Showing posts with label usul. Show all posts
Showing posts with label usul. Show all posts

2011-06-21

USUL DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)

Tarikh : 21.06.2011

Tan Sri Tuan Yang Di Pertua
Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia

Tan Sri,

Pemberitahuan Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Dengan segala hormatnya, saya ingin memberikan notis pemberitahuan di bawah Peraturan Mesyuarat P.18 untuk mengemukakan usul seperti berikut:

Pada 19hb Jun 2011, Presiden PERKASA telah mengeluarkan kenyataan bertujuan untuk menimbulkan kegelisahan umum dengan mengingatkan sekiranya terjadi perkara-perkara yang tidak diingini pada 9hb Julai 2011 ini, maka, orang-orang Cina terpaksa membeli stok makanan dan kata-kata ini sengaja dilakukan untuk menimbulkan perasaan takut rakyat serta berupaya menjejaskan keharmonian rakyat berbilang kaum Negara ini.

2011-06-15

USUL DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)

Tarikh : 15.06.2011

Tan Sri Tuan Yang Di Pertua
Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia

Tan Sri,

Pemberitahuan Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Dengan segala hormatnya, saya ingin memberikan notis pemberitahuan di bawah Peraturan Mesyuarat P.18 untuk mengemukakan usul seperti berikut:

Pada 13hb Jun 2011, media Singapore telah mendedahkan bahawa pada 9hb Jun 2011, 2 orang wanita rakyat Singapura telah ditahan oleh Penguatkuasa Kastam Johor Bahru, diarahkan melucutkan pakaian dan ketuk ketampi. Mereka telah ditahan selama 24 jam atas kesalahan kemasukan yang tidak sah oleh kerana pasport mereka yang tidak dicop oleh Pihak Kastam. Mereka telah melalui Pos Pemeriksaan namun tiada Pegawai Bertugas kelihatan, cuba menggunakan perkhidmatan interkom malahan, tiada pegawai untuk mengendalikan sistem pengesahan cap jari. Mereka telah berpatah balik untuk memastikan pasport mereka di cop tetapi telah ditahan.

2010-11-29

USUL DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)

Tarikh : 29.11.2010

Tan Sri Tuan Yang Di Pertua
Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia

Tan Sri,

Pemberitahuan Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Dengan segala hormatnya, saya ingin memberikan notis pemberitahuan di bawah Peraturan Mesyuarat P.18 untuk mengemukakan usul seperti berikut:

Pada 24hb Nov, 2010, seorang guru penyelia peperiksaan SPM di SMK di Port Dikson telah mengeluarkan kenyataan yang berdiskriminasi kaum, iaitu menyuruh murid-murid Cina balik ke Negara Cina dan murid-murid India balik ke India kerana mereka terlambat masuk ke dalam dewan peperiksaan.

2010-11-03

Pembahasan tentang usul kekerapan kemalangan ngeri yang membabitkan bas

03.11.2010

Usual Menangguhkan Mesyuarat Di bawah P.M. 18(1) : Suruhanjaya Diraja Menyiasat Punca Kemalangan Bas Ekspres (pembahasan)

DR.3.11.2010 MS70

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 18(1)
SURUHANJAYA DIRAJA MENYIASAT PUNCA KEMALANGAN BAS EKSPRES

4.29 ptg.
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan saya peluang untuk mengemukakan usul ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1).

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya mengemukakan pada usul berkenaan saya minta kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja terhadap tragedi-tragedi yang berlaku baru-baru ini. Iaitu kemalangan maut yang berlaku pada 14 Oktober 2010 dan 29 Oktober 2010 sejumlah 19 orang umum telah terkorban dalam kedua-dua kemalangan tersebut.

Usual Menangguhkan Mesyuarat Di bawah P.M. 18(1) : Suruhanjaya Diraja Menyiasat Punca Kemalangan Bas Ekspres (pengemukaan)

DR.3.11.2010 25

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, sila Yang Berhormat.

11.33 pg.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dengan segala hormatnya saya ingin memberikan notis pemberitahuan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk mengemukakan usul seperti berikut.

