2010-02-12

PEMBENTANGAN PERTANYAAN MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEDUABELAS (MAR-APR, 2010)

1)Y.B. Er Teck Hwa Minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan hasil siasatan JKR atas status keselamatan kolam renang Muar.

a)Apakah perancangan selanjutnya bagi kolam renang tersebut ?

b)Nyatakah kos terlibat dan tempoh masa yang dikehendaki jika kerja baik pulih dilancarkan. (16/03/2010).

2)Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tahap pencemaran dan keselamatan penduduk di sekitar tapak pelupusan sampah Bukit Bakri sejak tahun 1990. Apakah piawaian yang digunakan dan bentuk kerja penerangan kepada penduduk tempatan apabila sesebuah tapak pelupusan sampah dirancangkan di Pagoh serta nyatakan bentuk pampasan yang mungkin boleh dituntut oleh mereka. (17/03/2010).

3)Y.B. Er Teck Hwa minta PERDANA MENTERI menyatakan status permohonan peruntukan khas YAB Perdana Menteri yang dikemukakan oleh saya sebelum bulan Ramadan, tahun 2009.

a)kenapa masih tiada maklum balas daripada pegawai PPNJ yang dipertanggungjawabkan?

b)Apakah piawaian yang digunakan untuk mengendalikan dan menilaikan permohonan yang dikemukakan oleh seseorang Ahli Parlimen pembangkang?(18/03/2010)

4)Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI KEWANAGAN menyatakan piawaian yang digunakan untuk menentukan bajet peruntukan bagi sesuatu aktiviti perayaan. Adakah kerajaan menghadkan tetamu yang diundang berdasarkan latar belakang politik, sosial dan sebagainya.(22/03/2010).

5)Y.B. Er Teck Hwa Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah Kerajaan menggunakan bajet perolehan Frigat Batch 2 untuk melengkapi sistem peluru berpandu di NGPV? Jika tidak, mengapa? Jika ya, bilakah ia akan dilengkapi untuk NGPV Batch 1? (23/03/2010).

6)Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah kes pencerobohan pukat tunda ke kawasan perairan Pt. Jawa sejak tahun 2000.

a)Sila berikan senarai nama pemilik pukat tunda yang terlibat dalam pencerohonan serta bentuk tindakan undang-undang yang dikenakan.

b)apakah jaminan oleh kerajaan untuk membela nasib nelayan pukat hanyut ataupun berlesen kelas A di kawasan Sungai Balang, Bagan dan Pt. Jawa? (24/03/2010).

7)Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan projek pemuliharaan benih ikan yang dilancarkan di sepanjang persisir pantai Kesang hingga Sg. Balang. Adakah nelayan tempatan akan diberi keutamaan sebagai kumpulan sasar untuk menceburi dalam projek tersebut. (25/03/2010).

8)Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan muatan dan tarikh sebenar penutupan tapak pelupusan sampah dan langkah-langkah pegurusan susulan di Bukit Bakri, Muar. Apakah perancangan pemulihan dan pembangunan tapak tersebut di masa kelak ? (29/03/2010).

9)Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab-sebab kenderaan komersial dan persendirian yang usianya lebih 20 tahun susah mendapatkan premium insuran pihak ke-3 (3rd. Party), ada antaranya terpaksa membeli premium insuran pihak pertama ataupun ditambah dengan premium persendirian (P.A). (30/03/2010).

10)Y.B. Er Teck Hwa Minta Perdana Menteri menyatakan tentang pelancaran Projek Trans-peninsular Oil pipeline sejak 2007.

a)Apakah status terkini projek transpen ini dan bilakah privilege Transpeninsular Petroleum Sdn Bhd mengurus projek ini tamat?

b)Senaraikan nama-nama pelabur utama luar negeri yang terlibat dalam projek ini serta pegangan syernya. (31/03/2010).

Soalan Bertulis:

1)Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI KEWANGAN menyenaraikan cukai pendapatan yang telah dibayar oleh kesemua ahli parlimen dalam dewan Rakyat dan Negara dari 2000 ke 2009.

2)Y.B. Er Teck Hwa Minta Menteri Luar Negeri memberikan penjelasan tentang konsep pembangunan bersama di Laut China Selatan.

a)Adakah konsep pembangunan bersama ini sebagai pilihan utama bagi Malaysia dalam penyelasaian pertikaian kedaulatan Spratly Islands?

b)Sila berikan sebab yang mendorong Malaysia menyokong konsep pembangunan bersama ini memandangkan sebelum ini negara kita tidak pernah menyokong konsep ini.

3)Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan Along dan ahli sindiket perjudian empat nombor ekor haram yang ditahan sejak tahun 2000 ke 2010 dibawah Ordinan Darurat (KA/MJ). Nyatakan senarai nama-nama mengikut:

a)tarikh tangkapan dan tarikh didakwa/ dilepas tanpa didakwa

b)Tempoh dipenjarakan dan jenis hukuman.yang diterima.

4)Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan perancangan susulan atas projek kompleks kem tentera TDM Briged ke-7 di Jalan Gelang Patah, Skudai yang terbengkalai. Jika ada perancangan susulan, adakah tindakan pemasangan perangkap kelodak di atas tebing akan dilakukan untuk mencegah banjir lumpur berlaku di Kg. Poh Chee Leong apabila berlaku hujan lebat.

5)Y.B. Er Teck Hwa minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan kakitangan awam yang telah dikenakan tindakan tatatertib sejak KPI dilaksanakan. Nyatakan senarai nama, jenis tindakan tatatertib dan jabatan yang terlibat.

No comments:

Post a Comment