2010-08-29

PROGRAM SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN FAKIR MISKIN SEMPENA BULAN RAMADAN

Walaupun penafian hak keatas ahli-ahli parlimen pembangkang untuk memperolehi peruntukan kebajikan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik, Saya sanggup melaksanakan tanggungwajab saya sebagai seorang wakil rakyat dengan memberikan perhatian kepada penduduk-penduduk fakir miskin dan ibu tunggal.

Program sumbangan Hari Raya ini sudah dijalankan selama tiga minggu sejak awal Bulan Ramadan and kali ini merupakan kali yang ke-tiga program ini dijalankan.

Dalam keadaan serba kekurangan, saya dengan rakan-rakan saya dari Pakatan Rakyat telah minta derma dari pihak peniaga tampatan. Mereka sanggup mederma makanan asas seperti beras, minyak masak, gula pasir, tepung gandum, teh dan buah kurma.

Pemimpin Pakatan Rakyat yang turut hadir dalam program ini ialah Ketua PAS Bahagian Parit Baru, Haji Shanon, bekas calon PKR kawasan Bukit Naning, Haji Kusni Simon dan AJK Angkatan Muda Keadilan Bahagian Muar, Ahmad Anwar Asyraf.


Setelah selesai majlis penyampaian bantuan tersebut, bubur lampuk yang telah siap bungkus telah dihantar ke pasar malam untuk diagihkan kepada orang ramai.

No comments:

Post a Comment