2010-11-01

USUL DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)

Tarikh : 01.11.2010
Tan Sri Tuan Yang Di Pertua
Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia

Tan Sri,

Pemberitahuan Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Dengan segala hormatnya, saya ingin memberikan notis pemberitahuan di bawah Peraturan Mesyuarat P.18 untuk mengemukakan usul seperti berikut:

Pada malam 29hb Oktober 2010, sebuah bas yang membawa 44 orang pelajar dan 2 orang pemamdu telah hilang kawalan dan terbabas di Genting Sempah. Hal ini menyebabkan 7 orang penumpang mati dan 39 orang lagi mengalami kecederaan.

Saya telah mengemukakan usul dibawah Peraturan Mesyuarat P.18 pada 14hb Oktober 2010 supaya membincangkan kemalangan melibatkan bas ekspress yang sering kali berlaku. Saya juga mencadangkan supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat dan menyelidik perkara ini. Dalam usul tersebut, penjelasan telah diberi supaya penyiasatan dan penyelidikan yang dijalankan oleh kerajaan terhadap kemalangan bas ekspress yang berlaku ternyata gagal dalam menghalang tragedi ini daripada terus berlaku.

Malangnya, dalam masa kurang dari 2 minggu selepas usul saya ditolak, kemalangan yang melibatkan bas ekspress telah berlaku sekali lagi dan kali ini telah mengorbankan 7 orang pemuda. Penjelasan yang diberikan oleh kerajaan telah gagal untuk meredakan kegelisahan rakyat kerana kemalangan bas ekspress kerap berlaku. Maka saya bercadang kerajaan harus menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang neutral untuk menjalankan siasatan ke atas 2 kemalangan yang disebut diatas untuk mengutamakan dan menghayati keselamatan rakyat.

Memandangkan kesemua pihak serious dalam usaha menghindari keselamatan rakyat daripada ancaman sebegini maka saya berharap agar usul ini dapat dibahaskan oleh semua Ahli Dewan.

Sekian, terima kasih.

Ahli Parlimen Kawasan Bakri
Er Teck hwa

2010-10-18

USUL DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)

PARLIMEN MALAYSIA
KUALA LUMPUR

YPDR.08/4/3(3B)
18 Oktober 2010

Y.B. Tuan Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Kawasan Bakri
D/a Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia
Kuala Lumpur.

Yang Berhormat,

USUL DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)

Usul Yang Berhormat bertarikh 14 Oktober, 2010, Khamis telah saya terima.

2. Perkara ini sememangnya merupakan isu yang serius dan Kerajaan amat memandang berat akan perkara tersebut. Kemalangan yang berlaku pada 10 Oktober 2010 itu adalah dalam siasatan. Perkara mengenai langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam menangani kadar kemalangan jalan raya telah juga diberi penerangan oleh kerajaan pada pertanyaan jawab lisan daripada Yang Berhormat Besut bertarikh 14 Oktober 2010.

3. Oleh yang demikian, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 18(7)(a) dan (b) saya menolak usul Yang Berhormat dalam kamar.

Sekian.

TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA PANDIKAR AMIN HJ MULIA

2010-07-12

USUL DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)

YPDR. 08/4/3 ( 13B )

12 Julai 2010

Y.B. Tuan Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Kawasan Bakri
D/a Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia
Kuala Lumpur.

Yang Berhormat,

USUL DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)


Usui Yang Berhormat bertarikh 08 Julai 2010, Khamis telah saya terima.

Saya menolak usul Yang Berhormat dalam kamar selaras dengan Peraturan Mesyuarat 18(7)(c) kerana melanggar peraturan mesyuarat.

Sekian.

(TAN SRI DATUK SERI UTAMA PANDIKAR AMIN HAJI MULIA)

2010-07-08

USUL DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)

YPDR. 08/4/3 (12B)

8 Julai 2010

Y.B. Tuan Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Kawasan Bakri
D/a Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia
Kuala Lumpur.

Yang Berhormat,

USUL DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)

Usul Yang Berhormat bertarikh 07 Julai 2010, Rabu telah saya terima. Mengikut
Peraturan Mesyuarat 18(5) tidak lebih daripada satu usul menangguhkan mesyuarat
boleh dibawa pada satu hari persidangan mesyuarat.

2. Pada hari ini, usul menangguhkan mesyuarat telah dibawa oleh Ahli
Parlimen Kawasan Permatang Pauh.

3. Oleh yang demikian saya menolak usul Yang Berhormat dalam kamar.

Sekian.

