Showing posts with label jawapan bertulis persidangan. Show all posts
Showing posts with label jawapan bertulis persidangan. Show all posts

2011-11-08

Jawapan Menteri mengenai isu bekalan air di Kawasan Bukit Naning

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR MALAYSIA ( Minister of Energy, Green Technology and Water Malaysia )

JAWAPAN KEPADA PERTANYAAN TAMBAHAN SEMASA YB MENTERT MENJAWAB KEATAS PERBAHASAN BELANJAWAN NEGARA 2012 DI PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT PARLIMEN MALAYSIA PADA 24HB OKTOBER 2077

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana telah meminta penjelasan berhubung dengan permasalahan bekalan air di kawasan Bukit Naning, Ketika saya menjawab ke atas perbahasan Belanjawan Negara 2012 di Peringkat Dasar pada 24hb Oktober 2011. Sehubungan itu, bersama-sama ini saya sertakan jawapan secara bertulis untuk perhatian dan makluman Yang Berhormat.

2011-11-07

Jawapan Menteri mengenai perhubungan perdagangan antara Malaysia dan Israel

7 November 2011

Y.B Tuan Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Bakri


JAWAPAN BERTULIS KEPADA PERBAHASAN PERINGKAT DASAR RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2012 - 17 OKTOBER 2011

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian Ahli Yang Berhormat kepada perkara tersebut di atas.

2. Sukacita saya merujuk kepada Perbahasan Peringkat Dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 oleh Ahli Yang Berhormat pada 17 Oktober 2011 berhubung isu perdagangan isu Malaysia dengan israel dan bahan bacaan mengenai lsrael yang terdapat di Pusat Sumber Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri (MITI).

2011-03-31

JAWAPAN SOALAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT

JAWAPAN SECARA BERTULIS KE ATAS PERKARA BERBANGKIT SEMASA PEMBAHASAN TITAH-DIRAJA 2011 DI DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT PARLlMEN KEDUABELAS 2010

Dibangkit Oleh : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]

Tarikh : 15 MAC 2011 (SELASA)

jawapan diterima : 31 MAC 2011 (KHAMIS)

SOALAN:

Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan mengapakah bon pelaksanaan syarikat Ranhill Corporation Berhad dilanjutkan untuk tempoh setahun lagi, iaitu sehingga bulan September 2011 bagi tujuan membaiki kecacatan projek Jalan Pintas Muar, Johor.

2011-03-16

JAWAPAN SOALAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT

JAWAPAN SECARA BERTULIS KE ATAS PERKARA BERBANGKIT SEMASA RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2011 DI DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA PENGGAL KETIGA PARLlMEN KEDUABELAS 2010

Dibangkit Oleh : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]

Tarikh : 30 NOV 2010 (Selasa)

jawapan diterima : 16 MAC 2011 (Rabu)

SOALAN:

TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan jumlah peruntukan dalam pembinaan mercu tanda tarian singa di bandar Muar dalam Bajet 2011, tempoh masa pembinaan, pihak yang terlibat dalam projek pembinaan dan lokasi pembinaan mercu tanda tarian singa tersebut.

JAWAPAN SOALAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT

JAWAPAN SECARA BERTULIS KE ATAS PERKARA BERBANGKIT SEMASA RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2011 DI DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA PENGGAL KETIGA PARLlMEN KEDUABELAS 2010

Dibangkit Oleh : TUAN ER TECK HWA [BAKRI]

Tarikh : 30 NOV 2010 (Selasa)

jawapan diterima : 16 MAC 2011 (Rabu)

SOALAN:

TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan:-

a) Mohon Kementerian menyenaraikan semua nama syarikat dan nama projek yang diluluskan pinjaman di bawah Dana lndustri Kreatif dan nama syarikat yang ditolak. Adakah pihak bank memberikan peluang kedua untuk rayuan dibuat oleh para pemohon yang ditolak permohonannya;

b) Mencadangkan supaya bangunan Mahkamah Tinggi Muar dijadikan muzium dan Kementerian menyediakan peruntukan untuk tujuan ini; dan

c) Adakah benar tujuh kubur yang dimiliki oleh tujuh orang adik-beradik sudah dimusnahkan oleh Kerajaan Negeri Melaka dan kenapakah kubur-kubur ini dimusnahkan? Adakah JWN sedar tentang perkara ini serta adakah kementerian akan mengadakan projek arkeologi untuk memulihara kubur-kubur tersebut?

