Topik perbincangan saya pada hari ini adalah berkaitan dengan isu yang berlaku kebelakangan ini, iaitu insiden dimana Pengetua sebuah sekolah menengah telah menyuruh pelajarnya supaya balik ke Negara China.
Pada 12 Ogos, Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra Kulai iaitu Puan Siti Inshah Mansor telah menyatakan "pelajar Cina balik ke Negara China, menyamakan rantai yang dipakai oleh pelajar India dengan rantai anjing dan menyebut pelajar Cina dan India hanya merupakan penumpang di negara ini" ketika perhimpunan di sekolah tersebut. Hal ini telah memaksa pihak Kementerian Pendidikan menjalankan siasatan ke atasnya dan keputusan siasatan adalah salah faham telah berlaku dalam isu ini. Pada bulan yang sama iaitu 18 Ogos, Pengetua dari Sekolah Bukit Selambau, Kedah turut memberikan kenyataan rasis yang sama iaitu menyuruh pelajar Cina untuk balik ke Negara China. Hal ini sekali lagi memaksa Kementerian Pendidikan untuk menjalankan siasatan dan akhirnya Pengetua tersebut ditukarkan ke sekolah lain. Apabila Kemenenterian Pendidikan berpendapat isu ini telah diselesaikan secara sempurna, malangnya guru dari sekolah berkenaan telah menujukan soalan rasis kepada pelajar Cina iaitu "Tiket Air Asia kini sangat murah, sudah beli?", maksud tersirat daripada soalan itu adalah menyuruh mereka untuk membeli tiket supaya balik ke Negara China.
Sebenarnya selain daripada tiga insiden ini, pernah berlaku dua lagi kes perkauman yang sama. Salah satunya berlaku pada 2hb Jun di SMK Sultan Abu Bakar, Muar dimana Pengetuanya telah mengarahkan pelajar bukan islam meniru cara sembahyang pelajar Islam. Namum selepas siasatan, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Wee Ka Siong berkata kes ini berjaya diselesaikan kerana pihak sekolah telah menyedari kesilapan mereka dan berjanji tidak akan mengulanginya. Sebenarnya, saya telah mendapat aduan pada bulan April yang lepas, memandangkan pihak Kementerian Pendidikan telah menjalankan siasatan dan badan beruniform tersebut hanya bertemu sekali sebulan maka saya telah membatalkan hasrat saya untuk berkunjung ke sekolah tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut setelah Parlimen habis bersidang pada bulan April. Saya akan memantau sekolah lain sama untuk memastikan kes yang sama tidak berlaku, sekiranya masih ada insiden tersebut, sila berhubung dengan saya.
Insiden kedua berlaku pada 1hb Julai di Sekolah Menengah Gajah Berang, Melaka. Tindakan beberapa pelajar yang tidak memakai tudung dan memakai baju tanpa kolar tangan ketika tampil di acara fasion sekolah telah mengundang kemarahan seorang guru. Guru tersebut memarahi pelajar Cina tersebut dan menyebut mereka menjadi contoh yang buruk kepada pelajar lain. Selain itu, guru tersebut turut menyebut Orang Cina merupakan pelacur. Akhirnya guru tersebut telah dipindahkan ke sekolah lain.
Pada 2hb Februari yang lepas, bekas pegawai berjawatan tinggi dari Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Nasir Safar pernah menyebut "Orang Cina datang ke Malaysia kerana tujuan menjual badan manakala Orang India pula datang untuk mengemis" ketika beliau memberikan ucapan di acara "Forum Menjana 1 Malaysia" di Pusat Perdagagangan Antarabangsa Melaka. Kenyataannya akhirnya mengundang kemarahan rakyat lalu memaksa beliau meletak jawatan untuk meredakan kemarahan rakyat.
Adakah saudara menyedari beberapa kesamaan dalam kes perkauman yang disebut tadi?
Pertama sekali, mereka merupakan pegawai kerajaan dan kebanyakan kes ini berlaku di sektor pendidikan. Hal ini amat merisaukan saya kerana sekolah merupakan tempat untuk mendidik generasi muda yang akan datang. Generasi inilah yang akan memimpin negara kita. Sebarang campur tangan politik dalan urusan sekolah akan membawa negara kita menuju ke arah kehancuran. Selain itu, guru merupakan model pembelajaran murid-murid di sekolah dan tinkah laku guru akan mempengaruhi pemikiran pelajar. Malangnya, segelintir guru hari ini hanya tahu memberikan kenyataan perkauman seperti menyebut pelajar Cina sebagai anjing, pelancur dan menyuruh mereka membeli tiket dan balik ke Negara China. Hal ini akan mencemarkan pemikiran pelajar yang masih mentah. Lebih-lebih lagi, insiden Sekolah Menengah di Kulai berlaku apabila kita semua sibuk untuk menyambut kedatangan Bulan Kebangsaan.
