2012-10-02

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 1 OKTOBER 2012 (ISNIN)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN 37

SOALAN:

Tuan ER TECK HWA [Bakri] minta MENTERI PERTANIAN & ASAS TANI menyatakan langkah-langkah untuk mangatasi kenaikan kos yang dihadapi oleh penghasil telur ayam dipunca oleh kenaikan harga kacang soya dan jagung dari Amerika Syarikat. Senaraikan penolongan dari Kerajaan kepada peternak ayam skala kecil dan sederhana dari 2001 ke 2011.

2012-09-24

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 24 SEPTEMBER 2011 (ISNIN)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN 24

SOALAN:

Tuan ER TECK HWA [Bakri] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU & AIR menyatakan adakah jumlah pelepasan CO2 yang dihasilkan oleh perusahaan-perusahaan usaha-sama dan kepunyaan orang asing di Malaysia dikira sebagai sebahagian daripada pelepasan CO2 Malaysia. Jika ya, bagaimana Kerajaan dapat mencapai kadar pengurangan pelepasan CO2 ke 40% seperti yang dicadangkan pada 2009.



PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 24 SEPTEMBER 2012 (ISNIN)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN 27

SOALAN:

Tuan ER TECK HWA [Bakri] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU & AIR menyatakan berapakah pelepasan CO2 dalam unik tan metrik per kapita dan kg per PPP US$ of GDP dari 2009 hingga 2011 untuk Malaysia and juga zon-zon industri di:.
a) Kertih, Terengganu
b) Gebeng, Pahang
c) Pasir Gudang-Tanjung Langsat, Johor.

2012-07-04

Kenyataan Rasmi: DAPSY Johor selesai proses pendigitalan untuk DEIA RAPID secara manual

Badan Bertindak Save Pengerang dan Gabungan NGO Pengerang telah menyemak Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar Terperinci (DEIA) RAPID yang dikeluarkan dua minggu lalu.

2012-07-03

Press Release: Johor DAPSY completes the digitising process for the RAPID DEIA manually

The Save Pengerang Taskforce and the Pengerang NGO alliance have begun reviewing the RAPID Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA) which was released two weeks ago.

2012-05-28

FOKUS HARI INI-PELUPUSAN SAMPAH

Punca: Berita Radio RTM

Masalah penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakri, di Muar Johor yang terpaksa menghidu bau sampah, bakal berakhir. Ini apabila tapak pelupusan sampah di kawasan berkenaan akan ditutup, apabila tapak pelupusan yang baru di Pagoh, siap, menjelang pertengahan tahun depan. Tapak pelupusan sedia ada menerima 400-tan metrik sisa pepejal, setiap hari. Azizah Yaccob meninjau perancangan pembangunan di kawasan berkenaan :

Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Saiful Bahari berkata, Kerajaan sudah mengenal pasti sebuah kawasan pelupusan sampah di Pagoh bagi menggantikan tapak tersebut yang akan beroperasi tidak lama lagi. Selain tidak mampu menampung pembuangan sampah, tapak lama itu menyebabkan pencemaran bau dan alam sekitar.Kawasan pelupusan sampah di Pagoh itu adalah dari jenis 'sanitary landfill' atau sistem tertutup yang terbukti lebih efisyen dalam sistem pelupusan sampah:

Sebelum ini, penduduk sekitar kawasan tersebut merayu supaya tapak pelupusan sampah itu ditutup kerana terpaksa menghidu bau busuk . Selain wujudnya pelbagai masalah lain termasuk pemandangan yang tidak menyenangkan, pencemaran sungai dan menjadi tempat pembiakan lalat. Ini disuarakan Ketua Kampung Sungai Abong.

PENUTUP: Tapak Pelupusan sampah baharu diharap akan menyelesaikan isu tapak pelupusan sampah dan akan memberikan keselesaan kepada penduduk di Muar, khususnya penduduk di DUN Bakri, Johor. Fokus Politik dan Pembangunan, Azizah Yaccob untuk Berita Radio, RTM.((PBR))

2012-04-18

Press Statement: 75% Pengerang Residents reject RAPID Project

With regard to The RAPID project which will be started very soon, a petition cited under Standing Order Section 19 had been established to demand The Parliament to set up a poll for Pengerang residents in order for them to decide their own homeland’s future.

2012-04-10

Kenyataan Rasmi: Rayuan daripada Penduduk-penduduk Pengerang telah diserahkan kepada Pejabat Yang-Dipertua Dewan Rakyat


Berdasarkan kepada projek pembangunan hab industri minyak dan gas yang akan di bina di Pengerang, Johor, saya telah memetik Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat untuk mengadakan satu kempen Tandatangan di kawasan tersebut pada 31 Mac 2012 hingga 8 April 2012. Saya amat berharap agar Parlimen dapat memberikan penduduk kawasan tersebut menentukan masa depan mereka dengan cara undian dan saya juga berharap supaya segala kesulitan ini boleh diatasi.

2012-04-05

Kenyataan: rancangan pemindahan nelayan yang tergesa-gesa di Pengerang

jeti Tanjung Musuh, Pengerang
Dalam ucapan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Datuk Chua Tee Yong semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat bertarikh 04 April 2012, beliau telah menyatakan bahawa seramai 645 orang nelayan akan dipindahkan ke Kampung Tanjung Musuh . Selain daripada itu, sebuah bangunan perikanan dan jeti bernilai RM 800 juta akan turut dibina. Di bawah ini adalah merupakan respons saya berhubung dengan jawapan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani tersebut.