2010-10-21

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR MALAYSIA

JAWAPAN SOALAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT

Ruj Kami: YBM NRE 10/15/17 Jld.2
Tarikh: 21 Oktober 2010

Y.B. Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Bakri

Ahli Yang Berhormat,

Per: Pertanyaan Tambahan Yang Dibangkitkan Semasa Sesi Perbahasan Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar Di Dewan Rakyat Pada 12 Julai 2010

Saya dengan hormatnya ingin merujuk kepada pertanyaan tambahan yang dibangkitkan oleh YB di Dewan Rakyat semasa perbahasan Rang Undang-Undang Pemuliharaan Hidupan Liar pada 12 Julai 2010.

2010-07-15

JAWAPAN SOALAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT

JAWAPAN SOALAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT

Pertanyaan Bertulis Daripada: Y.B. TUAN ER TECK HWA[ BAKRI ]

JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

PERTANYAAN BERTULIS

Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta Menteri Pelajaran menyatakan usul-usul dan isi kandungan pertemuan dengan Dong Chong mengenai permasalahan SJK(C) sejak tahun 2000.

2010-07-08

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA

(17)MPKT/c/1
08hd Julai 2010

Y.B. Tuan Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Bakri
Bangunan Parlimen
Jalan Parlimen
50680 KUALA LUMPUR

YB,
JAWAPAN SECARA BERTULIS KE ATAS PERKARA BERBANGKIT SEMASA PENGGULUNGAN Y.B. MENTERI KE ATAS PERBAHASAN RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (RMKe-10) DI DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEDUABELAS 2010

2010-06-29

PERBAHASAN RANCANGAN MALAYSIA KE 10 DI DEWAN RAKYAT

PERBAHASAN RANCANGAN MALAYSIA KE 10 DI DEWAN RAKYAT

NAMA: YB TUAN ER TECK HWA
TARIKH PERBAHASAN: 29/06/2010



Meminta penjelasan Menteri ke aras jawapan yang saya terima dari Kementerian Kewangan mengenal kerugian GLC.  Dalam jawapan  Kementerian menyatkan di antara tahun 2005 sehingga 2009. tiga buah GLC yang dimiliki Khazanah Nasional Berhad di bawah syarikat GLC terbesar, senarai di bawah Program Transformasi GLC Kumpulan G20 telah mencatatkan kerugian. Meminta Menteri jelaskan nama ketiga-tiga GLC yang disebutkan dalam jawapan Kementerian. Berapakah jumiah kerugian yang dihadapi oleh GLC ini.Tiga syarikat GLC di bawah Khazanah Nasional Berhad yang tetah mencatat kerugian di antara tahun 2005 sehingga 2009 adalah seperti berikut:

i.Malaysian Airline System Bhd (MAS) (pada tahun 2(305 dan tahun 2006);
ii. Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) (pada tahun 2007 dan tahun 2008); dan
iii. Proton Holdings Bhd (Proton) (pada tahun 2007 dan tahun 2009).
2. Jumlah kerugian yang dialami oteh syarikat-syarikat tersebut adalah seperti berikut:

TahunSyarikatKerugian RM-
2005MAS(1,232.9)
2006MAS(74.7)
2007Proton(589.5)
2007Pos Malaysia(33.7)
2008Pos Malaysia(33.3)
2009Proton(301 .8)

ISU PENUTUPAN SELAMAT TAPAK PELUPUSAN BUKIT BAKRI, MUAR, JOHOR

JAWAPAN SECARA BERTULIS KE ATAS PERKARA BERBANGKIT SEMASA SESI UCAPAN PENGGULUNGAN Y.B. MENTERI KE ATAS PERBAHASAN RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (RMKe-10) DI DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA PARLlMEN KEDUABELAS 2010

Dibangkit Oleh : Y.B. Tuan Er Teck Hwa(Bakri)

Tarikh : 29 Jun 2010 (Rabu)

SOALAN

ISU PENUTUPAN SELAMAT TAPAK PELUPUSAN BUKIT BAKRI, MUAR, JOHOR

JAWAPAN :

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian sememangnya menyedari bahawa keperluan untuk menyediakan sebuah tapak pelupusan sisa pepejal baru yang sanitari amat kritikal di kawasan Muar memandangkan tapak pelupusan sedia ada dj Bukit Bakri telah penuh dan mencemarkan alam sekitar. Oleh yang demikian, Tapak Pelupusan Sanitari Bukit Pagoh di lot 354 dan sebahagian lot 4081, 4083 dan 5482 seluas 149 ekar telah dicadangkan oleh Keraiaan Negeri Johor melalui Majlis Perbandaran Muar bagi menggantikan tapak pelupusan di Bukit Bakri.