Sambutan hari kemerdekaan merupakan sambutan dimana negara kita telah mencapai kemerdekaan, iaitu Malaysia telah mencapai kemerdekaan daripada tangan penjajah. Rakyat Malaysia kini menjadi tuan kepada tanah yang tercinta ini. Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita harus merayakan hari yang penuh bermakna ini kerana ia merupakan kebangaan semua kaum di negara ini. Namum, perpecahan kini berlaku di sambutan peringkat Sekolah Menengah. Perkataan "Kita" yang disebut oleh Orang Melayu, Perkataan "Kita" yang disebut oleh Orang Cina, Perkataan "Kita" yang disebut oleh Orang India telah menjadi perkataan yang hanya mewakili kaum masing-masing. Perkataan "Kita" kini bukan lagi mewakili semua kaum tidak kira Orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan kaum lain di negara ini.
Mengapa negara kita kini mengalami perpecahan?
Jawapannya adalah kerana Kerajaan yang tidak mahu transform, tidak mahu berubah. Dalam kes yang disebut oleh saya tadi, tiada satupun pegawai kerajaan yang dipecat atau dihukum kerana ucapan yang tidak bertanggungjawab mereka. Satu-satunya pegawai yang hilang pekerjaannya adalah bekas pegawai dari Jabatan Perdana Menteri Datuk Nasir Safar. Tetapi dapat diperhatikan, Nasir bukannya dipecat sebaliknya meletakan jawatan sendiri, maka ini terbukti sekali lagi kerajaan tidak berniat untuk memecat pegawai kerajaan yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka apabila mereka menyatakan sesuatu yang rasis. Hal ini menjadikan pegawai kerajaan Malaysia adalah pegawai yang amat bertuah di dunia ini kerana mereka tidak akan dipecat walaupun melakukan kesilapan.
Slogan Barisan Nasional adalah BN mampu berubah, tetapi adakah saudara merasakan keikhlasan mereka untuk berubah apabila berlakunya pelbagai kes perkauman yang disebutkan tadi? Mungkin mereka telah berubah, bukan menjadi yang lebih baik tetapi menjadi sebaliknya. Saya berpendapat, sekiranya negara ini harus diubah, sikap buruk harus dibuang bukan hanya melaungkan gagasan 1 Malaysia sahaja dan tidak membuat apa. Apabila kerajaan melaungkan 1 Malaysia tetapi pegawai dibawahnya menjalankan tugas dengan sikap 1, 2 atau 3 Malaysia, itu tidak akan mendatangkan sebarang hasil.
Saya berpendapat, negara kita harus meniru kejayaan Indonesia membantah masalah perkauman mereka dengan "Akta Anti-Diskriminasi". Mereka yang berkelakuan rasis harus ditangkap dan dibicarakan di mahkamah. Kerajaan kini hanya menghukum mereka dengan memindahkan mereka ke tempat lain tidak mungkin menyelesaikan situasi sekarang. Hal ini seperti apabila badan kita tertumbuhnya tumor, tindakan wajar adalah membuang tumor tersebut tetapi apa yang dilakukan oleh kerajaan ialah memindahkan tumor tersebut ke kawasan badan lain, maka ia tidak dapat menyelamatkan tubuh badan kita.
Akhir sekali, sebelum saya menamatkan ucapan saya pada hari ini, saya ingin memberitahu saudara bahawa Parlimen akan kembali bersidang pada bulan Oktober dan Parlimen akan membincangkan Rancangan Malaysia Ke 10 (RMK-10), saya akan meneliti rancangan untuk membangunkan Muar dalam Rancangan Malaysia ke 10. Saya menyeru agar kesemua penduduk Muar untuk datang berjumpa dan berbincang dengan saya mengenai Pelan Pembangunan Muar. Saudara digalakan mengudarakan pendapat supaya saya akan membawa pendapat saudara tersebut ke dalam Parlimen.
Masalah Kawasan Pungutan Sampah Bukit Bakri dan kerja membaikpulih Pintasan Muar akan menjadi topik utama perbincangan saya di Parlimen. Saya berjanji saya akan berusahakan sepenuhnya untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Sekian, Terima Kasih.
Ahli Perlimen Bakri
Er Teck Hwa
26.08.2010
x heran yb...biasalah
ReplyDeletekebijaksanaan bukan diukur pada sijil dan akademik
kita satu bangsa,tp maseh ada yang beranggapan berlawanan. biasalah,kawan kawan saya berbilang bangsa,dah berkawan bertahun tahun,tiada masalah.susah senang kami bersama,dah macam saudara.
sabar jelah yb..(walhal hati wa dah panas beb)
salam Dukun Melayu,
ReplyDeletekalau bangsa kita bersatu, habislah "market value" mereka.
Nak main potilik boleh, pergi lain tempat, jangan jadikan murid-murid kita jadi mangsa.