2011-06-04

"meniarap" untuk membantah kenaikan tarif elektrik

Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa telah memulakan inisiatif protes interaktif menggunakan laman sosial Facebook yang diberi nama "Planking for tariff hike" sebagai satu cara untuk membantah kenaikan tarif elektrik dan juga sebagai keperluan dari kerajaan BN untuk mengatasi kemarahan rakyat.

Kenaikan tarif perlu munasabah

Kenaikan kos bahan bakar bagi arang batu, gas asli dan juga minyak telah menyebabkan kenaikan tarif elektrik dan bahan bakar ini merupakan 80% daripada sumber penjanaan bagi Janakuasa Terma di Negara ini. Namun begitu, kenaikan kadar tarif seharusnya berpatutan, terutamanya apabila kita membicarakan persoalan mengenai Perjanjian Subsidi Pembelian Gas Asli dan Elektrik TNB-IPP. Perjanjian sebegini memerlukan ketelusan dan terbuka untuk pengawasan umum. Dalam masa yang sama, Kerajaan perlu meyakinkan rakyat bahawa kandungan perjanjian ini tidak hanya memberikan keuntungan kepada IPP.

Malaysia merupakan negara pengeluar minyak. Petronas yang ditubuhkan pada 1972, telah memperoleh pendapatan melebihi RM 529 billion. Dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini, oleh kerana kenaikan harga minyak mentah dunia, Petronas telah menyumbang sebanyak RM 193.2 billion kepada Kerajaan Persekutuan. Pada masa yang sama, sejak hampir 12 tahun, Petronas telah membayar lebih dari RM 50 billion sebagai subsidi kepada IPP, dan juga kemudiannya terpaksa pula membeli bekalan elektrik yang dijana oleh IPP ini. Hal ini menunjukkan bahawa Petronas sebenarnya mempunyai kemampuan untuk memikul tanggungjawab berkenaan rundingan harga pembelian bekalan elektrik dengan IPP dan kenaikan harga minyak. Selain itu, negara turut mempunyai rezab bekalan elektrik sebanyak 50%, dan menyebabkan Kerajaan terpaksa membelanjakan lebih dari RM 4 billion setiap tahun untuk menguruskan lebihan bekalan elektrik. Tetapi PM, TPM dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menolak untuk menyiarkan kandungan perjanjian dan menyatakan 75% daripada penduduk tidak akan terjejas ekoran kenaikan tarif ini. Mereka sememangnya tidak mempedulikan kesan-kesan yang akan berlaku akibat dari kenaikan tinggi tarif elektrik.

"Plank" untuk Kenaikan Tarif Yang Tidak Munasabah

Dengan memanfaatkan penggunaan media elektronik, misalnya, komputer dan telefon bimbit, sebagai medium baru untuk menzahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati. "Planking" atau meniarap merupakan cetusan idea dari 2 orang warga British, Gary Clarkson dan Christian Langdon pada 1997. Ritualnya adalah dengan cara meniarap di lokasi yang aneh dan tangan mestilah disisi badan serta gambar peserta plank ini diambil dan dimuatnaik ke internet sebagai sebahagian dari proses protes ini. "Plank" seperti "flash mob", telah menjadi satu cara untuk menyampaikan kepedulian mereka dan juga rasa tidak selesa. Saya telah menggabungkan kedua-dua konsep ini dan memulakan halaman "plank kerana kenaikan tidak munasabah tarif elektrik" di laman sosial Facebook. Saya dengan rendah diri mengajak setiap rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan kenaikan tarif untuk bersama kami dan menghantar gambar anda melakukan "plank" (sama ada di depan bangunan TNB atau logo TNB) kepada halaman ini. (Klik Sini)

Kami berharap agar usaha sebegini akan dapat membantu memaksa pihak Kerajaan untuk mendengar keluh kesah rakyat dan akhirnya mendedahkan kandungan perjanjian IPP kepada umum sebagai satu usaha untuk mengelakkan berlakunya unsur manipulasi dan korup.


MP Bakri, YB Er Teck Hwa sedang melakukan aksi "plank" sebagai simbol memprotes tindakan Kerajaan yang tidak mahu mendedahkan kandungan Perjanjian TNB-IPP

No comments:

Post a Comment