Ahli Parlimen Bakri, YB Er Teck Hwa akan menjalankan suatu kajian soal selidik di Bukit Bakri untuk meninjau masalah-masalah yang dihadapi dalam sektor Industri Kecil dan Sederhana(IKS).
Pindaan Rancangan Tempatan Daerah Muar, 2002-2015 yang dirangka oleh Majlis Perbandaran Muar(MPM) tidak menyatakan dengan jelas arah tuju sektor Industri Kecil dan Sederhana di Muar. Maka, Pusat Perkhidmatan Er Teck Hwa akan menjalankan suatu soal selidik untuk memahami pandangan penduduk tempatan terhadap isu-isu seperti pembangunan, peluang pekerjaan, masalah pendatang asing dan sebagainya untuk menyediakan suatu pelan pembangunan yang lebih mesra kepada pembangunan di Kampung Aik Hwa, Bukit Bakri.
Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Bakri pernah menjalankan soal selidik yang mirip soal selidik kali ini dari tahun 2009 sehingga tahun 2010. Tujuannya adalah untuk mendapatkan pandangan majikan dan pihak industri terhadap pembangunan di Kawasan Bakri serta masalah yang dihadapi oleh mereka. Sasalan tinjauan kali ini adalah berbeza dengan tinjauan yang lalu, sasalan kali ini diberikan kepada penduduk tempatan. Keputusan daripada kesemua tinjauan tersebut akan dianalisis supaya menyediakan satu pelan pembangunan yang lebih efisyen dan efektif.
Kes seperti bekalan electrik terputus di Bukit Bakri pada 21hb April 2011 telah memberikan satu tamparan hebat kepada pembangunan pesat sektor IKS di Kampung Baru Aik Hwa. Hal ini membuktikan pelan pembangunan yang tidak menyeluruh akan memberikan kesan negatif kepada perkembangan sektor tersebut kerana polisi yang dirangka tidak seiring dengan perkembangan semasa.
Pembangunan di sesuatu sektor adalah amat bergantung kepada polisi yang dilaksanakan. Namum, kerajaan Johor telah gagal untuk menyediakan satu pelan yang menyeluruh terhadap pembangunan di daerah Muar terutamanya dalam sektor perabot.
Kajian soal selidik tersebut akan dijalankan dalam 2 bentuk iaitu: 1) berinteraksi terus dengan penduduk, 2) dijalankan di internet. Disebabkan ralat bakal wujud sekiranya kajian soal selidik dijalankan di internet, maka keutamaan akan diberikan kepada bentuk berinteraksi terus dengan penduduk. Tempoh soal selidik tersebut dijangkakan berlangsung selama satu bulan. Keputusan soal selidik akan disiarkan di blog dan internet.
Er berharap agar penduduk setempat melibatkan diri dalam aktiviti kajian selidik ini.
Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hwa
2011.04.25
No comments:
Post a Comment