(TAN SRI DATUK SERI UTAMA PANDIKAR AMIN HAJI MULIA)

2010-07-07

Usul mengenai maklumbalas P. Balasubramaniam menyebut nama isteri YAB Perdana Menteri sebagai dalang

Kes pembunuhan Altantuya telah dijadikan satu isu yang hangat dibincangkan dan bahan kelakar di media dunia sehingga menjejaskan imej negara kita. Sungguhpun kes ini telah selesai dibicarakan di mahkamah, tetapi susulannya ialah kerajaan Mongolia telah menawarkan tajaan sepenuhnya kepada bapa Altantuya, Setev Shaariibuu supaya mengemukakan dakwaan ke atas kerajaan Malaysia yang dikatakan bertangguhjawab atas kematian anaknya.

2010-07-05

USUL DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)

YPDR. 08/4/3 ( 9A )

5 Julai 2010

Y.B. Tuan Chua Tian Chang
Ahli Parlimen Kawasan Batu
D/a Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia
Kuala Lumpur.

Yang Berhormat,


USUL DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)

Usul Yang Berhormat bertarikh 02 Julai 2010, Jumaat telah saya terimae Mengikut Peraturan Mesyuarat 18(5) tidak lebih daripada satu usul menangguhkan mesyuarat boleh dibawa pada satu had persidangan mesyuarat.

2.Pada hari ini, usul menangguhkan mesyuarat telah dibawa oleh Ahli Parlimen Kawasan Bakri.

3.Oleh yang demikian saya menolak usul Yang Berhormat dalam kamar.

Sekian.

(TAN SRI DATUK SERI UTAMA PANDIKAR AMIN HAJI MULIA)

USUL DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)

YPDR. 08/4/3 ( 8B )

05 Julai 2010

Y.B. Tuan Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Kawasan Bakri
D/a Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia
Kuala Lumpur.

Yang Berhormat,

USUL DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)

Usul Yang Berhormat bertarikh 01 Julai 2010, Khamis telah saya terima.

2. Saya difahamkan Kerajaan melalui agensi-agensi penguatkuasaan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat sekiranya didapati penyeludupan pasir berlaku dari Johor ke Singapura.

3. Oleh yang demikian, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 18(7) (a) sayamenolak usul Yang Berhormat dalam kamar.

Sekian.

(TAN SRI DATUK SERI UTAMA PANDIKAR AMIN HAJI MULIA)

2010-06-30

USUL PERATURAN MESYUARAT 18(1)

YPDR. 08/4/3 ( 3B )

28 Jun 2010

Y.B. Tuan Haji Salahuddin Ayub
Ahli Parlimen Kawasan Kubang Kerian
D/a Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia
Kuala Lumpur.

Yang Berhormat,

USUL DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)

Usul Yang Berhormat bertarikh 24 Jun 2010, Khamis telah saya terima.

2.    Ahli Yang Berhormat, perkara tersebut telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat semasa perbahasan  Rancangan Malaysia Kesepuluh. Sehubungan dengan itu, Kementerian Dalam Negeri  juga telah memberi penjelasan semasa sesi penggulungan pada 23. Jun 2010 serta Kementerian Pengajian Tinggi semasa sesi jawab lisan pada 24 Jun 2010.

3.    Oleh yang demikian, saya menolak usul Yang Berhormat dalam kamar dibawah Peraturan Mesyuarat 18(7)(b).

Sekian.

(TAN SRI DATUK SERI UTAMA PANDIKAR AMIN HAJI MULIA)

USUL PERATURAN MESYUARAT 18(1)

YPDOR. 08/4/3 ( 4A )

28 Jun 2010

Y.B. Tuan Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Kawasan Bakri
D/a Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia
Kuala Lumpur.

Yang Berhormat,

USUL DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)
Usul Yang Berhormat bertarikh 24 Jun 2010, Khamis telah saya terima. Mengikut Peraturan Mesyuarat 18(5) tidak lebih daripada satu usul menangguhkan mesyuarat boleh dibawa pada satu hari persidangan mesyuarat.

2.    Pada hari ini, usul menangguhkan mesyuarat telah dibawa oleh Ahli Parlimen Kawasan Kubang Kerian.

3.    Oleh yang demikian saya menolak usul Yang Berhormat dalam kamar.

Sekian.

