Showing posts with label ucapan. Show all posts
Showing posts with label ucapan. Show all posts

2010-11-01

Jawapan Peringkat Dasar Bajet 2011

TEKS UCAPAN
Y.B. DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ,
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
SEMASA MENGGULUNG PERBAHASAN BAJET 2011
PERINGKAT DASAR PADA 1 NOVEMBER 2010

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Bakri membangkitkan tentang jawapan Parlimen yang lewat diterima, untuk makluman Yang Berhormat, semua kementerian telah diberi peringatan untuk mengemukakan jawapan seberapa segera. Perkara ini juga telah diberi peringatan oleh Yang di-Pertua Dewan
Rakyat di dalam Dewan.

2010-08-29

sekolah digunakan untuk perpaduan, bukan perpecahan

Topik perbincangan saya pada hari ini adalah berkaitan dengan isu yang berlaku kebelakangan ini, iaitu insiden dimana Pengetua sebuah sekolah menengah telah menyuruh pelajarnya supaya balik ke Negara China.

2010-07-25

ucapan ceramah di Kampung Seri Makmur, Ledang




Tarikh: 2010.07.24
Masa : 9 malam
Tempat: PAS Cawangan Seri Makmur, Ledang
Penceramah:
Ketua Penerangan PKR bahagian Ledang, Nah Budin
setiausaha penganjuran DAP Johor Tan Chen Choon
Ahli Parlimen Bakri YB Er Teck Hwa

2010-06-09

Pemberitahuan Pertanyaan Dalam Ucapan Penangguhan : Penetapan Kawasan Penangkapan lkan Untuk Nelayan Pesisir Pantai

PARLIMEN MALAYSIA
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Ucapan PenangguhanTuan Er Teck Hwa (Bakri)
BerkenaanPenetapan Kawasan Penangkapan lkan Untuk Nelayan Pesisir Pantai
Tarikh Ucapan9 Jun, 2010 (Rabu)
KementerianMenteri Pertanian dan lndustri Asas Tani Malaysia

Jawapan : Oleh Y.B. Menteri Pertanian dan lndustri Asas Tani

Tuan Yang DiPertua,

Peraturan-Peraturan Perikanan (Kelautan) 1967 telah menetapkan bahawa vesel pukat tunda Zon B dibenarkan untuk beroperasi di kawasan 5 batu nautika dan ke atas dari pantai.

Ucapan Penangguhan : Penetapan Kawasan Penangkapan lkan Untuk Nelayan Pesisir Pantai

Ucapan PenangguhanTuan Er Teck Hwa (Bakri)
BerkenaanPenetapan Kawasan Penangkapan lkan Untuk Nelayan Pesisir Pantai
Tarikh Ucapan9 Jun, 2010 (Rabu)
KementerianMenteri Pertanian dan lndustri Asas Tani Malaysia

Terima kasih Tuan Yang Dipertua, demi menyelesaikan masalah pencerobohan pukat tunda yang telah rnengancam mata pencarian para nelayan pesisir pantai, iaitu perlesenan kelas A yang kian kesempitan hidup, saya ingin menyentuh tentang penetapan kawaian-penangkapan ikan.di kawasan Sungai Balang, Bagan dan Parit Jawa berpandukan-kepada keadaan geografl setempat untuk golongan nelayan tersebut.

2010-03-29

Tes Perbahasan Usul Titah Seri Paduka Baginda (2010)

MS191-195

7.03 mlm.
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua mengizinkan saya untuk turut membahaskan dan menjunjung kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Pertama sekali, saya ingin membangkitkan satu isu mengenai pengumuman rasmi high speed broadband (HSBB) Telekom Malaysia yang berada pada 24 Mac 2010 di Dataran Merdeka. Saya memang faham projek HSBB yang bernilai RM11.3 bilion yang dimeterai pada September 2008 adalah usaha awam – swasta antara Telekom Malaysia dan kerajaan. Ini memang satu usaha yang baik untuk membangunkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi dan membolehkan rakyat menikmati aplikasi internet dengan kelajuan lebih daripada 10Mbps. Soalan saya ialah di bawah konsep 1Malaysia ini, mengapa dalam pengumuman rasmi ini, tandas yang disediakan untuk Perdana Menteri yang begitu canggih dan mewah sekali sebaliknya tandas awam yang disediakan untuk orang awam bukan sahaja kecil, panas, busuk dan tiada bekalan air. Di sini saya tunjuk satu gambar. [Menunjukkan sekeping poster] Perbezaannya Perdana Menteri dan orang awam. [Ketawa]

PERBAHASAN USUL TITAH SERI PADUKA BAGINDA (2010)


PERBAHASAN USUL
MENJUNJUNG KASIH KE ATAS
TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG (2010)
OLEH Ahli Parlimen Bakri Y.B.Tuan Er Teck Hwa