Buat masa ini, Tapak Pelupusan Bukit Bakri akan dinaiktaraf sebagai langkah interim untuk mcnangani masalah alam sekitar/eachate sementara menunggu tapak pelupusan di Pagoh siap beroperasi.

Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan
Julai 2010

2010-04-30

Jawapan Bertulis Dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Diraja

TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI
(DEPUTY MINISTER OF HOME AFFAIRS)

Ruj. Kami : KDN(S)/PK/03/854/1-10(13)
Tarikh : 30 April 2010

Yang Berhormat
Tuan Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Bakri

PENJELASAN DAN JAWAPAN SECARA BERTULIS KEPADA SOALAN-SOALAN AHLI YANG BERHORMAT SEMASA SESl PENGGULUNGAN PERBAHASAN TITAH DIRAJA 2010 MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEDUA BELAS

Dengan hormatnya saya menarik perhatian Yang Berhormat kepada perkara di atas.

2. Kementerian ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tedma kasih kepada Yang Berhormat di atas kepdhatinan terhadap perkara-perkara yang menyentuh bidang tugas Kementedan Dalam Negeri.
3. Bersama-sama ini disertakan penjelasan dan jawapan kepada perkara-perkara yang dibangkitkan untuk makluman dan perhatian Yang Berhormat.

DATUK WIRA ABU SEMAN YUSOP

2010-04-05

Jawapan Bertulis Dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Diraja

JAWAPAN BERTULIS
Y.B. DATO'SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ,
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
SEMASA MENGGULUNG PERBAHASAN USUL
MENJUNJUNG KASIH KE ATAS 
TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG D|-PERTUAN AGONG (2010)

Yang Berhormat Nibong Tebal dan Yang Berhormat Bakri mencadangkan agar penyata-penyata Parlimen serta jawapan lisan, bukan lisan dan dokumen-dokumen lain diberi dalam bentuk cakera padat atau secara elektronik bagi menjaga alam sekitar. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, penyata rasmi Parlimen (hansard dengan izin) disediakan tertakluk kepada peruntukan Peraturan Mesyuarat 10, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang menghendaki Setiausaha Dewan Rakyat untuk menyediakan 'sebuah buku penyata rasmi mesyuarat' yang mengandungi semua ucapan yang dikeluarkan dalam Majlis Mesyuarat dan dalam jawatankuasa sebuah-buah Majlis Mesyuarat. Sehubungan itu, sebarang cadangan untuk menggantikan terus buku penyata rasmi Parlimen dan dokumen-dokumen lain dalam bentuk cakera padat atau secara elektronik perlulah terlebih dahulu melibatkan pindaan kepada peruntukan Peraturan Mesyuarat yang berkenaan.

Jawapan Bertulis Dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Diraja

JAWAPAN BERTULIS
Y.B. DATO'SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ.
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
SEMASA MENGGULUNG PERBAHASAN USUL
MENJUNJUNG KASIH KE ATAS 
TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG (2010)

Yang Berhormat Bakri ingin mengetahui senarai kos, kelengkapan dan jenama dalam penyelenggaraan perkakas komputer di Parlimen. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini, Parlimen Malaysia cuma mempunyai 1 kontrak penyelenggaraan berkaitan ICT iaitu Kontrak Penyelenggaraan Peralatan Keselamatan ICT Parlimen Malaysia. Kos penyelenggaraan setahun adalah sebanyak RM87,400 (termasuk penggantian perkakasan).

Senarai peralatan yang diselenggara adalah seperti berikut:

(i) Bluecoat ProxySG 400-1;
(ii) Bluecoat ProxySG 400-0;
(iii) Top Layer AppSwitch 3500; dan
(iv) Top Layer IPS 1 00