(TAN SRI DATUK SERI UTAMA PANDIKAR AMIN HAJI MULIA )

2010-06-24

Pemberitahuan Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Tarikh : 24.06.2010

Tan Sri Tuan Yang Di Pertua
Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia

Tan Sri,

Pemberitahuan Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Dengan segala hortmanya, saya ingin memberi notis pemberitahuan di bawah P.18 mengemukakan usul yang berbunyi seperti berikut :-

Bahawa akhbar Star yang bertarikh 24hb. June, 2010 telah melaporkan masalah penyeludupan pasir yang serius dan bermaharajarela dari Negeri Johor ke Singapore. Kegiatan penyeludupan haram telah berlaku sekian lama tanpa sebarang tindakan yang berkesan dilakukan oleh pihak penguatkuasa yang berkenaan untuk menbanterasnya. Ini telah menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada dana negara kita setiap hari.

2010-04-12

Pembahsan Usul H1N1

Penyata Rasmi 2010.04.12

MS29

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tuan Yang di-Pertua, di sini saya hendak bertanya satu soalan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sebentar Yang Berhormat.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Mengapa usul Influenza A (H1N1) ditolak? Usul ini perlu disegerakan saya rasa untuk dibahaskan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Dalam Dewan yang mulia ini untuk mencari penyelesaian yang drastik dan menyeluruh untuk menyelamatkan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, jangan bacalah Yang Berhormat. Tidak perlu baca.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Nyawa rakyat sebanyak mungkin. Oleh sebab ini perkara penting. Lagipun kesemua 220 orang...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, tidak perlu baca Yang Berhormat. Baiklah Yang Berhormat, saya maklum bahawa Yang Berhormat telah menghantar satu usul di bawah perkara P.M.18(1) dan usul tersebut telah pun ditolak di dalam kamar oleh Tuan Yang di-Pertua. Jadi perkara-perkara yang ditolak di dalam kamar tidak akan, dan tidak boleh dibahaskan serta dibaca di dalam Dewan, Yang Berhormat.

2010-04-07

Usul H1N1 ditolak oleh Dewan

YPDR. 08/4/3 ( 6B )

7 April 2010

Y.B. Tuan Er Teck Hwa

Ahli Parlimen Kawasan Bakri
D/a Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia
Kuala Lumpur.

Yang Berhormat,

USUL DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)

Usul Yang Berhormat bertarikh 5 April 2010, Isnin telah saya terima. Mengikut Peraturan Mesyuarat 18(5) tidak lebih daripada satu usul menangguhkan mesyuarat boleh dibawa pada satu hari persidangan mesyuarat.

2. Pada hari ini, usul menangguhkan mesyuarat telah dibawa oleh Ahli Parlimen Kawasan Batu.

3. Oleh yang demikian saya menolak usul Yang Berhormat dalam kamar.

Sekian.

(TAN SRI DATUK SERI UTAMA PANDIKAR AMIN HAJI MULIA )

Pambahasan atas usul H1N1

Penyata Rasmi 2010.04.07

MS39
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Siapa lagi itu?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tuan Yang di-Pertua. Saya berpendapat isu Influenza A, H1N1 ini perlu...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bakri apa ini? You are standing in point of order apa? [Ketawa]

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tuan Yang di-Pertua. Saya ada membuat satu usul tentang 18(1). Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua tolak. Saya memang tidak berniat mengingkari keputusan Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi sebagai isu semasa saya harap Tuan Yang di-Pertua menimbangkan semula keputusan tentang H1N1.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bakri. Yang Berhormat Bakri terima kasih Yang Berhormat Bakri. Peraturan Mesyuarat 43 mengatakan bahawa segala keputusan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua tidak boleh diulang kaji dan ditimbang semula. Kalau saya timbang semula bermakna saya sendiri melanggarkan Peraturan Mesyuarat 43. Maka itu semua tindakan saya dan timbalan-timbalan saya sebelum kami bertindak difikirkan baik-baik. Saya tahu dan saya faham. Isu ini adalah isu yang perlu dibincangkan tetapi bagi pendapat saya ia tidak perlu disegerakan di bawah 18(2) dan 18(1). Sila Setiausaha.

MS110
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Yang Berhormat Timbalan Menteri soalan daripada Yang Berhormat Bakri tidak dijawab Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawapan bertulis.

Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Mohon penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah habis Yang Berhormat. Sudah habis Yang Berhormat.

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Ada soalan yang tidak dijawab.