. Perkara ini yang menimbulkan kemarahan anak Johor. Exco kerajaan negeri, Y.B.Encik Tan Kok Hong yang menguruskan urusan air masih tidak segan dan menegaskan kerajaan negeri prihatin dengan rakyat kerana telah berjaya menurunkan cadangan harga air oleh syarikat Ranhill dari RM1.80 kepada RM 1.65 (untuk pengunaan 21 unit sehingga 35 unit).
Harga Air Bagi Kegunaan Perumahan Meningkat Antara 6.68% Sehingga 57%
Jika dibandingkan dengan kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat, harga air yang belum diselaraskan pada 1 November adalah RM0.31 seunit untuk kegunaan perumahan, RM0.94 seunit untuk kegunaan komersial. Manakala harga air yang belum diselaraskan di negeri Johor adalah RM0.98 seunit untuk kegunaan perumahan, RM2.93 seunit untuk kegunaan komersial. Data ini menunjukkan harga air di negeri Johor adalah 3 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan harga air di negeri Pulau Pinang. Walaupun Johor dianggap sebagai penyokong kuat kerajaan negeri Barisan Nasional sejak negara mencapai merdeka, namum rakyatnya masih tidak dapat menikmati harga air yang semurah Pulau Pinang dan percuma untuk 20 unit yang pertama seperti yang dilaksanakan di negeri Selangor. Kini, kerajaan negeri telah meningkatkan lagi harga air di negeri tanpa pengetahuan anak Johor. Harga air untuk kegunaan perumahan yang terbaru adalah RM1.05 seunit, iaitu peningkatan sebanyak 6.68% sehingga 57%. Manakala harga air untuk kegunaan komersial meningkat sebanyak 0.15% sehingga 17%.
Perbandingan Harga Air untuk Negeri Johor dan Pulau Pinang (RM/unit)
Tarif Air untuk kegunaan perumahan di Johor (35 unit yang pertama) | Tarif Air untuk kegunaan perumahan di Pulau Pinang (35 unit yang pertama) | Perbezaan (%) | Tarif Air untuk kegunaan komersial di Johor (500 unit yang pertama) | Tarif Air untuk kegunaan komersial di Pulau Pinang (500 unit yang pertama) | Perbezaan (%) | |
Sebelum diselaraskan | 0.98 | 0.31 | 310% | 2.93 | 0.94 | 310% |
Selepas diselaraskan | 1.05 | 0.37 | 280% | 2.93 | 1.19 | 245% |
Peningkatan (%) | 6.68% | 19% | 0.15% | 26% |
Harga Air Untuk Kegunaan Perumahan Sebelum dan Selepas Diselaraskan Bagi Negeri Johor
Harga Lama | Harga Baru | ||
Pengunaan (unit) | Tarif (RM/unit) | Pengunaan (unit) | Tarif (RM/unit) |
0-15 | 0.38 | 0-20 | 0.60 |
16-30 | 1.31 | 20-35 | 1.65 |
31-45 | 1.82 | Melebihi 35 | 2.96 |
46-100 | 2.20 | ||
Melebihi 100 | 2.23 |
Diramalkan sebuah keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri, tarif barunya akan meningkat sebanyak 57.09%
Harga Air Untuk Kegunaan Komersial Sebelum dan Selepas Diselaraskan Bagi Negeri Johor
Harga lama | Harga Baru | ||
Pengunaan (unit) | Tarif (RM/unit) | Pengunaan (unit) | Tarif (RM/unit) |
0-20 | 2.22 | 0-20 | 2.60 |
Melebihi 20 | 2.96 | Melebihi 20 | 2.96 |
Diramalkan seorang peniaga berskala kecil dimana pengunaan air tidak tinggi, tarif barunya akan meningkat sebanyak 17%.
Merujuk kepada Malaysia Water Industry Guide (MWIG) 2010, harga air purata untuk kegunaan perumahan di Malaysia adalah RM0.65 seunit dan untuk kegunaan komersial adalah RM1.32 seunit. Maka, harga air untuk kegunaan perumahan di Johor adalah 160% lebih tinggi daripada harga air purata, harga air untuk tujuan komersial pula mencatatkan 220% lebih tinggi.
Merujuk kepada Malaysia Water Industry Guide (MWIG) 2010, harga air purata untuk kegunaan perumahan di Malaysia adalah RM0.65 seunit dan untuk kegunaan komersial adalah RM1.32 seunit. Maka, harga air untuk kegunaan perumahan di Johor adalah 160% lebih tinggi daripada harga air purata, harga air untuk tujuan komersial pula mencatatkan 220% lebih tinggi.
Perbandingan Harga Air Bagi Negeri Johor Dengan Harga Purata Di Malaysia (RM per unit)
Harga air untuk kegunaan perumahan di Johor (35 unit yang pertama) | Harag purata untuk kegunaan perumahan di Malaysia (35 unit yang pertama) | Perbezaan (%) | Harga air untuk kegunaan komersial di Johor (35 unit yang pertama) | Harag purata untuk kegunaan komersia di Malaysia (35 unit yang pertama) | Perbezaan (%) |
1.05 | 0.65 | 160% | 2.93 | 1.32 | 220% |
Ranhill memonopoli Bekalan Air di Johor
Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hwa
4/12/2010
No comments:
Post a Comment