2011-05-20

PEMBENTANGAN PERTANYAAN MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KEDUABELAS (JUN 2011)

1. Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapa kes kemalangan jalanraya melibatkan penumpang dan pemandu rentung. Sila senaraikan statistik di antara 2000 ke 2011 mengikut:
(a) Bilangan mangsa
(b) Model kenderaan
(c) Usia kenderaan (13/06/2011)

2. Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah wujud monopoli dalam sistem kuota sayur kubis bulat dan biji kopi mentah? Sekiranya ya, Senaraikan agensi yang menguruskan sistem kuota tersebut. Kalau tidak, mengapa tidak dibenarkan di import oleh pihak lain. (13/06/2011)

3. Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan mekasnima yang digunakan untuk menentukan nilai pinjaman TEKUN.Senaraikan statistik dari tahun 2005-2010 bagi kawasan Parlimen Bakri :
(a) jumlah dan status permohonan serta senarai nama dan alamat pemohon yang berjaya.
(b) Apakah status bayaran pinjaman (13/06/2011)

4. Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bilakah skim bantuan dan subsidi untuk petani nenas di Bukit Naning dimulakan dan senaraikan mengikut tahun jumlah petani yang telah menikmati skim ini serta berapakah peruntukan yang telah dikeluarkan? Berapakah jumlah pengeluaran nenas sepanjang skim ini dilaksanakan? (14/06/2011).

5. Y.B. Er Teck Hwa minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah permohonan yang diluluskan mengikut negeri dari tahun 2000-2010 serta tindakan Jabatan Agama Islam untuk menangani gejala murtad. (14/06/2011).

6. Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan rakyat yang telah menjalankan medical check-up di hospital dan klinik swasta mengikut pecahan kaum dan jantina dalam tempoh 2000-2010. Adakah kementerian merancang untuk memberikan pemeriksaan ini secara percuma kepada rakyat.(14/06/2011).

7. Y.B. Er Teck Hwa minta PERDANA MENTERI menyenaraikan jumlah undi Pos mengikut pecahan jenis perkhidmatan, jantina dan kaum. Senaraikan mengikut setiap kawasan Parlimen sehingga akhir tahun 2010. (15/06/2011).

8. Y.B. Er Teck Hwa Minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik pelajar dibawah Program Ijazah Luar Negara keluar negeri dari tahun 2000- 2010 dengan pecahan.
(a) Jumlah pelajar mengikut kaum, jantina dan kursus pengajian.
(b) Jumlah yang enggan pulang selepas tamat pengajian.
(c) Apakah tindakan kerajaan membendung masalah ini. (15/06/2011)

9. Y.B. Er Teck Hwa Minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah kerajaan bercadang memberikan NCB yang lebih tinggi kepada pengguna yang mempunyai rekod yang baik. Adakah pemantauan dan tindakan ke atas syarikat insurans yang enggan menawarkan insurans pihak ketiga. (15/06/2011)

10. Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan dalam Draf Rancangan Tempatan Daerah Muar 2002-2015, berapa peratus dari Draf ini yang telah siap disempurnakan. Senaraikan cadangan yang belum disempurnakan. (16/06/2011)

Soalan Bertulis:

1. Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI KEWANGAN menyenaraikan 100 buah syarikat swasta yang terbanyak membayar cukai pendapatan syarikat dengan jumlah cukai yang dibayar mengikut pecahan tahun 2005-2010.

2. Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI DALAM NEGERI menyenaraikan jumlah rakyat Malaysia yang telah dijatuhkan hukuman penjara dan di hukum mati di luar negara mengikut jenis kesalahan, jantina, kaum dan negara dari tahun 2005-2010. Berapakah kes telah dibela dan dirayu oleh badan guaman kerajaan Malaysia dalam tempoh yang sama.

3. Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PELAJARAN menyenaraikan pelajar SMK yang telah berjaya memperolehi komputer “notebook” dalam program 1 Malaysia mengikut pecahan nama sekolah dan pelajar di daerah Muar dan apakah penilaian untuk menentukan seseorang pelajar layak menerima komputer “notebook” dan siapakah yang berkuasa dalam membuat keputusan terakhir.

4. Y.B. Er Teck Hwa minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah Zakat yang dikutip mengikut pecahan tahun 2005-2010. Berapakah jumlah bantuan yang telah diserahkan kepada penerima zakat dan bentuk bantuan yang telah dihulurkan mengikut pecahan.

5. Y.B Er Teck Hwa minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyenaraikan jenis barang import yang dikawal oleh sistem AP dan agensi yang menguasai kuota AP ke atas barangan import tertentu. Bilakah sistem AP ini akan dimansuhkan?

No comments:

Post a Comment